Tuesday 27 June 2017

KOREA- Day 6 - Everland


Ikut plan, hari ni kami ke Everland... cuaca mendung dan hujan daripada Seoul lagi. Ingatkan nanti hujan akan berhenti, tapi sampai ke tengahri tak berhenti lagi hujan.

Kami pergi dengan bas biasa sahaja sebab kalo ikut subway, banyak sangat stesen pertukaran... Kat Seoul ni, subwaynya sangat dasyat... Penat turun naik tangga..., jauh ke bawah subwaynya...

Naik bas pun agak mudah..., daripada apartment, kami naik subway hingga stesen Gangnam...


Masa pergi, kami naik bas 5002 dan balik kami naik bas 5700..., saje nak try guna jalan lain...

cari bus stop di Gangnam yang seperti dalam peta atas tu, dan beratur untuk naik bas. Ada pekerja sykt bas yang akan tunggu dan guide...


Payung pun kami x beli, sebab ingat hujan sekejap je..., nasib baik ahjussi yang baik hati yang bekerja kat sykt bas Gangnam tu beri kami payung yang dia pakai..., hihihi baik rupanya ahjussi tu... mula-mula ingat garang, lepastu siap suruh ambik payung dia...















Kesimpulannya, sangatlah tak bestnya Everland ni...

Yang jadi tak best mungkin sebab musim sejuk, banyak ride / permainan yang tak bukak, tambah pulak hari hujan. Bagi yang dah pernah ke Disneyland atau Universal Studio, Everland ni jauh benar nak dibandingkan....

Kalu nak skip tempat ni pun ok....

1 comment:

  1. alaaa sayangnyaa banyak rides yang tutup.. huurm.. hujan pulak tu..
    hehe orang2 Korea mungkin muka garang2 tu control macho.. dalam hati ada taman hehe..

    ReplyDelete