Thursday 20 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Macau - Day 1

Dah lama teringin nak buat blog, nak ceritakan pengalaman kami menjelajah di bumi Allah melihat keindahan dan keunikan. Harap-harap usaha ini akan berterusan. Dapat juga mengimbau kembali kenangan-kenangan yg terindah di tempat orang...

Kita mulakan dengan Perjalanan Menyusuri 3 Negara, Macau, Hong Kong dan China...

Perjalanan drp Malaysia melalui LCCT, apa lagi naik Air Asia la..., bajet traveler mcm kita org mana mampu nak naik MAS..., tak dapat semurah Air Asia. Tiket seperti biasalah, telah dibeli seawal awal tahun 2010 lagi, tak ingat bulan berapa. Banyak gak persediaan yang telah dibuat, maklumlah kami tak suka pergi dengan Travel agent..., suka bebas atur rancangan sendiri..

Pagi tu, 1 Disember 2010, pukul 3 lebih dah bangun, kena ada di LCCT sebelum 5.30 pg, sebab flight gi Macau pukul 6.45 fly..., mata pun dah tak nak tidur dah. Bersiap dan masak nasi sebelum gi sebab nak bawak makanan utk makan tengahari di Macau nanti.

Beg2 yang dah siap nak dibawa pergi..., mencukupkan timbangan dgn menyumbat sebyk mungkin air mineral..., katanya mahal air mineral di sana...



Sampai di LCCT, solat subuh dulu, dan akhirnya dgn flight AK0050, kami berangkat ke bumi Macau... tapi dekat 7.45 gak baru kapalterbang fly, delay 1 jam..., sampai Macau pukul 11.00 pagi...


Ketika kapal terbang touch down..., airport Macau sebelah laut je....

Ini makanan atas Air Asia. Selesai breakfast pada hari tu. Alhamdulilah....

Bangunan terminal Airport Macau...

Selepas selesai urusan Imigresen, kami keluar ke sebelah kanan terminal utk naik free shuttle ke Venetian...

Cuaca nyaman je, sesekali bertiup angin sejuk, maklum lah dah nak masuk winter...



Dekat Macau ni, byk signage guna bahasa Portugis...

Dalam bas dari airport ke Venetian..., cantik basnya, yg lg best sebab free... Kami naik hingga sampai Venetian.
Kat dalam Venetian.


 Dalam venetian, ada terusan buatan dan gondola ala-ala venice..., tak naik pun sebab nak cepat. Bahagian tengah Venetian, tidak dibenarkan lalu sebab kawasan kasino, untuk yg di bawah umur...
Kami beli tiket Cotai Jet, iaitu feri ke Hong Kong kat Venetian juga.

Lepas beberapa klik gambar, kami keluar drp situ...

Perjalanan diteruskan dengan menaiki teksi untuk ke kawasan tourist spot Macau...
Terpaksa berkejar-kejar sikit, sebab mengejar masa untuk naik feri pukul 3 petang.

 Teksi di Macau...
Dekat Macau ni, mata wang nya namanya Pataca. Tapi penggunaan Hong Kong Dollar dan Renmimbi China diterima juga. Duit baki selalunya diberi dalam Pataca.  Jadi kami tak menukar ke matawang Pataca pun. Masa nak keluar drp Macau, cepat2 duit Pataca yg ada dihabiskan, sebab matawang ni tak berapa laku kalau ditukar di Malaysia nanti.

Drp Venetian ke Senado Square guna teksi bermeter dan caj nya adalah 60 Renmimbi = RM 30. Perjalanan nya agak jauh juga, sebab airport terletak di Pulau Taipa.


Macau Tower...


Ruins of St Paul

 Senado Square


Feri yang akan kami naiki ke Tsim Tsa Tsui (TST) Hong Kong.

Selepas mengambil beberapa keping gambar, kami mengambil teksi dan pergi ke Jeti Cotai Jet. Harga tambang feri ialah HKD 160 dewasa dan kanak2 HKD100.


Berlayar lah kami selama 1 jam ke Hong Kong. Feri ni lebih laju banding dgn feri Langkawi. Ombak laut pun lebih tinggi tapi kami ok je, alhamdulilah tak mabuk sepanjang perjalanan. Feri nya tak penuh, byk lagi tempat duduk yg kosong....
Selamat Tinggal Macau.

No comments:

Post a Comment