Mula-mula plan nak ke Blue Mountain, tapi disebabkan cuaca agak mendung dan hujan terpaksa tukar plan. Katanya nanti nampak kabus sahaja.
So tukar plan, kami hendak ke Featherdale Wild Life....
Drp Apartment, kami naik bas ke Central. Pastu ambil train untuk ke Blacktown yang mengambil masa 40 minit juga. Sampai di stesen Blacktown kita lihat sign untuk ambil bas. Di situ juga ada banyak stand. Untuk ke Featherdale, kita ambil bas di Stand 9 dan bas bernombor 725. Perjalanan dengan bas hanya 10 minit sahaja.
Keretapi di Sydney kebanyakannya 2 tingkat...
ikut sign utk bas... bas stand nya sebelah sahaja dengan stesen keretapi... sangat user friendly kepada OKU..., ada lif disediakan untuk kegunaan yg berkerusi roda.
Bus Stand yang ada banyak. Kena tunggu di stand yang betul. Yang kami kena tunggu ialah di Stand 9.
Di Stand 9..., tunggu bas no 725...
Akhirnya..., sampai ke Featherdale. Tepi jalan sahaja...turun dan naik bas di depan Park ini.
Sebenarnya Featherdale ni tak ade lah besar mana..., tapi antara wildlife yg kami pergi di Sydney yg ni lah yg rasa seronok sebab kangaru nya lepas bebas..., boleh pegang2 dan jinak..., koala nya pun sama, boleh tengok dekat dan ambil gambar bersama.
Dah penat melawat Kangaroo..., dalam pukul 12 kami bergerak balik.... bus stop depan Park ni sahaja.
Perjalanan pulang adalah seperti perjalanan pergi tadi. Naik bas hingga stesen Blacktown dan ambil train ke arah Central Sydney. Next destination ialah DFO Homebush sebab satu perjalanan sahaja.
Untuk ke DFO, kami akan turun di stesen Strathfield. Cari sign untuk bas stand. Tunggu di Bas Stand C dan bas yang boleh kita naik bernombor 525 atau 526 dan perjalanan sekejap sahaja dalam 10 minit. Untuk stop yang betul memang saya guna google map + gps drp hand phone. Mudah dan tak perlu bertanya orang sangat. DFO ini sebelah sahaja dengan bus stop tempat kita berhenti.
Gambar kedai2 dalam DFO tak ambil rupanya..., yg ade pun gambar beg2 Coach sebab kawan2 mintak usha Coach..., tapi harga sama mahal mcm di sini....., baik beli kat Malaysia sahaja boeh belek mana yang berkenan...
Yang nampak agak berbaloi ialah jeans Levis..., dapat 50% off, AUD 40 sehelai = RM 120... tanda mata untuk Aman...
Dekat pukul 3 juga kami keluar daripada DFO...., tunggu bas ke Strathfield stesen. Kemudian ambil train terus ke Circular Quay. Kami tak turun di Central sebab lebih mudah ambil bas di Circular Quay, bas bermula drp sini dan bas masih kosong gerenti ada tempat duduk....
Sampai apartment, pengsan tertidur...., malam tak keluar ke mana sebab semua penat...
Esok hari ke 3 (Sabtu) kami plan utk ke kawasan Darling Harbour.... Madame Tussauds etc...., kami beli kombo 5....okeh sambung next entry....
No comments:
Post a Comment