Hari ni 4 Jun 2013, hari ke-11, hari terakhir perjalanan kami di Bumi Eropah. Sekejap sahaja rasanya dah berlalu 11 hari. Macam tak puas sahaja rasanya....
Kami dah mintak dengan owner Apartment utk check-out pukul 12 iaitu lewat 1 jam drp waktu sebenar iaitu pukul 11 pagi.
Rancangan pagi ni ialah hendak melawat Masjid terbesar di Paris, iaitu Grande Mosquee. Terletak di Jalan Rue Daubenton di bhgn selatannya dan Jalan Rue Georges Desplas di bhgn sisinya. Drp Apartment, kami hanya berjalan kaki sahaja dan perjalanan adalah sejauh 500 m sehala. Kami ambil Jalan Rue Monge dan terus ke Rue Daubenton.
Taman yg ada di kawasan tengah masjid....
Tercari-cari tempat sembahyang nya..., rupanya ke arah kanan drp pintu utama masa kami masuk...
Masa kami sampai, ada 3 kumpulan rasanya, pelawat drp pelajar sekolah yg dtg melawat masjid ini. Tapi yang nampak tidak begitu seronok ialah kasut dipakai dalam kawasan masjid dan hanya di buka di ruang sembahyang. Rasa agak pelik di situ..., kalau dibuka kasut drp pintu masuk, mesti rasa lebih bersih...
Lepas melawat2 kami keluar ikut pintu di sisi jalan Rue Geoffroy, cadangnya nak cari Restoran yg banyak diceritakan dalam forum2.... Kami berjalan ke arah kiri selepas keluar drp pintu masjid dan buat satu pusingan dan sampai semula ke pintu kami masuk masa mula2. Tak jumpa Restoran yg dikatakan itu. Dalam tercangak-cangak mencari2, saya try tanya dgn seorg perempuan yg baru keluar drp masjid. Katanya, "English NO..." Kenalah saya buat bahasa Isyarat tunjuk gaya makan. Paham pulak dia dan dia bawa kami hingga sampai ke restoran itu. Katanya dia org Turki.
Rupa-rupanya restoran itu terletak di bahagian belakang Masjid (masih dlm bangunan masjid) dan terletak di jalan Rue Daubenton. Kalau kami keluar drp pintu tadi, kami harus ke kanan dan akan jumpa dgn Restoran itu. Drp review di Internet ttg restoran ini, sebenarnya tidaklah begitu bagus. Yg selalu dikomplen ialah ttg layanan, harga dan katanya overrated sgt restoran ni. Tapi memang pun, masa kami masuk, ingat nak try la makanan berat yg ada mcm kebab atau nasi, tapi apa pun tak ada. Sunyi gelap je restorannya. Yg ada masa tu ialah kuih2 mcm manisan arab. Lepas tu, layanannya memang hampeh..., buat bodo je nampak org masuk. Macam tak nak layan je... Yg ada pun sorang je pekerjanya, dia lah tukang buat air dan dialah jugak yg nak jual kuih. Satu lagi, dia tak boleh berbahasa Inggeris. Oh ye, masa tu pukul 10.30 pagi.
Tak jadilah kami nak makan dan ingat nak balik apartment. Kami balik lalu ikut jalan Rue Daubenton dan kelihatan disepanjang jalan tersebut ada banyak lagi restoran Halal. So, rasanya tak perlulah sibuk nak ke restoran tadi.
Ini salah satunya..., tapi katanya start pukul 12 tgh hari. Agak peramah, jauh lagi dah senyum dan lambai kami..., ingatkan dah start berniaga...
Di sebelah restoran tadi, ada Indian Restaurant...
Akhirnya kami singgah di restoran La Cantine, yg terletak di hujung jalan Daubenton di persimpangan dgn Jalan Rue Monge. Restoran ini dah ready berniaga dan kami mungkin pelanggan awal mereka.
Kami order Crepe. Nampak tak botol Nutella yg besar sekali tu..., rasanya kat Paris ni, botolnya memang besar2.... Crepe dekat sini betul2 mcm lempeng lembik. Kalau nak sedap, masa panas2 lepas masak tuh, terus makan. Kalau tak, bila dah sejuk lembik jadinya dan tak sedap dah rasanya... Harganya ialah Euro 2.5 satu...
