Disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan pada hari ke 2..., kami tunda program Blue Mountain hari Isnin ....
Perjalanan kami drp apartment ke Central dengan bas. Sampai di Central kami ambil perkhidmatan keretapi ke Stesen Katoomba. Baik tanya dengan petugas stesen, platform yg mana keretapi BM tersebut sebab masa baca kat papan info, tulisnya platform lain dan bila tanya dengan petugas platform lain plak yg disebutnya. Sebab dekat Central ni ada banyak platform.... Tak ingat platform apa tapi bila kami sampai keretapi pun memang menunggu dan di arah memenuhkan gerabak 3 pertama di hadapan sahaja untuk ke Blue Mountain. Mungkin dalam perjalanan gerabak ke - 4 dan selepas tu akan dicerai kot.... pandai2 je buat andaian...
Maka selamat lah kami naik..., keretapi masih ada tempat duduk tapi kelihatan agak penuh dengan pelancong2 luar seperti kami. 2 jam juga baru sampai. Dalam perjalanan ada petugas yang datang check tiket.....
Ok kita dah sampai stesen Katoomba....
Ini adalah deretan kedai yang bersambung dengan stesen Katoomba seperti di atas...
Sesiapa yang nak ambil pakej..., banyak pakej yang ditawarkan di kedai di stesen ini atau di kedai berhadapan stesen..., tapi pada saya, naik bas no 686 lagi elok..., free sebab kita ada mymulti3 dan lagi pula mcm kami x plan nak explore sungguh2 Blue Mountain ni disebabkan kekurangan masa dan lagi pula dengan membawa warga emas agak tidak sesuai aktiviti tersebut...
Opposite stesen tu ada deretan kedai..., kita cross jalan depan stesen dan gi ke arah simpang ke kiri seperti dalam gambar atau menyusur di tepi kedai yang tertulis Blue Mountain tu...
Teruskan sikit lagi kita akan jumpa The Carrington iaitu hotel di sebelah kanan kita... dan bas 686 akan stop dan ambil / turunkan penumpang di situ. Tu yang bas merah tu.., itu lah bas 686...
Destinasi pertama kita ialah Echo Point iaitu yang terdapat Three Sisters..
Ini lah 3 beradiknya...., itu aje pun yg ada di Echo Point ni...
Next destination bas akan berhenti di Skyway..., ramai yang turun sini. Siapa yang turun sini boleh terus naik Skyway ke Scenic World. Tapi kami tak turun sini, kami teruskan destinasi dgn bas terus ke Scenic World...
Tempat wajib utk ambik gambar..., berebut nak ambik gambar sini...
Kita akan merasai pengalaman menaiki 3 jenis pengangkutan iaitu Train Steepest railway (warna merah), Cableway (warna biru) dan Skyway (warna kuning)...
Harga tiket ialah AUD 35 utk dewasa dan AUD 18 untuk kanak-kanak.....
Yeahhhh....., kami dah ade tiket..., jom naik steepest railway...., macam berani sangat..., dah naik serik tak nak dah...
Ini lah steepest railwaynya..., memang sangat steepest rasa nak melorot je jatuh...., wahhhhh tak nak dah naik lagi..., tapi cik abe dan Aman ulang lagi naik...., aku ? tobat la...
Itu lah railway nya...., steep / kecerunannya 52 darjah... The steepest Passenger Railway In The World, katanya...
Selepas Steepest Railway, untuk menyampaikan ke Cableway, kita kena jalan kaki selama 10 minit (ini untuk laluan terpendek) yang dipanggil Scenic Walkway... Ada cerita tentang sejarah ekonomi di tempat ini pada masa dahulu..., antaranya perlombongan Arang batu...
Replika Lombong arang batu dan bagaimana kuda digunakan dalam mengangkut arang batu...
Okay..., sudah sampai ke Cable Way...
Dalam Cable Way..., hanya berdiri sahaja sambil menikmati view hutan di Blue Mountain ini... daripada Cable way pun kita boleh lihat 3 sisters...
Selepas 10 - 15 minit..., kita sampai ke Scenic World tempat kita beli tiket tadi...., antara cenderamata yang dijual selepas kita keluar daripada Cable way...
Lepas tu kita teruskan dengan Scenic Skyway...
Dalam Skyway ni kena berdiri sahaja dan bhgn tengahnya nanti boleh lihat pemandangan di bawah Skyway...
Bila dah sampai hujung, kami tak turun pun... ikut balik Skyway ni balik ke Scenic World...
Saje try beli pizza dan burger di cafe selepas kita keluar drp Skyway..., tulis halal di kedai tersebut... bila kita order kita diberi benda alah warna biru tersebut..., bila mknn kita dah ready, benda tu akan bergetar dan bercahaya. Pas tu kita gi lah ambik mknn kita di kaunter...
Pizza...
Beef burger...
Garlic bread...
Kentang goreng..., chip dekat sini besar2 dan lebar tak mcm Malaysia...., kurus panjang je...
Dekat pukul 2 kami bergerak balik..., keretapi sampai pukul 3.15 ptg... Sampai apartment pun dah pukul 6 ptg. Disebabkan esok kami dah nak balik, ptg tu kena jugak keluar semula untuk melihat pantai Australia...
Kami ke Pantai Coogee sahaja sebab lebih dekat dan tak perlu tukar2 bas. Naik bas di depan apartment je..., hingga stop yg terakhir...
Cantik pantainya..., bersih tak ade sampah sepah2..., bila pijak pasir rasa sejuk je dan lembut halus pasirnya...
Memang rugilah kalau kami tak sampai ke pantai Australia..., nak ke Bondi dah tak sempat...
Esok kami plan ke World Kitchen.., dan tengaharinya kami ke Sydney Tower...
Day 5 berakhir di sini..., jumpa di episod terakhir Sydney Aku Datang Hari ke-6...
No comments:
Post a Comment