Friday 21 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Pengalaman di Hong Kong Disneyland - Day 2

Selepas ke Ngong Ping 360, dengan segera kami naik MTR di Tung Chung dan berhenti di stesen Sunny Bay dan ambil tren ke Stesen Disneyland.

Trennya pun sangat istimewa dgn bentuk corak disney kat tingkap dan dalam tren juga.




Sampai ke stesen DL, jalan kaki 2 - 3 minit baru sampai ke entance DL. Oh ye, kami seludup makanan masuk ke DL, sebab mknan halal mana ada jual. Mau kelaparan kalau tak makan, maklumlah plan nak berada di Disneyland ada lah satu hari.

Tiket dah beli masa kat Avenue of stars, harga tiket HKD 350 dewasa dan HKD 250 kanak2. So, dah bayar mahal, kena lah berbaloi masuk. Security check masa nak masuk DL, siap seluk jugak beg, tapi bekas makanan saya balut dalam telekung dan letak dibhgn bawah beg. So selamat makanan kami utk haritu.

Masa beli tiket, dapat free gift pin gambar mickey dan donald.



Sebelum pukul tiga, berjalan sambil mencari port yg sesuai utk sembahyang jamak zohor asar. Mujur jumpa satu kawasan yg sedikit terlindung dan tidak dilalui org sgt, jadi buat tempat lepak, bentang surat khabar, makan dan sembahyang.









Letih kaki berjalan. Mula-mula plan nak tunggu sampai bunga api dimainkan, tapi bila mengenangkan mesti berebut nak naik MTR, maka kami pun keluar drp DL dalam pukul 7 lebih. Ramai juga org lain yg mungkin berfikir seperti kami untuk elak kesesakan.










Dapat naik tren dgn selesa juga dan berhenti di stesen Lai King sebelum tukar tren utk ke stesen MTR Mongkok. Tujuan ke sini ialah hendak melihat Ladies Market. Ramainya org di kawasan ini. Ladies Market ni mcm ala-ala Petaling Street kat KL. Berniaga pasar malam. Barang yg dijual mcm T-shirt, Fridge Magnet, Handbag, kasut dll. Sempat juga membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang.

Badan dah letih sangat, jadi singkatkan masa di Ladies Market, ambik MTR semula dan turun di stesen TST.

Habislah hari kedua kami di HongKong. 

No comments:

Post a Comment