Tuesday, 24 December 2013

Sydney Aku Datang... - Persediaan ke Sydney

JALAN-JALAN KE SYDNEY


Hari-hari yang ditunggu-tunggu 27 Nov 2013 tiba akhirnya…., kali ni kami bersembilan orang akan ke Sydney, Australia.

Pengangkutan utama kami sudah semestinya Airasia. Tiket yang kami dapat tidak lah murah sangat tapi kalau dibandingkan dengan MAS sudah tentu jauh murahnya. Harga seorang lebih kurang RM 1100 dan tiket telah dibeli seawal bulan Jun lagi. Plan untuk ke Sydney ialah selama 6 hari.

Persediaan Makanan

Beberapa perkara yang agak merungsingkan saya untuk ke Australia. Katanya agak cerewet pasal makanan yang dibenarkan dibawa masuk ke Australia. Di bawah ini ialah arrival card yang perlu diisi. Dalam kad tersebut juga dinyatakan jika kita tidak pasti barangan yang dibawa dibenarkan masuk atau tidak, kita perlu tick YES. Dan dimana2 juga dikawasan airport Australia, kita sentiasa diingatkan untuk declare barangan yang dibawa.





On arrival your baggage may be assessed by x-ray, detector dog or inspected by a biosecurity officer. If you fail to declare or dispose of any biosecurity risk items, or make a false declaration
  • you will be caught
  •  you could be fined $340 on-the-spot, or
  • you could be prosecuted, fined more than $66000 and risk 10 years jail and a criminal record




 Daripada maklumat di atas, saya declare semua barang makanan dan ubat2an yang dibawa. So, saya tick YES untuk item no 1 dan no 6. Kalau kita baca no 1, seoalah2 kita bawak dadah…, hihi risau je…

Bila sampai di Airport dan setelah melepasi  immigresen, kad kita akan diteliti oleh seorang pegawai (peg kastam kot ?) dan diarahkan kita ke lorong untuk pemeriksaan secara teliti. Sambil2 tu, seorang pegawainya tanya item 1 yang kami bawa. Kami menjelaskan bahawa kami bawa ubat seperti Paracetamol dan ubat untuk diabetes. Alhamdulillah… urusan untuk kami mudah, dia tak minat pun nak selidik lebih lanjut dan terus suruh kami ke kaunter untuk lihat barang makanan (item 6).

Sampai di kaunter, kami dilayan oleh pegawai yang muka macam orang India tapi baik dan tidak cerewet langsung. Dia tanya barang makanan yang kami ada dibawa. Tapi sebab nak tunjuk baik kot, kami yang terhegeh2 bukak beg untuk tunjuk barang makanan yang kami bawa. Dia tengok2 sahaja dan tak belek2 pun dan selesai….

Barang2 makanan kami letak dalam satu beg sahaja. Antara barang makanan yang dibawa ialah beras, gula, garam, belacan, ikan bilis, perencah masakan dan makanan dalam tin dan pek seperti Berahims, Maggi, Yeos, sardine tuna, milo dan nescafe. Serunding kami tak berani nak ambil risiko.

Tapi, mungkin nasib kami agak baik sebab dapat pegawai yang kurang cerewet. Di kaunter sebelah2 kami, ada juga pengunjung yang kena selongkar habis beg mereka. Habis semua barang di belek dan kena keluar daripada beg. So, baik ambil langkah berjaga2 dan ikut peraturan daripada dikenakan tindakan dan dibuang barang2 yang penat kita bawa.

Penginapan di Sydney

Untuk kali ni memang kami cari apartment untuk memudahkan penyediaan makanan. Hotel dan apartment di sekitar Sydney agak mahal2 banding dengan perbelanjaan kami untuk penginapan di negara2 sebelum ini. Walaupun kami book 6 bulan sebelum pergi lagi. Macam2 website saya guna…., akhirnya saya book di Randwick Waldorf Apartment dan book melalui Booking.com. Kalau nak book terus melalui website apartment tu pun boleh tapi saya kurang yakin pulak dan mcm kena bayar terus. Dengan Booking.com, saya dah biasa guna dan selama ini memang boleh dipercayai dan bayar bila sampai dan untuk cancel booking juga mudah.

Apartment ni terletak di Alison Road, berselang satu bangunan je dengan Malaysian Hall Sydney. Mula-mula dah lihat2 juga penginapan di MH. Tapi satu kekangannya ialah tidak boleh langsung memasak, walaupun cuma masak nasi guna rice cooker. Itu yang menyebabkan kami rasa leceh dan kalau dijumlahkan harga bilik + makanan, rasanya lagi berbaloi kami duduk di apartment ini.
Kami book 2 apartment yang satu bilik dan dua bilik. Kemudahan dapur lengkap, ada mesin basuh dan pengering sekali, so tak payah bawa baju banyak2. Lepas basuh boleh terus kering malam tu jugak. Apartment satu bilik boleh masuk sehingga 4 orang dan apartment 2 bilik sehingga 6 orang.

