Wednesday, 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari ke-6 - Tokyo Disneyland

Hari terakhir kami di Tokyo...., hari ni kami nak ke Disneyland, pastu terus ke airport. Terpaksa buat mcm ni supaya boleh jimat duit hotel. Hotel kami dok ni kena check-out pukul 10 pagi paling lewat. So nanti tak pasal2 kena tambah satu hari lagi duit hotel...

Drp Inaricho, kami ambil metro ke Ueno, pastu tukar ke Hibya line dan terus ke stesen Hatcobori. Cara ni lebih mudah sebab tak perlu ke stesen Tokyo yg ramai org dan byk line tren. Kat Hatcobori ni cuma ada metro Hibya line dan Keiyo line utk ke Disney. So kurang sikit jauh utk pertukaran tren. Lepas tu kami naik Keiyo Line ke stesen Maihama.

Kami tinggal beg2 kat locker kat tingkat bawah sebelum masuk ke Disneyland. Locker kat sini ada yg bersaiz yg besar, banding kat tempat2 lain tak de yg sebesar ni. So, muat lah beg2 kami tu. Utk satu locker sewanya ialah 700 yen sehari.

Lepas dah hantar beg, kami masuk ke DL dan pengembaraaan pun bermula.

Tapi..., tak berapa enjoy di Tokyo DL ni, sebab suhu yg sgt sejukkkk..., pastu aku pun demam pada hari 4 hingga hari ke-6, penggunaan BI tak ada, semuanya guna bahasa jepun, so kami tak faham pun apa yg dickpkan, kecuali utk Captain EO 3-D yg guna BI....






Dalam pukul 7.30 malam, kami bergerak ke stesen Maihama, dan naik tren Keiyo line ke stesen Tokyo. Sampai di stesen Tokyo, kami naik JREast Yamanote Line ke Hamamatsucho stesen untuk ambil Airport Monorail ke International Terminal. Tambang menggunakan Monorail adalah 470 yen.

1 comment:

  1. salam..kak boleh tak akak bagi detail kos perbelanjaan ke sana..dalam hati teringin sangat nak pegi

    ReplyDelete