Sunday 26 May 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 1 - Amsterdam - Zaanse Schans dan Albert Cuyp




Penerbangan kami pada 24 Mei 2013 pukul 11.20 malam adalan lancar sahaja. Kali ni, kami naik KLM, sebab banding dgn MAS, harganya kurang RM 300 sorang. Kami dapat harga RM3100 return untuk seorg, KL-Amsterdam, Paris-KL.



 Tak ramai muka melayu yang bersama-sama kami...., muka mat2 saleh sahaja..., pramugari dan pramugara KLM ni ramai yang tua2 sahaja, umur mcm dalam 40 an...

Makanan yang disediakan, secara keseluruhan, makanannya tidak sedap esp penerbangan drp Amsterdam-KL, tapi roti bun tu memang sedappp...., rangup di luar dan lembut di dalam...


Alhamdulillah, pagi 25 Mei, dalam pukul 6 waktu Holland, kami selamat mendarat di Schipol Airport.

Nampaknya, suhu masih lagi sejuk, walaupun dah nak masuk summer. Sana sini org2 di Amsterdam masih lagi berpakaian ala winter, cuma tidak berglove.

Urusan imigresen adalah lancar untuk aku dan adik, tapi untuk suami dan anak lelaki aku, mereka ada bertanya tentang tujuan kedatangan kami di sini. Mereka sampai mintak nak lihat tiket balik untuk suami aku.   Nampaknya, kalau pelancong lelaki memang kena buat preperation sikit.





Di luar airport Schipol, siap ada di tanam pokok tulip dan arca IAMSTERDAM...

Agenda pagi ni ialah ke Hotel Meininger yang telah ditempah untuk menghantar beg2 dan sambung perjalanan ke Zaanse Schans. Kami beli tiket keretapi di kaunter, dan info sangat terbatas, sebab mereka tak boleh bercakap english dgn baik, jadinya cepat2 je nak habiskan cakap. So, kami pun redah je. Satu lagi, kat sini kalau naik train tak ada palang sekat untuk masukkan tiket, hanya tunggu di platform, keretapi sampai dan naik.




Rupa-rupanya kami salah naik train. Kami pi naik train Fyra yang tak berhenti di stesen Slotedjik. Keretapi tu terus bawa kami ke Amsterdam Centraal. Kena la plak naik balik keretapi untuk ke Stesen Sloterdijk, stesen ni hanya satu stesen beza.

Hotel Meininger ni hanya sebelah sahaja dgn stesen Sloterdijk, agak strategik dan antara yang termurah. Tram yang lalu di sini ialah tram no 12. Selesai check-in, mereka bagi letak barang di luggage room dan juga masa balik, lepas dah check-out pun masih boleh letak barang. Check-out pukul 11, dan check-in hanya pukul 3 ptg.


Zaanse Schans

Lepas tu, kami ke stesen Sloterdijk dan beli tiket utk ke Zaanse Schans, stesen terdekat ialah Koog-Zandijk. Seperti tadi, masa nak naik train, tunggu je depan platform dan naik. Kita kena pastikan tunggu di platform yang betul, dan ada info tentang keretapi yang akan dtg dipaparkan. Masa dalam keretapi akan ada petugas yang check tiket kita.


Pak Cik yang rambut perang di depan tu la yang dtg check tiket...
\




Kalau kita beli tiket, baik beli di mesin tiket sahaja kerana kalau beli dikaunter, harganya akan jadi lebih Euro 0.5, banyak tuh..., dah jadi RM 2 lebih... Tapi kalau beli di mesin kena pakai syiling atau kad debit atau kredit shj. Duit kertas tak diterima....


Sampai di Koog Zandijk, kita turun dan lalu di bawah subway untuk menyeberang rel keretapi dan teruskan perjalanan. Agak jauh juga kena berjalan, sampai hujung jalan belok kiri, dan teruskan lagi sampai hujung simpang, belok kanan pula. Masa ni, kita akan sampai ke jambatan yang menyeberang terusan, lalu atas jambatan dan selepas jambatan, di sebelah kiri ialah perkampungan Zaanse Schans. 

