Pagi-pagi dalam pukul 8 kami bertolak daripada Apartment ke Circular Quay naik bas. Sampai Circular Quay, cari Wharf untuk ke Manly, iaitu Wharf no 3. Feri ke Manly ni besar banding dengan feri semalam masa ke Darling Harbour. Feri2 kat Sydney ni, bergerak laju. Perjalanan ke Manly agak jauh, mengambil masa dekat 40 minit.
Cafe dalam feri...
Feri kali ni ramai orang. Hari Ahad macam tu, Manly ni menjadi tumpuan. Ramai yang bersantai di pantai2.
Di sekitar Manly...
Dan seperti yang dijangkakan, Manly Wild Life ni pun kurang lebih macam Wild Life dan Akuarium di Darling Harbour... Bosannya.... Kami masuk gak lah sebab tiket pun dah ade..., masuk pun sekadar touch n go shj...
Memang sekejap sangat kami berada di Manly ni....
Plan seterusnya ialah nak terjah Kitchen World.
Kami balik dengan feri ke Circular Quay. Drp situ kami tunggu bas di stand D dan ambil bas no 310. Disebabkan hari tersebut hari Ahad, perkhidmatan bas yang lebih dekat tiada. Kami kena berjalan dekat 500 m drp stop terhampir untuk menyampaikan ke kedai tersebut. Untuk balik juga kena berjalan 500m kalau balik guna laluan yg sama atau 650 m kalau kita nak naik train ke Central atau Circular Quay.
So kalau nak ke World Kitchen, kalau boleh jangan hari Sabtu atau Ahad. Nanti kena jalan jauh. Kalau hari Isnin hingga Jumaat, ada bas no 348 yang kita boleh naik drp Alison Road yang berhampiran dengan pekan Randwick. Bas no 348 ini akan berhenti di stop Collin St near O'Riodan St..., yg hanya sebelah dengan bangunan di bawah ini..., dan kemudian kita berjalan depan bangunan ini dan kedai World Kitchen hanya blok sebelah bangunan ini. Dekat sangat. Untuk balik juga, kita tunggu bas no 348 di bawah pokok spt gambar di bawah...
Kedai ni buka hari-hari... cuma masa tutup sahaja berbeza.... kalau dtg hari Sabtu Ahad, kawasan kedai ni sunyi sepi sikit, sebab kawasan kedai ni mcm kawasan kilang. Kalau hari biasa baru nampak meriah dan hidup kawasan ni....
Disebabkan agak jauh nak berjalan, tak larat nak beli berkotak2 walaupun bila lihat harganya...., ruginya tak beli banyak2..., sebab kalau kat Malaysia dekat 4 kali ganda harganya pun tak dapat beli lagi Corelle....
Esoknya kami plan nak ke Blue Monutain....
No comments:
Post a Comment