Friday 21 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Crystal Cable Car Ngong Ping 360 - Day 2


Hari kedua di Bumi Hong Kong....

Bangun pagi dengan semangatnya, maklumlah berbagai aktiviti telah disusun, tinggal kaki je larat tak larat nak meneruskan langkah.

Perkara pertama yang dilakukan ialah masak nasi. Kami membawa bekalan makanan dan rice cooker kecil ke sini dari Tanah Melayu. Maklumlah, susah nak cari makanan halal. Takut buang masa untuk mendapatkannya dan makanan halal pun mahal. Selepas makan sedikit nasi dan lauk yang dibawa, kami pun melangkah keluar drp hotel. Makanan juga ada yang di pack dan dibawa untuk bekalan sepanjang hari ni.

Plan yang pertama, ialah beli tiket untuk ke Guangzhou China, di stesen MTR Hung Hom. Kami ikut laluan subway, so turun melalui exit TST MTR dan ikut laluan subway ke stesen East TST. Kedua stesen ini dihubungkan dgn laluan subway. Jarak antara keduanya agak jauh jugak, tp byk disediakan laluan travelator, so kami naik utk kurangkan berjalan dan jimatkan tenaga. Perjalanan makan masa 15 - 20 minit gak, baru sampai ke stesen East TST.
Atas travelator menuju ke stesen East TST

Selepas itu kami ambil tren MTR ke stesen Hung Hom, first time pakai octopus card dan naik MTR di HK.
Sekejap sahaja perjalanan, sebab hanya 1 stesen ke depan sahaja. Selesai beli tiket, kami naik balik MTR untuk ke stesen Nam Cheong dan tukar tren untuk ke stesen Tung Chung. Perjalanan ni agak jauh, lebih drp 30 minit.

Ngong Ping terletak hanya beberapa meter sahaja daripada stesen Tung Chung. Kat sini pun ada Factory Outlet, Citygate. Kami sampai awal lagi, utk weekday, waktu operasi ialah pukul 10 pagi.



Untuk mengisi masa, kami hanya jalan-jalan sekitar situ sahaja dan ternampak Post Office. Kedai menjual buku pun telah dibuka, maka kami beli 2 keping poskad dan hantar kepada Wawa dan diri sendiri. Tapi, poskad tersebut kami terima selepas hampir sebulan. Ingatkan memang dah tak sampai langsung.



Dekat pukul 10, baru dibenarkan naik dan Q untuk beli tiket. Kami ambil pakej untuk crystal cabel car, sebab tu pun gigih ke sini, sebab kat Malaysia tak ada cable car yang lantainya cermin. Tapi betul la, tak rugi naik sebab viewnya sangat cantik. Rugi siapa yang dah sampai tapi tak nak cuba. Harga tiketnya ialah HKD 338 untuk 2 org, pakej ni beri kanak2 percuma.


Tiket Ngong Ping...


Yang membuatkan wajib naik canle car ni ialah lantai cerminnya. So sepanjang perjalanan, kita boleh lihat ke bawah. Nampaklah jalan raya dan laut. Drp sini pun, boleh nampak lapangan terbang antarabangsa HK.

Baru nak bergerak naik, masih belum tinggi lagi....








Kami tak lama dekat sini, sebab mengejar masa utk ke Disneyland pulak. Drp Tung Chung kami naik cable car dan sampai ke stesen terakhir, turun dan ambil cable car untuk balik ke stesen Tung Chung. Masa balik, kami adalah org pertama yg naik semula cable car. Dekat stesen terakhir tu, cuma ada patung Budha, so tak minat la nak pegi lihat.

Lepas keluar daripada Tung Chung cable car, dengan segera kami naik MTR Tung Chung.

Maka, berakhirlah perjalanan kami ke Ngong Ping 360, di Hong Kong.

No comments:

Post a Comment