Harga semalam untuk apartment 1 bilik ialah AUD 150 dan untuk apartment 2 bilik ialah AUD 220.


Pengangkutan Sepanjang di Sydney

Daripada airport kami ambil Maxi Taxi sahaja disebabkan beg2 yang besar2, rakyat yang ramai dan belum mahir lagi dengan keadaan sekeliling. Dengan kami yang Sembilan org, 8 beg kotak yg besar dan 1 kerusi roda, muat semuanya, terus membawa kami selama 15 minit dan selamat tiba di hadapan apartment. Taxi ini guna meter dan harga yang tercatat pada meter ialah AUD 79…. yg di round off kan menjadi AUD 80 oleh driver tersebut.

Semasa balik, daripada apartment ke airport, kami meminta jasa baik staff apartment untuk tolong telefonkan taxi dan bayaran yang dikenakan hanya AUD 60 masih menggunakan meter. Ada perbezaan yang agak ketara disitu. Kenapa berbeza sangat ? Tidak diketahui sebabnya.

Sepanjang di Sydney, kami menggunakan MyMulti3. Apa itu My Multi ? Tiket bas, feri, keretapi, tram untuk seminggu.  Ringkasan perbezaan antara tiga2 Multi adalah seperti gambar di bawah…




Harganya pun mesti berbeza….. di bawah ini senarai harganya…. untuk My Multi 3 ialah AUD 61 seorang.


Kesimpulannya kalau kita hendak pergi sejauh ke Blue Mountain dan akan guna selama 6 – 7 hari, elok lah rasanya beli My Multi 3…


Rasanya naik lunyai juga kad My Multi3 ni kami guna. Kami beli kad ini selepas sampai di Airport. Kad ini dijual di train station. So bila keluar sahaja drp balai ketibaan, carilah arah ke train station iaitu arah ke kanan dan turun ke level bawah 1 tingkat, ada escalator dan beli my multi ni di kaunter. 




Perbelanjaan Wajib Di Sydney




Bajet ini meliputi penginapan, pengangkutan (mymulti 3) dan bayaran masuk iaitu Combo 5, Blue Mountain dan Featherdale dan Teksi pergi dan balik ke airport.

Bajet makanan ada sikit shj, beli barang2 mentah di Coles dan yg lain2 bawa drp Malaysia....









10 comments:

  1. Salam,

    Info yang lengkap untuk percutian Sydney.
    Tumpang beri maklumat tentang penginapan yer...
    Untuk maklumat penginapan berpatutan serta makanan halal Sydney e-mail kay.abubakar@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam kak, tak de bajet plan ke untuk Sydney vacation ni? mcm Europe trip haritu? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W SALAM..., ok akk dah edit dan tambah bajet....,

      Delete
  3. Assalam. Nak tanya la kan, kalau duduk kat apartment tu dgn jumlah org lebih dr yg sepatutmya boleh duduk, kena cas apa apa ke?
    Hope dpt reply ASAP. TQ (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... sorry lambat reply...

      Pejabat apartment ni x buke setiap masa. kalau kami keluar masuk pun jarang terserempak dengan staf mereka. Saya rasa mcm ok kalau terlebih sorang dua...tempat ni x mcm hotel yang staf mereka sentiasa memerhati penghuni...
      tapi saya tak pasti sangat ye...

      Delete
  4. assalam...rice cooker bawa dari malaysia ke? t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...

      sorry for late reply...

      Sy sewa apartment kali ni..., so, kami just bawa sabun untuk suci..., dan guna periuk yg disediakan shj...

      Awak nak tinggal di hotel atau apartment ?

      Untuk Australia, agak bahaya kalau guna rice cooker dalam bilik hotel..., sbb boleh activate smoke detector..., nnt kena denda..., tapi kalau tinggal di apartment, ok la...

      Delete
  5. As salam kak. Milo and nescafe tu yg 3 in 1 or yg biase aje kak??

    ReplyDelete
  6. my multi card tu boleh guna tok airpart train x?

    ReplyDelete
  7. Salam.. Utk kasut sport boleh bawa tak.. Sbb ada kata tak boleh..
    Sabun muka dr msia bolehkan bawa n product cosmetic kegunaan sendiri

    ReplyDelete