Pelbagai jenis sandwich...
Kami order kebab...., harganya Euro 5 satu set...., besar dan friesnya banyak..., jenuh nak habiskan...
Tapi kebab kat sini tak pedas walaupun kita dah pesan letak hot sauce banyak2...., kalau pedas sikit mesti lagi kick...
Ini crepe yg telah siap di masak dan dibungkus...
Kami tak makan di situ, sebab masa pun dah agak suntuk. Bergegas juga kami balik sebab masa dah dekat pukul 12 tgh hari. Sampai apartment, simpan beberapa lagi barang dan tunggu Raphael (owner apartment) untuk dtg. Selepas dia sampai, dia pulangkan deposit apartment dan kami pun berangkat keluar drp situ.
Mula-mula ingat nak naik teksi ke Gare de Lyon dan drp situ baru kami akan ambil metro atau RER ke Chatelet, dan lepas tu ambil RER B ke Charles De Gaulle Airport. Lepas dah naik teksi dan saje2 tanya dengan driver teksi tu, katanya total harga ke airport dalam Euro 50. Dan bila kira2 balik, lagi berbaloi naik teksi banding dgn naik metro dan RER dari segi harga, sebab kami berempat dan dgn beg2 yg berat untuk turun naik train.
Akhirnya, kami terus ke airport dgn menaiki teksi dan alhamdulillah driver teksi kami itu org Islam. Tapi tak de lah bersembang sangat sebab kebanyakan org Perancis ni tak reti bahasa Inggeris, so mereka pun tak nak cakap banyak. Tapi dia bantu kami mencari terminal yg sepatutnya kami pergi. Puas dia call tanya kawan2 dia, dan silap saya sebab tak study rupa2nya CDG PAris ada banyak terminal dan ia berbeza ikut airlines yg kita naik. Dia kata kami kena ke terminal 1. So, kami pun turun dan bila dicari, KLM tak guna terminal 1.
Tapi tak perlu risau sebab ada aerotrain yg boleh kita naik untuk ke terminal yg lain. KLM ialah di terminal 2. Terminal 2 ni nampak macam lebih besar dan panjang drp terminal 1. Kalau naik MAS, kena naik ikut terminal 1. Menurut kata adik aku, masa dia ke PAris tahun lepas naik MAS, terminal 1 mcm sempit dan urusan tax refund leceh sebab org ramai. Tapi rupa-rupanya, senang sahaja di Terminal 2. Tax refund kaunternya tak ramai malah tak de org pun masa kami pergi dan urusannya sangat senang.
Mula-mula sebelum kita buat tax refund, kita kena check-in dahulu untuk mendapatkan boarding pass. Lepas tu kita kena dapatkan cop kastam. So di kaunter kastam, kita hulurkan borang tax refund yg kita dapat drp kedai yg kita beli masa di Eropah ( dlm kes aku London dan Paris shj...) dan tunjukkan boarding pass kita tadi. Borang itu kita kena lengkapkan sedikit dan antara info yg perlu ialah nama dan alamat di Malaysia. Sepatutnya, barang2 yg kita beli, perlu ditunjukkan kepada kastam. So, kita readykan brg2 yg kita beli dalam sebuah bag supaya senang kalau mereka minta nak tengok. Tapi masa kami buat tax refund, kastam tu tak minat pun nak tengok.
Lepas mereka dah cop semua borang2 tax refund, kita bawa ke kaunter money changer di hadapan kaunter kastam tadi dan just bagi borang yg dicop oleh kastam tadi. Lepas mereka dah kira2, mereka akan bagi dlm btk cash ikut matawang pilihan kita. Ada sesetengah barang tak dapat cash refund tapi di bayar ke dalam kad kredit kita dan ambil masa juga baru settle. Tapi tak kisahlah, kalau ada, ok..., kalau tak redha je la... So, settle la urusan tax refund kami.
Kat CDG Paris ni, ada disediakan bilik sembahyang..., namaya Meditation Room, boleh la kalau setakat 5-6 org boleh sekali sembahyang. Wudhuk kena ambil di toilet.
Lama plak kami lepak di CDG Airport, sebab urusan tax refund mudah sangat. Ingatkan akan jadi lama sebab tu kami ke airport awal2. Kami naik KLM transit ke Amsterdam. Bila sampai Amsterdam, kena tukar kapal terbang dan terminal lain sebelum terbang ke KL.
