Monday 24 December 2018

TOKYO-SAPPORO-HCM - Day 1 & 2

Assalammualaikum ....

Setahun dah blog tak dikemaskini... Kena rajin-rajin kan diri juga agar peristiwa yang tercipta dapat disimpan dan dikenang di lain masa.

Pada 7 Disember 2018, MAMAAYAHAMAN telah membuat pengembaraan ke Jepun... tujuan asal untuk ke Sapporo. Tapi sebab memikirkan kalau hanya Sapporo sahaja, takut membosankan, maka kami ke Tokyo juga, walaupun kami dah pernah ke Tokyo, 2011 lalu...

Perjalanan kali ini menggunakan Vietnam Airlines..., masa tu, harganya antara yang termurah, pergi balik dapat dalam RM 1200, all in dgn baggage...., AA pulak dalam RM 1800 tak masuk beg lagi...
Tapi mesti transit di HCM. Kami bertolak, malam 7 Disember.....Waktu pergi transit dalam 8 jam..., esoknya, pukul 6 pagi kami fly ke Narita Airport.


Dalam kapal terbang kecik, drp KUL ke HCM...

 Transit 8 jam di Tan Son Nhat, Saigon Airport... ada kerusi panjang untuk tidur atau boleh sewa katil dan bilik kecil di Sleep Zone, belakang tu. Tempat ni terletak dekat dengan gate 25 ke atas..., yang paling hujung ke belah kanan lepas keluar daripada pemeriksaan imigresen...

 Pukul 6 get ready untuk terbang ke Narita..., kapal terbang besar dan ada panel LCD untuk membuang kan masa ...






 Dah sampai Narita, kami naik Keisei Train dan turun di st Oshiage. Kami menyewa rumah di sekitar situ..., 400 m drp stesen Oshiage..







Skytree waktu malam..., untuk naik ke tower, boleh naik daripada pintu dalam station Oshiage... 
Tapi kami tak naik pun... ambil view daripada luar sahaja.


Penginapan kami, dekat dengan Skytree Tower... Skytree waktu siang...








Malam kami ke Ameyokocho..., mencari kebab...








Hari ke 2 

Hari ke 2, dimulakan dengan pencarian "tangga" yang berada dekat dengan Suga Shrine yang diminati oleh si bujang... katanya popular dikalangan peminat anime... Mamaayah, tak tau apa pun...

Lepas tu, hanya jalan-jalan disekitar Tokyo sahaja... 




Shibuya Crossing...





Tangga di Suga Shrine



 Hachiko Statue..


Kami hanya santai-santai jalan-jalan disebabkan pernah sampai ke Tokyo sebelum ni, jadi tak terkejar-kejar untuk mengunjungi tempat yang biasa dikunjungi pelancong...

Esok, kami nak ke Disney Sea..., pilihan ke situ, sebab sebelum ini kami dah ke Disneyland...

No comments:

Post a Comment