Sudah hari ke-10, hari ini Isnin 3 Jun 2013....esok ptg pun dah nak balik ke Tanah Melayu...
Hari ni rancangannya nak ke Disneyland. Tapi disebabkan adik aku banyak lagi kiriman kawan2 dan ada benda yg nak dibeli lagi, maka aku dan adik pergi ke Printemps. Manakala, en Suami dan Aman ke Disneyland..., dan kami akan jumpa di sana setelah urusan di Printemps selesai...
Ihsan gambar daripada : http://departmentstoreparis.printemps.com/store/haussman/en/pages/index.aspx
Kami naik metro sampai station Opera dan tukar metro dan berhenti di Station Havre Caumartin. Keluar sahaja drp station terus sampai depan Printemps. Sampai sini, tersangkut beli Long Champs satu lagi. Banding dgn semalam di La Valle Village, kat sini ada banyak lagi pilihan warna tetapi harga tak ada diskaun. Kat sini dapat harga Euro 65 berbanding semalam, beg yg sama dapat harga Euro 50. Tetapi kalau kat airport, berbaloi juga beli sebab harganya dalam Euro 55 (kalau tak silap...) dan tak perlu nak buat urusan tax refund. Harganya memang dah tolak tax dan ada byk pilihan warna...
Utk pembelian di Printemps ni, bila kita nak mintak tax refund, mereka ada sediakan bhgn khas untuk tax refund, di tingkat 1. So bila beli, kita akan kumpulkan resit dan borang utk tax refund akan dikeluarkan di bhgn tax refund ini. Tak seperti selalunya, setiap kedai akan keluarkan sendiri borang tax refund. Setiap pembelian perlu lebih Euro 175 dalam satu resit di sesebuah butik.
Masa kami di sini, ramai sungguh pelancong drp China yg memborong beg2 branded ni, esp LV. Gila2 sungguh mereka memborong LV sampai tak terlayan jurujual LV.
Lepas siap urusan, kami pun bergerak ke station tadi semula dan ambil metro ke station Auber, sebelum tukar ke RER A untuk ke Station Parcs Disneyland. Kali ni, kami kena beli tiket sebelum naik RER, sebab tiket carnet yg biasa kami pakai tu, tak boleh digunakan utk perjalanan yg jauh. Tiketnya ialah Euro 7.30 sehala utk seorang. Perjalanan agak lama lebih drp 40 minit. Station Disneyland ini, hanya 1 station kehadapan drp station Val d'Europe yg kami pergi masa ke La Valle Village.
Disneyland Paris menyambut ulangtahun ke-20...
Pembelian tiket adalah secara online dan dah dibeli masa di Malaysia lagi dan dibeli drp web Disneyland Paris. Kami dapat tiket promo sempena 20 tahun Paris Disneyland dan harga untuk 2 Parks ialah Euro 59 seorang.
Paris Disneyland ini terbahagi kepada 2 Parks, iaitu Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Tiket boleh beli asing-asing atau nak beli 2 parks sekali pun boleh. Kalau kita nak keluar masuk antara 2 parks tersebut pun tak ada masalah, just scan tiket bila kita nak masuk. So, kena simpan tiket tu elok2... Tapi kalau nak keluar masuk pun jenuh jugak, sebab kena jalan ke entrance semula dan baru boleh kelaur dan masuk ke entrance park yg satu lagi..., penat gak dan membuang masa je.
Walt Disney Studios Park
Perlu diingat, Walt Disney Studio ini tutup awal, iaitu pukul 6 ptg dah tutup. So, kami ke Walt Disney dan cuba memanfaatkan masa semaksimum mungkin. Tapi game yg ada di Walt Disney tak menarik sangat tapi disebabkan pengalaman pertama di Walt Disney Studios kami layan kan juga, kalau tak mana nak tahu best ke tidak...
Disneyland Park
Disneyland Park ini buka sampai pukul 10 malam dan kami memang tunggu sampai dekat pukul 10 baru balik sebab nak manfaatkan betul2 masa... Kebanyakan gamenya ada di Disneyland lain....
Disneyland Paris ni tak ada permainan bunga api tak macam Disneylang HK, sebelum tutup ada bunga api yg dimainkan.
Laluan balik, kami naik RER A seperti kami datang dan yg peliknya, RER masih kosong dan tiada langsung perlu berebut-rebut dgn org. Stesen RER tu pun sunyi je masa kami sampai utk balik. Heran juga, sebab kalau kat HK dan Tokyo, penuh berpusu-pusu umat nak balik. Agaknya, ramai dah balik peringkat demi peringkat di sebabkan masa tutupnya sampai pukul 10 malam...
Kami berhenti di stesen Chatelet. Stesen Chatelet ni sangat besar dan kira macam center la sebab byk laluan metro dan RER yg berhenti di sini. Kami akan tukar utk ambil metro no 7 ke Apartment kami. Tapi drp RER A tadi, kita kena berjalan selama 8 minit dalam laluan bawah tanah utk menyampaikan ke metro no 7. Kadang-kadang ada laluan yg disediakan travelator. Di sebabkan masa tu dah pukul 11 malam, suasana agak sunyi. Kalau jalan sorang, bimbang juga. Kami sampai apartment, dekat pukul 12 tgh malam juga..., fuhh letih dan lapar.... Makan malam tu, hanya maggi dan bubur segera sahaja kerana hari pun dah larut malam.
Suhu di Paris walaupun dah masuk summer, masih lagi sejuk. Kalau waktu malam, dah berselubung pun masih sejukkk. Masih wajib menggunakan heater baru rasa selesa sikit....
Plan esok kami akan melawat masjid berdekatan apartment kami dan tgh harinya kami akan bertolak balik ke Tanah air...
Jumpa di last entry Jalan-jalan di Eropah...
Salam Perkenalan...
ReplyDeleteSalam Perkenalan...
ReplyDeleteSalam. Thanks blog akak sgt informative utk org2 mcm sy yg nk ke disneyland ni ekeke. Sy da beli ticket, skrg tgh plan trip. Sehari cukup ke round disneyland or perlu 2 hari? Akak stay di hotel area disneyland or stay di paris city? Jauh tak kalau nak balik ke city lepas balik dr disneyland ni? Thanks kak :)
ReplyDeletebergantung juga kpd kesukaan..., kalau nak naik semua ride, memang x cukup masa..., mcm anak saya dah remaja, so dia minat nak naik ride yg thrill je..., yg utk kanak2 dia x minat..., satu lagi, kami pergi hingga dekat pukul 10 baru keluar drp Disneyland..., jadi ada byk masa... Kalau 2 hari mcm terlalu lama... tambahan pulak, kami dah pernah ke Disney HK dan Japan, so kebanyakan ridenya ada di Disney Paris...
DeleteJauh juga Disney Paris ke city, dekat 40 minit naik RER..., saya rasa stay area Paris lg senang sebab nak gi mana2 pastu ...