Kacang dan minuman dalam KLM Paris ke Amsterdam.
Terkejar2 jugak nak menyampaikan ke terminal baru utk penerbangan ke KL. Dah selamat naik kapal terbang, tunggu punya tunggu dekat sejam juga, rupa2nya kapal terbang ada masalah. Kami semua kena keluar balik dan tunggu di balai berlepas. Katanya kena tukar kapal terbang balik dan urusan keluarkan semula bagasi drp kapal terbang pertama ke kapalterbang kedua mengambil masa. Penat, lapar dan mengantuk dah sebab ikut jadual patutnya kami fly pukul 7.40 tapi delay sampai dekat pukul 11 malam baru terbang. Tapi..., pihak KLM beri sedikit pampasan, mereka bagi baucer Euro 50 untuk penempahan seterusnya....
Yeah..., nak kemana pula ye dgn baucer KLM tu...., tak fikir lagi sebab kalo nak ke Eropah lagi, nampaknya tak la..., mungkin boleh guna utk ke Jakarta....
Akhirnya, selepas 11 jam penerbangan, kami selamat mendarat di KLIA pada 5 Jun 2013 pukul 6 petang...
Next entry, aku cuba buat bajet detail dan info penting untuk keseluruhan perbelanjaan wajib kami di Eropah. Ini atas permintaan beberapa rakan suami yg macam tak percaya kami boleh sampai ke eropah dengan pergi sendiri tanpa guna agent.
wah..akaka dah sampai Europe dah..jelesnyaa Wa.. Wa ni nak tunggu baby besoo dululah baru bleh sampai.
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteWa kena tunggu sikit je lagi..., nanti pegi pulak....
Baby dah sihat ? Tahniah...
bestnye travel europe lagi2 tanpa guna agent..tak sabar nak tggu next entry pasal detail bajet tu..mudahan2 boleh jadi panduan untuk kami ke sana pula..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca coretan perjalanan kami. Next entri telah saya siapkan...., mudah2an dapat membantu memberi idea....
DeleteSalam sis..saya nk jln2 europe 30jun-16july 2014. Nk tau detail pasal regund tax. Klu xde card credit, dia bole ker bg cash trus..
ReplyDeleteKalau x silap.....Kalo kita beli cash tax refund akan dibyr secara cash... kalo pakai cc, tax refund ade yg bole cash dan ade yg masuk ikutt cc....
DeleteSis...borg tax refund yg kena masuk kt peri pos airport tu mcmn plk...
DeleteNi emel saya, love.zueda@gmail.com
Nti sis emel yer ciz byk benda nk tanya. Trip lebih kurg sama dgn sis
kalau ade yg tak boleh dapat cash, kita just isi details CC kita.., pastu ade peti mcm pos surat dan kita masukkan borang tu kat dlm..., sy dapat jugak refund melalui CC tapi lambat sikit, tak ingat bulan berapa dapat...
Deleteni emel saya...luqmanmom@gmail.com
Sis saya dh emel bbrp sosln..tq
DeleteSis...klu buat claim vat dulu dh selesai baru check in brg x bole ker?
ReplyDeleteOr mmg kena dptkn boarding pass utk claim vat? So brg yg kena tjk tu check in kmdn ker...
masa kita nak submit VAT.., kena tunjuk boarding pass sbb nak membuktikan yg kita akan tinggalkan negara tersebut...
DeleteMasa sampai airport, kita boleh buat check-in kat machine..., nnt boarding pass pun print kat machine dan dgn tag bag pun diprint sekali kat machine..., pastu, kita turun tingkat 1, pi buat TAX REFUND dgn membawa brg2 yang dibeli bersama (kumpulkan brg2 tu satu bag), dan pergi kaunter kastam, pas kastam cop dan kalau nak tengok brg, mereka akan tengok..., pastu baru dia suruh gi money changer kat depan sikit je utk dikira dan collect duit...
OH yer..., dah siap semua urusan tax refund, baru kita buat bag drop kat kaunter....
Deleteselain drp airport kat tempat mana lg kita blh claim vat ni..bagaimana pula dgn dgn sy book hotel,blh ke refund vat??kalau sy tak balik air port sy balik ikut milan mcm mana nk claim vat??
ReplyDelete