Kalau kita ada bawa org tua, tak sesuai rasanya nak naik train. Baik ambik pakej drp Amsterdam dan dibawa dgn bas pelancong terus ke kawasan Zaanse Schans ini. Ramai pelancong yang dtg dengan bas, org2 muda sahaja yang nampaknya berjalan kaki ke Zaanse Schans ini.


 Selepas stesen Koog Zandijk, kita akan berjalan di sepanjang rumah teres dua tingkat di sebelah kanan dan dibelah kiri nya ialah kilang coklat..., harum je bau coklat...



 Ini ialah jambatan yang kita kena seberang, sekarang jambatan tersebut tengah dinaikkan untuk laluan kapal di bawahnya. rezeki kami untuk lihat jalanraya terangkat...


Inilah kapal yg lalu di bawah jambatan tadi...





 Lepas jambatan tersebut kita akan jumpa Zaanse Schans...












Antara yang ada di sini ialah making cheese, clog dan kincir angin....
Yang making cheese, kami tak pergi sebab ramai pulak yang beratur nak masuk. Cenderamata clog banyak dijual di sini, ttp harganya lebih murah kalau beli di Amsterdam sahaja.






Selepas penat berjalan di perkampungan tersebut, sambil makan2 nasi bekal yg dibawa, kami pun balik ke Amsterdam semula. Disebabkan masa yang jauh lagi utk ke pukul 3, aku mencdangkan agar kami ke Albert Cuyp Market...

Albert Cuyp Market

Kami naik train terus ke Amsterdam Centraal. Sampai di situ, tercangak2 gak masa mula2, ye lah tengah memikirkan tram yang mana patut diambil. Dan drp pembacaan aku, tiket tram, 1 day pass 24 hours boleh dibeli drp pemandu tram. So lepas tengok peta tram, kami boleh ambil tram no 16 atau 24 utk ke albert cuyp. Bila tram sampai je, kita kena masuk pintu depan sebab nak beli pass tersebut. Boleh bayar dan kalau ada baki juga boeh dikembalikan, tak perlu risau utk menyediakan duit cukup2. Harga 1 day pass ialah Euro 7.50.


 Tram di Amsterdam...

 Dalam tram...


Yang warna pink tu la, tempat touch pass kita. Sesetengah tram ada tempat untuk petugas dibhgn tengah tempat laluan masuk. Sesetengah tram tak ada, so kalau kita masuk tak ada pass tak siapa yang tahu..., hehehe....


Dgn pass tersebut, kita boleh naik tram, metro dan bas sesuka hati dalam masa 24 jam lepas kita touch pass tersebut di scanner yg terletak di pintu tram. Kalau dah lepas 24 jam, bunyi yang dikeluarkan ialah 2 kali, dan ini menunjukkan pass dah habis tempoh. Kami juga ada beli pass untuk 1 jam, dan harganya Euro 2.80.

Suasana di Albert CuypMarket, mcm pasar tani..., produk jualan seperti bunga, buah2an, kain baju, brg cenderamata, dll. Bahan basah seperti ikan dan sayur pun ada dibhgn kedua pasar ni...









Agak penat juga, maklumlah tidak tidur dgn betul atas kapal terbang semalam dan teruskan perjalanan hingga pukul 2 tghari di Belanda. Kami putuskan balik ke hotel tetapi masih tidak dibenarkan masuk ke bilik hingga pukul 3 ptg. Lepak dulu di cafe dan nasib baik ada wifi percuma sambil menunggu bilik...




Ini lah rupa bilik di hotel ini. Kami ambil 4 orang sebilik dgn harga Euro 128 = RM 512 semalam. Kami hanya semalam sahaja di Amsterdam sebelum belayar ke London...

Sampai bilik, ingat nak keluar balik, pastu tertidur sampai sedar2 dah gelap, rupa2nya dah 12 tgh malam...., punya lah letih tak sedar diri...

No comments:

Post a Comment