Monday 2 January 2017

KOREA- Day 3 - Ganchon Rail Bike & Nami Island


Pagi-pagi pada 19 Dis, selepas subuh, kami dah bergerak keluar, sebab nak kejarkan masa. Hari ni kami nak pergi ke 2 tempat yang berdekatan antara satu sama lain... tapi jauh daripada Seoul...

Tempat pertama ialah Ganchon Rail Bike...







Untuk ke Rail Bike ini, kita turun di stesen Gimyujeong, ambil subway dan train ke arah yang sama dengan untuk ke Nami Island..., stesen ni jauh ke depan selepas stesen Gapyeong (Nami Island).

Keluar daripada stesen, ke arah kiri ialah Rail Bike ini...

Slot pertama start pukul 9 pagi. Bayaran untuk satu basikal 4 penumpang ialah Won 35k.





Gigih pagi-pagi dah sampai... dalam kesejukan sibuk nak mengayuh basikal...

Kena sampai sebelum pukul 9 pagi, kalau tak slot untuk next adalah pukul 11 pagi kalau x silap... so lepas slot di Ganchon, kita bole pi Nami Island pulak... Nak ke belah sini, perjalanan nya drp Seoul lebih kurang 2 jam. Boleh naik subway atau keretapi ITX.... Kami naik subway... rujuk la peta untuk stesen pertukaran. Pagi-pagi ok, tak ramai orang. Perjalanan adalah selesa dan dalam tren pun boleh duduk...



Ini di stesen lepas kita mengayuh..., ada tempat makan dan toilet. Lepas tu, kita diangkut dengan keretapi seperti gambar di bawah...


 Ini sebelum mengayuh, ambil kepanasan di bilik menunggu/ library di situ...

 Start mengayuh...



 Pedal utk org belakang mengayuh...


 Siap cross jalan raya lagi... ada org tunggu dan tutup jalan ...

 Keluar drp terowong...

 Nak masuk terowong...

 View di tepi sungai..., memang cantikkk...


 Sblm start mengayuh..., semangat sungguh...

Drebar dan penumpang...;)

Lepas berhenti mengayuh, kita dibawa menaiki keretapi ke arah Gangchon. Daripada situ kita bole ambil bas atau train untuk ke stesen Gapyeong untuk ke Nami Island.



Sampai di stesen Gapyeong, ambil teksi ke Jeti untuk ke Nami Island. Tambang sehala untuk teksi dalam 3 ke 4k, satu teksi. Guna meter. Sampai di jeti, beli tiket/ visa untuk ke wilayah Nami iaitu Won 8k seorang.


 Feri ke Naminara...







 Tempat first kiss Joong Sang dgn Yoo Jin...


Balak kayu, tempat Yoo Jin meniti...



 Tempat makan yang halal, ade surau sekali di bhgn belakangnya...


 Ada unggun api..., sejuk je, tapi x de salji turun..., bekas2 salji sahaj yang ada..., so tanah agak licin...




 Menumpang betul kepopularitian drama Winter Sonata... rasanya kalau drama ni x popular, tak ada nya orang nak datang ke Nami Island. Menderu-deru manusia kat sini, terutama orang Malaysia...

 Jalan becak kesan hujan dan salji...











 Kali pertama sampai Korea, haruslah ke sini..., kali ke 2 dan seterusnya, dah x payah la..., bukan ada apa yang best sangat...


Lepas sampai ke stesen Gapyeong, kami teruskan perjalanan ke Seoul dengan keretapi. Dan terus ke Myeongdong...


Masa ni dah letih..., tengok ramainya orang kat Myeongdong, lagi pening.... hihihi...
Tak beli apa sangat pun kat sini..., just cuci mata dan beli kuih ikan...



1 comment:

  1. sejuk kemain tapi snow xdak kan ? hehe.. kalo repeat Korea tataula nak pegi musim ape plak..

    ReplyDelete