Sunday 23 October 2011

DAY 1 - HO CHI MINH

SAIGON

Teringin ke Ho Chi Minh selepas banyak membaca pasal HCM di forum2 dalam internet....

Sekali ada sale drp AA ke HCM, dapat RM 200 seorang.

Kami pergi berempat kali ni, bersama dgn arwah mak.. Sedih pulak bila bercerita pasal arwah mak.

Perjalanan ke HCM dah agak lama, bulan April tahun 2010, so banyak nama2 tempat yg dah hampir lupa. Patut awal lagi dah buat blog mcm ni, barulah kenangan tu kekal abadi.





Teksi Vinasun - kereta Innova, pandu belah kanan.

Kami bertolak pada petang Jumaat ke LCCT. Berkejar2 gi ke LCCT, sekali flight delay dekat 1 jam..., hampeh, penat je terkejar2 tadi..



Ini lah hotel kami duduk, 200 meter je drp Ben Thanh.

Bilik kami, nama hotel Saigon Pink 2, USD 40 semalam, ada 2 katil besar, bilik sgt luas...
Hotel kat Vietnam ni, kalau kita check-in, mereka akan pegang passport kita, utk semua org pulak tu. Pelik betul, takut juga kalau hilang ke, kena tangkap ke..., sebab tak ada pengenalan diri di luar negara...
Sampai HCM pun dah lewat petang. Sampai di airport, urusan imigresen berjalan lancar dan keluar drp airport, tercari2 teksi Vinasun ( teksi yg direkomen oleh ramai org banding dgn teksi2 lain...). Sampai di hotel di area Ben Thanh market, hari pun dah mulai gelap. Pasar malam pun sedang beroperasi. Keluar je drp hotel terus ada pasar malam.


 
Lepas check-in hotel dan bersiap2,  tak sabar2 nak tengok apa yg boleh dibeli di HCM. Kami turun mengambil feel di HCM. Malam pertama ni, just nak survey je dulu. Tapi org kat sana, lain pulak fesyennya, kalau kita dah tanya harga, mereka akan pujuk supaya kita beli. Jadi malas plak nak bertanya harga.

Kat HCM ni, matawang yang digunakan ialah Dong. Selain itu US dollar pun boleh digunakan. Duit RM pun laku juga. So kesimpulannya, 3 matawang boleh digunakan.

Barangan yang byk dijual ialah T-shirt bola, alas meja, hand beg, barang2 perhiasan dll...
Malam pertama ni gi jenguk2 je, ada lagi 2 malam nak beli..., sabo..., cuma anak aku je yg tak sabo2 nak beli jersi bola..., beli lah jugak, kalau tak, tak senang duduk kita dibuatnya....

No comments:

Post a Comment