Monday 1 January 2018

MELBOURNE DAY 10 - Puffing Billy, Brighton Boxes & Mosque

Hari ke 10... 11 Disember 2017 (Isnin)

Hari terakhir untuk jalan-jalan. Esok pagi2 kena check-out untuk ke airport.

Plan hari ni nak ke Puffing Billy... terletak 40 km drp Melbourne. Kami naik hingga Lakeside dan return. Tiketnya harga AUD 57 seorang.

Dalam perjalanan keretapi ni akan berhenti di stesen Menzies Creek.
Yang ramai-ramai naik masa mula-mula bergerak drp stesen Belgrave ialah pelancong daripada China kot. Mereka ni punya lah excited sampai macam mereka sorang je yang bayar tiket. tapi yang untungnya, mereka berhenti setakat Menzies Creek dan bas mereka menunggu di situ. Bila bergerak semula, banyak tempat yang kosong dan kami duduk bertiga sahaja dalam 1 gerabak...
Lega...
















Kelihatan petugas-petugas di sini adalah warga emas. Katanya mereka adalah sukarelawan yang bekerja bagi menghidupkan puffing billy ini agar terus berfungsi. Mereka meminta khidmat sukarelawan yang sudi membantu mereka seperti membuat penyelenggaraan enjin keretapi, petugas di kaunter, dll




Sampai di Lakeside, kita diberi masa dekat 1 jam sebelum keretapi sampai untuk balik ke Belgrave semula. Di Lakeside, kita boleh jalan-jalan di sekitar tempat tu..., kalau bawa makanan boleh berkelah di bawah pokok, di tepi tasik.... cafe juga ada disediakan...





Petang terakhir di Melbourne, kami mencari Brighton boxes di pantai St Kilda je... Kalau naik kereta memang mudah, parking pun banyak di situ....










Lepas tu, kami mencari masjid di Melbourne. Kami pergi ke Sunshine Mosque...




Esok dah nak balik... tiba-tiba dapat idea untuk pulangkan kereta esok pagi dan kami tak perlu naik tram dan Skybus ke airport. Call syarikat Apex, mereka benarkan dan tiada bayaran tambahan sebab memang sewa hari terakhir tu belum cukup satu hari.

Cuma untuk hantar kereta pagi-pagi, kami kena hantar ke Quality hotel yang berdekatan dengan syarikat Apex. Kunci kereta serah kepada receptionist hotel dan pihak hotel akan hantar kami ke airport dengan van....

Sepanjang di Melbourne, kami ada gunakan jalan bertol. Tol akan dicaj terus kepada kad kredit kita. Tapi mereka tak caj terus masa guna, lepas balik Malaysia baru bil dicaj di kad kredit.

Esok pagi2 dalam pukul 5.45 pg kami dah bertolak daripada apartment, hantar kereta dan ke airport...

Pukul 10.30 pg kami berangkat pulang ke KLIA...

Berakhir percutian kami pada tahun 2017, yang penuh dengan warna-warni dan sedikit ujian pada awalnya..... Keseluruhannya, kami puas dan seronok, apa yang dirancang, kami dapat lihat dan menikmatinya.... Alhamdulillah...

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam. So apa jadi dengan nag yg kena curi dekat Perth. Dapat balik tak. Ngeri pulak. Dah la nak pegi Perth thn ni.

    ReplyDelete
  3. wsalam...

    x dpt balik... kiranya redho je la...

    hati2 shj... cuma jgn tinggal brg dlm kereta...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan, alhamdulillah seronok tengok Puan dan family bercuti. InshaAllah saya akan ke sana bulan depan dan bercadang nak sewa kereta. Memang Apex bagi rate yang agak murah, tapi saya takut juga sebab too good to be true hehe. Nak tanya pada Puan kalau Puan tak keberatan untuk berkongsi, ada tak Apex kenakan caj2 selepas Puan hantarkan kereta? Macam mana pula dengan inspection kereta selepas drop off? Adekah staff hotel akan check? Saya bimbang sebab Apex akan ada record credit card kita dan boleh caj "sesuka hati" lepas kita dah balik ke KL...jazakallah Puan, moga Allah membalas jasa baik Puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      so far ok dgn service apex..., cuma kereta kena ambil bukan di airport..., mereka ada sediakan shuttle bus ke syktnya..., luar drp airport... caj2 lain tak ada, cuma tol shj...

      kami puas hati gak... nasihat saya ambil fully cover insurance... kalau apa2 berlaku tak payah risau dah... masa drop off, tak check pun sbb kami drop off kat quality hotel, lagi pun insurance top cover, so mmg mereka tak kisah dah...

      Delete
  5. Puffing billy ni memang must do attraction kat sini kan...? Cantik dan bersih sunshine mosque...

    ReplyDelete