Wednesday, 25 December 2013

Sydney Aku Datang... Day 3 - Madame Tussauds - Wild Life - Sea Life

JALAN-JALAN KE SYDNEY






Hari ke 3... plan untuk ke Madame Tussauds yang utamanya. Di sebelah2 nya juga ada Sea Life dan Wild Life. Terletak di Darling Harbour...

Kami memulakan perjalanan dengan bas terus ke Circular Quay, sebab plan untuk naik feri ke Darling Harbour. Saje nak merasa naik feri. Ia bukanlah pengangkutan utama ke Darling Harbour. Naik bas dan tram pun boleh.



Untuk ke Darling Harbor, kita gunakan wharf 5.


Beli tiket atau mcm kami guna mymulti 3... dan tunggu feri sampai...




 Luna Park..., kami tak pergi pun... mcm taraf fun fair je..., tak menahan harga tiketnya... 


 Suasana dalam feri... kosong je..., maklumlah baru pukul 9 lebih dan hari Sabtu pulak..., memang tak de sapa la yang gigih mcm kami pagi2 dah round Sydney...

 Tengah-tengah sedap dihembus angin atas feri..., hujan rintik2 pulak..., terpaksa lepak dalam feri ....

 Hampir 20 mint sampailah kami ke Darling Harbour...daripada Circular Quay ada 4 atau lebih stop feri ini akan pergi sebelum sampai ke Darling Harbour....




Kami beli tiket kombo utk 5 attractions sekali..., yg pertama yg kami nak masuk ialah Madame Tussauds...., so masa beli tiket, kita beli kat web Madame Tussaud dan tarikh utk yg pertama ni perlu ditentukan masa nak beli tiket lg. Harga online utk 5 benda ni ialah AUD 63 dan AUD 36 untuk kanak-kanak. Saya beli online masa di Malaysia lagi. Itupun nasib baik sebab masa beli tu untuk hari Sabtu dah tinggal 8 tiket sahaja.
Kalau tak nak beli kombo 5,tiket madame ni ialah AUD 26 secara online....

Ikutkan kami tak best pun yg lain2 ni..., tapi ni pengalaman pertama..., tak cuba mana nak tahu kan... Kalau ade yang terpaksa pilih antara Kombo 5 dan Tarongga Zoo, mungkin kami cdgkan tak perlu Kombo 5 ni. Kalau ade yg teringin nak masuk Madame Tussaud, belilah tiket Madame tu sahaja. SeaLife, Wild Life dan Manly Sea Life..., pada kami tak pergi pun tak pe sebab kat Featherdale lagi seronok dan Sea Life pun mcm akuarium tempat2 lain juga, seperti di Kaiyukan Osaka, Akuarium di Cenang, dll.




Macam kami, yg pernah ke Madame Tussauds HK..., pengalaman ke Madame Tussaud kali kedua juga sudah membosankan. Kesimpulannya, bagi saya Madame Tussauds ni masuk sekali sahaja pun dah cukup.

 This is Queen Khazaimah..., my MIL...

 And this is me..., Queen R.....hihihi

 And this is Bapak Presiden Malaysia..., Bapak Rahim...

















Selesai ke Madame Tussaud..., kami ke Wild Life ..... second attraction..., sebelah je pun pintu masuknya.




Sangatlah tak menariknya... zoo dlm kaca sahaja... jenis2 binatangnya pun tak banyak. Kangaroo dan koala pun dalam kurungan..., hanya tengok drp jauh... cepat2 sahaja kami menghabiskan acara...



Tarikan ke 3..., Sea Life..., lebih kepada akuarium...









Kolam Dugong...

Lepas dah lawat 3 attractions, kami meneruskan jalan-jalan untuk ke Sydney Market...

Cerita selanjutnya di next entry... dah panjang sgt kat sini...

2 comments:

  1. Salam,

    Seronok ye kak ke Sydney..? I always love Madamme Tussauds. Seronok, esp bawak bdk2..tp mak budak pon enjoy kat sini... pernah masuk sekali aja yg di Bangkok. Yg tempat2 lain, dok tngkp gambar kat luar aja...hi..hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok gak Sydney..., aman dan tenang je..., tak macam europe kelam kabut dan mcm risau je asyik kena jaga2 je kalau jalan2 kat bandar... tapi agendanya kurang umphhh tak mcm europe..., kat sini tak de theme park dan soping pun so so je...

      Madame Tusaaud pun boring dah sebab masuk kali kedua..., masa masuk pertama kali kat HK mcm besttt sgt...

      Delete