Thursday 6 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 5 - Big Ben - Tower Of London - Eye Of London - Buckingham


Hari ke-5, dipenuhi dgn kunjungan ke tempat2 famous di kota London. Tempat pertama ialah ke Big Ben dan Eye of London. Stesen tube terdekat ialah di Westminster.







Kemudian ke Tower Of London. Stesen tube terdekat ialah Tower Hill tetapi agak jauh juga lagi jalan kaki untuk menyampaikan ke Tower of London ini...




Lepas tu kami ke Istana Buckingham, tapi tak tunggu untuk pertukaran guard. Sekadar ambil gambar depan pagar sahaja... Stesen untuk perjalanan pergi ialah St James Park dan balik ikut stesen Victoria...




Ditepi istana menghala ke stesen Victoria ada kedai menjual cenderahati yang terukir Buckingham Palace...



Kami beli coklat sebagai cenderamata...



Lepas tu, kami menjenguk Harrods..., tak beli apa pun, sekadar sampai je..., stesen terdekat ialah Knightsbridge...




Ini ialah rupa teksi di London. Keretanya bentuk kereta lama yang boleh dinaiki seramai 5 orang, iaitu 3 org ditempat duduk biasa di belakang dan lagi 2 org akan mengadap penumpang 3 org tadi...




Balik, kami ke Oxford Street semula kerana nak buat pemulangan barang di Primark. OTW jumpa restoran Arab, kami singgah dan try...


 Hidangan pembuka selera diberikan roti yg dicicah dgn sos bawang bakar..., sedapnya.....

 Hidangan nasi bersama lauk seperti kebab dan salad2 kami order dua sahaja... dengan 3 jenis minuman...

 Harga makanan ialah GBP 23...


Lepas tu kami singgah Primark utk tukar barang sebab seluar yg dibeli tak muat. Senang sahaja dan tak banyak cerita, terus sahaja dipulangkan duit...

Sampai hotel kami dah kepenatan sebab terlalu banyak berjalan...

Esok adalah hari terakhir kami di London...

1 comment: