Thursday 11 December 2014

Kia Ora NZ - Queenstown & Te Anau

Day 5 - 1 Disember 2014

Perjalanan hari ini hanya daripada Queenstown ke Te Anau = 171 km.
Aktiviti waktu pagi ialah bergondala dan luge di Gondola Skyline.


Di Queenstown ni pun ada lake yang besar, Lake Wakatipu... Bandarnya pun di kelilingi bukit-bukit dan gunung. Rumah2 banyak dibina di lereng-lereng bukit. Sebabtu suhu di Queenstown sangatlah sejuk. Masa kami di sana bila menghampiri petang hingga pagi suhu mencapai 2 C. Tidur berselimut tebal, siap pasang heater lagi. Ini musim summer ni, kalau musim winter mesti sejuk teramat...

Pagi ni tak rushing nak keluar cepat2 sebab gondola mula beroperasi pun pukul 9 pagi. Dekat NZ, subuh habis awal, dalam pukul 5.45pg dah habis subuh. Pukul 6 pg, dah terang menderang, matahari dah start muncul.

Daripada holiday park kami ni pun dekat sahaja nak pergi gondola tu, jalan kaki sahaja. Kami tinggalkan motorhome di kawasan parking holiday park ini. Bayarannya ialah NZD 5 untuk 4 jam. Sebenarnya kalau bawa ke Gondola tu pun boleh, banyak je kawasan parkingnya untuk kereta dan kenderaan besar macam kami. Tak payah buang duit bayar duit parking.


Kami ambil pakej Family- gondola dan 8 kali luge... = NZD 119



 Cuaca yang mendung berkabus dengan hujan halus2.... Lake Wakatipu drp kejauhan...

 Bandar Queenstown yang padat di tepi Lake Wakatipu...

 Sejarah penubuhan Skyline Gondola Queenstown

 Patut la sejuk ke main, masih ada sisa snow di awal summer ini...

Daripada station bawah, kita naik gondola dulu..., lepas tu pakai helmet dan naik chair lift utk station atas sekali...

 Kami dah ready untuk berluge... sebelum naik luge, kita kena naik chair lift untuk ke puncak...

 Chair Lift...

 Trek untuk Luge...

 Pandangan daripada atas selepas naik chair lift...
 
 Ini lah rupe luge nya..., aku naik sekali je... ;) lagi 4 Aman naik, Ayah naik 3 kali...


 Ayah...

 Aman...

Mama... bawak slow je..., saje nak merasa...






Bungy Jumping... 

 Ada pusat pameran dan pendidikan pasal burung kiwi di sebelah stesen gondola ini. Ada bayaran dikenakan, tak ingat berapa, kami tak masuk pun...


Lepas dah puas berluge, kami pun bergerak balik ke Holiday Park. Mula-mula mcm nak ke Cromwell kejap, nak makan aiskrim lagi. Tapi bila memikirkan 60 km jauhnya sehala, pergi balik dah 120 km, mcm malas plak. Kalau sejalan ok jugak, ni kena melencong jalan lain... Terpaksalah melupakan impian nak makan aiskrim fresh fruit tu lagi. 

So destinasi berikutnya ialah Te Anau. Perjalanan nanti banyak menyelusuri tepi tasik Wakatipu. Dalam 170 km juga. Bosan dah dok dalam kenderaan lama2...

 Jambatan kat NZ banyak yang selorong sahaja. Kali ini ada traffic light. Dah hijau baru turn kita lalu.




Kami sampai Te Anau pun lepas 2 jam. Tujuan utama ke Te Anau ialah untuk memendekkan perjalanan untuk ke Milford Sound. Kami akan ambil cruise di Milford Sound pada esok harinya. Kalau drp Queenstown ke Milford Sound terus pun boleh tapi akan mengambil masa perjalanan dekat 4 jam dgn jarak hampir 400 km.

Di Te Anau, kami check in di Lakeview Holiday Park, Te Anau. Sampai2 sahaja terus menghidang makanan untuk lunch. Dah lewat tengahari jugak masa ni. Matahari bersinar terang di Te Anau masa tu, so boleh lah kami makan2 di luar motorhome. Meja dan kerusi lipat dibekalkan sekali dengan motorhome. Tapi itu lah sekali kami gunakan di luar. Waktu-waktu yang lain, suhu sangat sejuk, tak mampu untuk makan dalam kedinginan yang teramat.

 Lauk yang simple sahaja, Kari Ikan Salmon dan sambal kentang/ikan bilis.




Dekat depan Holiday Park ni pun ada lake, Lake Te Anau. Mana2 aje di NZ ni ada tasik.




Ni lah bangunan untuk kitchen, toilet dan laundry. Ada yang sangat selesa dan luas seperti di Queenstown, gambar lupa nak ambik... Kitchen dan tempat makan nya besar...

Tak ada aktiviti apa pun petang tu di Te Anau. Bandarnya pun sunyi sepi. Tak ramai orang bergerak atas jalan raya. Kami pun lepak2 sahaja di tepi tasik...

Dah dekat senja, kami bergerak ke Holiday Park. Dekat sini, pada waktu ini, maghrib masuk pukul 9.20 malam macam tu. Bila hari gelap, lepas sembahyang maghrib/isyak, kami pun terus melabuhkan mata, kerana esok perlu bangun awal untuk sampai ke Milford Sound sebelum pukul 9 pagi...


No comments:

Post a Comment