Thursday, 23 October 2014

Renew Passport...


Ni update terkini...., hal-hal passport ni sentiasa berubah..., bagus juga perubahan demi menyenangkan pelanggan...

Hari ni sempena cuti ganti untuk Deepavali, aku dan Aman plan nak renew passport. Cik Abe punya memang dia buat 5 tahun, kami dulu buat 2 tahun je..., ingat nakkan murah tak terasa sangat sampai RM 300 sorang, tapi sebenarnya menyusahkan aje buat 2 tahun..., banyak ruginya. Baik buat 5 tahun terus...

Apa yang menyusahkan ?? Bila kita buat 2 tahun punya...

1) kita kena pergi 3 kali renew baru sama dengan nilai passport 5 tahun, yg sekali je renew. So tak payah la dok membuang masa melangut kat pejabat imigresen setiap setahun setengah.

2) Bila kita renew 2 tahun, tarikh 2 tahun dikira drp tarikh kita buat. Kalau buat 5 tahun, tarikhnya dikira drp tarikh luput passport kita yg mungkin ada 5 atau 6 bulan lagi ke depan.

Hari ni dengan penuh berkobarnya kami keluar rumah..., pukul 7.30 pg lagi dah pergi. Arah tujuannya ke Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen bahagian Passport ni dah berpindah ke pejabat baru di Presint 2. Nama bangunan nya ialah Menara Ikhlas. Landmark yang mudah ialah bangunan di sebelah kiri Istana Kehakiman. Kalau kita di Maybank/ASN Presint 2 tu, dan kita memandang Istana Kehakiman, Menara Ikhlas ini terletak ke kiri Istana Kehakiman dan sejalan dan berdepan dengan Bangunan Imigresen yang menguruskan permit Pekerja Asing dll. Boleh agak tak ??




Susah juga mulanya, sebab kat Google Map pun tak boleh kesan tempat ni, mungkin sebab baru lagi bangunan ini wujud. Pejabat Imigresen bahagian Passport ini terletak di tingkat 3.

Waktu Operasinya bermula 7.30 pagi.

Hari ni sebenarnya bukan hari yang bagus buat passport sebab, mungkin org ramai mengambil kesempatan selepas  cuti Deepavali. So, ramai org..

Di sini aku berikan perkara yang perlu, supaya orang lain tidak membuat kesilapan macam aku tadi...

Perkara yang WAJIB dibawa :

1) IC asal, salinan TIDAK perlu buat.
2) Passport lama.
3) Duit : RM 100 (2 tahun) dan RM 300 (5 tahun). Cash sahaja.

kalau kita bawa anak bawah 18 TAHUN, kita perlu bawa SURAT BERANAK, salinan tidak perlu.
Kalau tak bawa, tak boleh buat walaupun kita nak renew sahaja.
TIDAK ADA borang yang perlu diisi.
Kalau pakai tudung, pakai la yang WARNA GELAP. Tudung pinjaman ada disediakan, takut tak berapa kena dengan muka kita.

Sampai sahaja terus ambil nombor, tunggu giliran di panggil..., bila di panggil serah passport lama dan IC..., lepas tu duduk dan ambil gambar disitu juga...
Lepas tu tunggu lagi nombor kita dipanggil untuk buat bayaran di kaunter no 23 atau 24. Lepas dah bayar, tak sampai sejam passport kita pun dah siap.

Setiap kaunter ada kamera untuk ambil gambar...

Prosedur nak ambil passport dah siap agak bercelaru, sbb no agak lambat dipanggil..., mereka pun agak kalut menguruskan passport yang banyak siap tapi mcm kurang kakitangan untuk mengedarkannya. Nasib baik nampak org ramai bersidai kat kaunter no 21 dan 22..., rupa-rupanya main tanya je dah siap ke belum. Kalau tunggu nombor mereka pun x sempat nak panggil...
Agak-agak dah 30 minit, kita pi tanya kaunter serahan, samada passport kita dah siap atau belum...


Sebenarnya, tadi aku lupa bawak surat Beranak AMAN..., kena lah balik rumah dan datang semula..., bila kali kedua sampai, masa dah pukul 9.30 pg... dan dapat nombor 1353 dan 1354..., dan katanya lepas pukul 2 baru panggil...., sebelum pukul 2 lagi kami dah sampai semula, tapi pukul 4 ptg baru nombor kami pertama kali dipanggil... Pukul 5 semua dah siap..., letihnya dok melangut hari ni...

No comments:

Post a Comment