Thursday 11 December 2014

Kia Ora NZ - Wanaka, Cromwell & Queenstown

Day 4 - 30 November 2014

Ringkasan perjalanan kami di hari ke 4.

(A) Lake Tekapo - (B) Wanaka = 200 km
(B) Wanaka - (C) Cromwell = 55 km
(C) Cromwell - (D) Quenstown =60 km

Jumlah km = 315 km




 Setiap hari sebelum memulakan perjalanan, tugas utama Ayah dan Aman ialah mengosong air kotor dan refill air bersih di dump site di setiap Holiday Park. Tugas Mama pulak memasak. Masak dalam motorhome je. Kat setiap holiday park ada menyediakan kemudahan kitchen dan toilet yang luas dan selesa. Walaupun dalam motorhome ada toilet, kami lebih selesa pergi mandi dan urusan lain di toilet yang disediakan di Holiday Park. Memang kami request untuk dapat site yang dekat dengan bangunan kitchen dan toilet.

Tetapi untuk memasak, terpaksa masak dalam motorhome sahaja sebab susah nak mengangkut bahan dan peralatan masak ke kitchen Park. Peralatan masak dalam motorhome telah kami samak, kalau nak guna yang kitchen punya kena samak lain pulak...




Beginilah keadaannya di setiap Holiday Park yang kami singgah, sentiasa penuh dengan campervan dan motorhome di powered sites mereka. Sebab itulah kalau kita lambat comfirm booking untuk sewa motorhomes, kemungkinan untuk terlepas sangat tinggi. Tambahan pulak kami pergi waktu summer...



 Menu untuk pagi ini ialah sambal udang dan kentang serta ikan bilis goreng, berulamkan timun. Untuk mengurangkan air mencuci pinggan, kita bawalah kertas pembungkus nasi lemak, lepas makan boleh buang terus je...

Bila semua dah siap, perut pun dah kenyang, kita mulakan perjalanan... tugas Ayah seorang je bawak Van gedabak ni..., mcm bawak lori je ayah kata..., pernah ke bawak lori ???


Tempat Aman dibelakang sekali... design dlm motorhome ni dibuat tempat duduk penumpang di belakang sekali, jauh sangat nak menyembangnya...
Setiap kali nak memulakan perjalanan, semua barang2, sinki, peti ais dan dapur akan ditutup dan dikunci. Peti ais dan kitchen kabinetnya boleh dikunci, kalau tak bila corner baring karang habis berterabur semua barang2. 


Perjalanan kami hari ni akan melalui jalan yang sama (50 km) seperti nak ke Mount Cook semlam. Sepatutnya kalau nak jimatkan perjalanan, kami patut tidur di kawasan Twizel, so lepas balik daripada Mount Cook, kami terus ke hadapan dan tak perlu patah balik ke Lake Tekapo.




Tapi disebabkan nak sangat menikmati Lake Tekapo, tu yang sewa powered site di Lake Tekapo Holiday Park.

Perjalanan selepas Twizel, kita akan melalui Lindis Pass iaitu kawasan berbukit bukau dikelilingi kita. Sejauh mata memandang hanyalah bukit2 rendah. 














Akhirnya, selepas 2 jam lebih kami sampai ke Wanaka. Kami singgah di Wanaka Puzzling World.
Bayaran masuknya ialah NZ 17.50 untuk dewasa dan NZ 12 untuk kanak-kanak.



























Dah selesai di Wanaka Puzzling World, kami bergerak ke Cromwell. Wanaka Lake pun ada tapi kami tak pergi. Dah naik muak dengan lake sesaja kat NZ ni ;)

Cromwell ni terkenal dengan pekan yang mengusahakan tanaman buah-buahan seperti epal, cerry dan anggur...


Kami singgah kedai ni...

 Beli fresh fruit yogurt ice cream...., sedappppp wei..., sampaikan nak dtg balik ke Cromwell semata-mata nak makan aiskrim...

Yang ni pulak fruit smoothie...., pun sodap...


 Kami try makan fresh cherry, first time try..., kat malaysia biasa jumpa yg atas kek atau nak buat hiasan kat biskut raya je..., bila dah rasa, sedappp nya..., maniss..
Beli yang gred 2 je, NZ 4.95..., kalau yang gred 1 NZ 9.95...., dua kali ganda bezanya...






Sambil2 makan aiskrim, kami teruskan perjalanan ke Queenstown, ada baki 60 km lagi. Sepanjang jalan kita akan melalui jalan di tepi Sungai Kawarau yang cun tu..., hijau je airnya...







Akhirnya kami sampai ke bandar Queenstown...

 Malam ni kami stay di Queenstown Lakeview Holiday Park...

 Payah bawak van gedabak ni..., bukan sebarang tempat boleh parking..., nasib baik jumpa kawasan parking ni, nama jalannya tak ingat..., bayarannya stail bayar dan pamer...


 Kedai tempat jual barang2 souvenir di Queenstown...

 Sebaris ke depan sahaja ada satu gerai kebab..., terjumpa dengan 2 family daripada Malaysia, satu drp Ipoh dan satu drp Mantin...




Lepas makan, kami check in di Lakeview Holiday Park.

Dah petang pun masa ni, so nak ke Queenstown Gondola Skyline macam tak berapa sempat, so kami membuangkan masa ke tempat shopping di New World. Suka benor membeli kat pasaraya sini, mcm nak berumah tangga kat NZ. Geram tengok sesetengah harga memang murah ratenya..., cth susu 2Liter baru NZD 4 ke 5..., kalau kat Malaysia RM 13 lebih...

Satu lagi bila kita shopping di Pak n Save dan New World ni, kita boleh dapat baucer untuk petrol, diskaun 4sen seliter. Tapi mesti shopping sehingga jumlah tertentu (tak pasti berapa NZD baru dapat diskaun petrol)

So, esok kita ke Gondola & Luge...

2 comments:

  1. Salam ziarah....wah,menarik travel dlm rv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ziarah...

      menarik juga untuk first time nak cuba...., tp kalau kali kedua ke NZ, sy tak nak dah sewa..., kurang selesa, sempit...

      Delete