Thursday 20 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Menjelajah Hong Kong - Day 1

Selepas 1 jam, akhirnya tiba di Jeti TST Hong Kong. Lepas keluar je drp feri, bersiap untuk menghadap imigresen Hong Kong pulak. Muka sorang2 staf nya masam mencuka je..., tapi tak kisah lah janji tak ada masalah. Lepas keluar drp terminal feri, kami ambil teksi je utk ke hotel di Mirador Mansion Jalan Nathan. Dekat je drp situ nak ke hotel, kalau jalan kaki pun boleh tapi sebab malas nak mengheret bag yang banyak, kami naik teksi je. Tambang ialah HKD 45 = RM 22. So, kira mahal lah sebab dekat sangat.


Tsim Tsa Tsui... in a taxi otw to our hotel..


Bilik yang sangat la comel..., hotel2 dekat HK ni mahal-mahal belaka. Macam ni pun RM 170 semalam.

Sampai pun dah dekat pukul 5 lebih, so bersiap-siap nak pegi ke Avenue of Star. Drp Mirador Mansion tak jauh pun, dalam 10 - 15 minit je jalan kaki sambil menyusur kedai di tepi jalan sambil cuci mata atau boleh jugak ikut laluan subway.

Keluar je drp Mirador Mansion, ada exit utk ke subway MTR HK. So, kami guna laluan ni sebab nak beli kad Octopus yg fungsinya macam Touch n Go kat Malaysia ni, utk memudahkan turun naik pengangkutan awam di HK ni. Kad ni ada dijual di sales office MTR kat subway.



Gambar di subway menuju ke station MRT utk beli octopus card.

Octopus Card, yg warna pink utk kanak2, so harga tiket semua nanti harga kanak-kanak. Boleh di top up di mesin di stesen MTR atau 7 Eleven tp dengan sedikit komisyen bergantung berapa byk yg kita top up. Kad ni sgt berguna, kami byk menggunakannya utk naik MTR dan Ding Ding Tram.

Selepas beli kad, teruskan berjalan dan keluar melalui exit ke Avenue of Star ( dah tak ingat exit yg mana satu) yg berdekatan dengan SOGO.


Gambar wajib kalau ke HK. Memang cantik, tenang je, pastu sejuk pulak tu, sambil2 tengok kapal dan feri lalu untuk ke Pulau Hong Kong yang di depan tu.





 Gambar-gambar di sekitar Avenue of Star.

Kami jalan-jalan dan relax2 sambil tunggu malam, utk lihat Symphony of lights pada setiap malam pukul 8. Suhu semakin sejuk, mereka berdua ada jaket, aku tak pakai, so terasa gak sejuknya, terutama bila angin bertiup. Tapi memang cantik dan damai je sepanjang melihat laut di depan tu.

Dekat HK ni, negara yang bersih, susah nak jumpa sampah merata-rata. Kat dalam laut tu pun tak ada sampah terapung2 pun. Sedap je mata memandang.





Symphony of Lights yang dah bermula. Bangunan di kiri kanan laut ni akan bergemerlapan dengan berirama..., kami berada di TST, so memerhati bangunan di pulau HK. Drp pulau HK menghadap ke TST pun bangunan2 di sini akan bercahaya2 jugak. Bagus jugak produk pelancongan HK ni, kira aktiviti wajib la kalau dtg ke HK. Ramai org kat sini terutama semasa symphony of lights nak start.

Oh ye, masa kat sini, ada booth Disney, jual barang2 cendera mata Disney dan tiket ke Disneyland. So, kami beli tiket DL kat sini je.

Lepas habis persembahan cahaya tu, kami pun menyusur jalan melihat HK dan balik ke hotel. Badan pun dah letih, maklumlah, bangun awal tadi.

Maka berakhirlah hari pertama di HK.

No comments:

Post a Comment