Thursday, 6 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 4 - Bicester Village - Oxford Street


Hari ke-4, kami plan nak ke Bicester Village. Tiket keretapi sudah ditempah online dan diambil sendiri dan print di mesin. Keretapi Chiltern yang akan ke Bicester akan bermula di stesen Marylebone, London dan akan kami naiki hingga ke stesen Bicester North. Daripada stesen Bicester Nort ada di sediakan perkhidmatan shuttle bus ke BV. Tiket utk ke Bicester North juga kami dapat agak murah iaitu GBP 42 utk 4 org pergi dan balik. Tiket shuttle bas ialah GBP 15.75 utk 4 org return.


 Sekitar stesen Marylebone...

 Dalam keretapi ni, ada disediakan wifi percuma dan perjalanan adalah 1 jam. Perjalanan dgn bas ke BV lebih kurang 10 minit...




Dekat BV ni juga ada menyediakan bilik untuk sembahyang...




 Sepanjang di London, cuaca sangat tidak mengizinkan kami bersuka ria. Hujan sepanjang hari kami di sana. Tapi nasib baik hujannya tak lebat tapi tak berhenti-henti sepanjang hari.

Selepas membeli beberapa barang, kami terpaksa lepak untuk menunggu waktu balik sebab tiket keretapi telah dibook utk balik pada pukul 3.15 ptg. Di BV ada ramai warga Malaysia, dan ada yang memberitahu yang mereka dtg dengan bas biasa, so agak senang kalau dah habis membeli boleh terus balik ke London tanpa perlu melangut mcm kami disebabkan tiket telah dibeli utk perjalanan pukul 3.15.

Sampai di London semula, kami teruskan agenda di Oxford Street, berdekatan stesen Marble Arch. Tempat tumpuan ialah di Primark. Mula2 agak teruja juga, tetapi lepas tu tak ada lah best sgt, kualiti barang2 adalah seperti Mydin di Malaysia tetapi harganya agak boleh dibeli oleh kami.




Beli lah juga beberapa buah tangan dan berhampiran dgn Primark juga ada kedai brg cenderamata...




2 comments:

  1. salam, tiket keretapi nak ke BV ni beli di mana ye? website ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mamaayahaman.blogspot.com/2013/09/perancangan-percutian-di-eropah.html?showComment=1403272412934#c102289478433520811

      klik link atas..., sy ade cerita detail...

      Delete