Sunday 2 April 2017

KOREA - Day 4 & 5 - YongPyong Ski Resort





Dekat 4 bulan baru nak update... fuhhhh malas sungguh sekarang...

Hari ni, kami nak ke Yongpyong Ski Resort. Kami pergi naik bas daripada setesen bas Dong Seoul. Daripada hotel, naik subway je ke stesen Gangbyeon. Stesen bas ni, berhadapan sahaja dengan stesen Subway Gangbyeon.

Drp stesen bas Dong Seoul, kita beli tiket bas ke Hoenggye... sebutannya pelik sikit..., susah orang korea nak paham kalau kita sebut. So, kita sebut Yongpyong ski resort pun ok. Mereka paham yang kita nak pi mana.

Tambang bas ialah Won 14500 seorang dan perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Selepas sampai pekan Hoenggye, ambil teksi ke Yongpyong. Dalam 10 minit sampai. Kami bermalam di situ, di Greenpia Condo. Bayaran apartment ni semalam ialah hampir RM 800. tapi memang rate nya begitu. Terpaksa juga bayar, pejam kan je mata, sebab rugi kalau x tidur situ. Nanti x sempat nak explore kawasan tu.

 Dong Seoul, stesen bas...



Kos penyewaan ski gear juga dapat 50% diskaun dengan baucer drp KTO... so untuk sesiapa yang nak ke Korea, pergilah ke KTO Malaysia di Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee KL. Kami juga dapat kad T-Money percuma dengan kredit won 2k dalamnya.






 sejukkkk..... -2C suhu...
menggigil sampai ke tulang...


Drp balkoni apartment...



 Apartment tempat kami tinggal....





Pagi-pagi lagi kami dah naik ke pergunungan Balwangsan, untuk ke Dragon Peak.
Kos naik cable car ialah Won 55k, seorang. Kami gunakan baucer drp KTO dapat diskaun 50%




















Dalam pukul 11 pagi check-out, kami naik teksi ke Pekan Hoengye dan naik bas ke Seoul...

Nyinggah ke Nam Dae Mun market mencari brooch...


Rugi tak beli banyak2..., aku bukan tau sangat harga brooch ni kat KL, rupa2nya mahal kalau kat KL...

Kat Korea, harga brooch yang cantik berkilau dan agak besar juga, dalam RM 20 je....

Ni kat kedai yang famous di kalangan org Malaysia kalo nak cari kedai brooch.... kawan2 sebelah kedai pun tau yang org Malaysia memang suka gi kedai dia..., siap kecik ati x beli kat kedai jiran, tapi kawan dia tolong kami pilih dan layan kan... kedai tu nombor 209, tingkat 2, bangunan E Lengdang...
susah gak nak cari bangunan tu, sebab dikelilingi dengan gerai-gerai epi jalan yang menutupi pemandangan....





5 comments:

  1. mahalnyaaaaa harga apartment tu.. tapi kalo berbaloi tak apalah kan sesekali berjalan2.. pejam mata sajalah bayar. seronoknya dapat naik cable ke atas. kami pegi cable tak function T.T kalo repeat lagi tamo da winter.. so bila tah nak main snow hahaha..

    ReplyDelete
  2. Asslm, boleh saya tahu, berapa rough spending kat ski resort ni? Including hotel? Tq

    ReplyDelete
  3. Cable car tu betul ke harga mcm tu? 55000w seorang? Sy tgk kat website diorg harga x mcm tu

    ReplyDelete
  4. Cble car harga 18000 won pegi blik....kalau naik petang dapat 14000 won

    ReplyDelete
  5. Wynn casino? | DrmCD
    Wynn casino? 세종특별자치 출장마사지 You 창원 출장안마 can't play here. Not sure if it's going 사천 출장샵 to be better than 동해 출장마사지 my old one, but it's still worth your time. 속초 출장샵

    ReplyDelete