Pagi lagi kami dah bangun, subuh di sini habis dalam pukul 6.40 pg. Selepas bersiap, kami nak menikmati keheningan dan kesejukan pagi di sini, sebelum berangkat ke Srinagar pada hari ini selepas sarapan pagi.
Keluar sahaja drp hotel, wahhh..., lagi sejuk...., dgn salji turun sikit. Bila bercakap je, keluar asap drp mulut... Rasanya, hari ni lebih sejuk drp semalam. Tak lalu nak duduk lama2 di luar hotel. Selepas mengambil beberapa keping gambar, kami bergerak masuk ke hotel. Masalahnya, hotel ni, sediakan makanan terlalu lambat. Utk breakfast, katanya pukul 9 pg baru boleh makan....
So, kami masuk bilik semula dan lepak sambil tunggu breakfast. Aktiviti lain tak ada apa yg nak dibuat lg...
Selesai breakfast, kami pun bersiap2 barang dan bergerak drp Pahalgam.
Kat India ni, setiap perkhidmatan yang diberi, selain drp bayaran yang ditetapkan, pemberian tips adalah menjadi suatu kewajipan. Kalau kita buat bodo je, mereka sanggup mintak tips dgn tak malunya. Kadang-kadang kita dah beri pun, mereka boleh dtg mintak lagi kata tak cukup... Ini yg menyebabkan kami rasa sgtlah menyampah...
Perjalanan ke Srinagar mengambil masa 3 jam... Bosan betul nak menyampaikan ke Srinagar.
Ucapan Selamat Tinggal Pahalgam....
Apa yg menarik pasal gambar di atas ialah, di tgh2 jalan ada sebatang pokok. Kes mcm ni ada beberapa di sepanjang jalan ke Pahalgam. Memang pelik dan mesti berhati2 terutama kalau jalan malam, memang merbahaya.
Sebelum dihantar ke Houseboat, kami minta driver carikan restoran untuk makan tengahari. Tapi, driver kami ni mcm tak biasa bawa pelancong, dia pi carikan restoran utk org2 kat situ makan. So, restorannya tak selesa drp segi kebersihan, pilihan menu pun tak banyak, kira tak memenuhi selera mkn disitu.
Lepas makan, kami dihantar ke Dal Lake untuk menginap di HouseBoat. Sampai di tepi jeti, driver tu mengarahkan supaya bawa kami ke HB milik Mr Ajaz. Mula2 sampai, tak nampak pun keindahan kawasan itu, mcm terkejut pun ada, sebab tengok air tasik dikawasan yg ramai penduduk tu, mcm kurang bersih je....
Di depan House Boat kami...
Ini rupa heater ni drp depan...., best dok depan ni, kalau tak sejuknya kemain....
Ruang tamu dalam HB...
Syiling dalam HB..., cantik berukir2...
laluan di tepi bot utk ke bilik...., HB kami ada 4 bilik
Ruang makan..., hari pertama kerusi siap letak, mcm tuan dan mem besar je letak punggung terus makan, hari kedua dan seterusnya kena tarik kerusi sendiri...hahahah..., memang nak kena potong tips...
Dalam 10 minit menaiki Shikara, kami sampai ke HB yg akan kami duduk selama 2 hari. HB kami diberi nama Apollo Eleven. Masuk sahaja ke HB, wahhh cantiknya suasana dalam HB dengan dipenuhi ukiran di dinding dan bumbungnya. HB kami ada 4 bilik dan bilik kami adalah bilik ke 3. Dalam HB ni, lengkap dgn ruang tamu, ruang makan, dapur dan 4 bilik tetamu. Yg tak bestnya, TV cuma ada di ruang tamu. Kalau semua bilik dipenuhi, kena share lah di ruang tamu dan meja makan.
Nasib baik, sepanjang di situ, hanya kami sahaja penghuni yg ada. Jadi HB tu kami yg punya.....
Tapi, tak lalu gak nak lepak kat ruang tamu tu, sebab sejukkkk.... Walaupun ada heater yg digunakan (menggunakan kayu yg dibakar dlm tong...), tp kepanasannya tidak menyeluruh, kena duduk sebelah dgn tong tu, baru boleh rasa kehangatannya. Baik lepak dlm bilik sebab dlm bilik ada heater yg mcm ala2 oven dan kepanasannya lebih terasa.
Walaupun dlm HB, dgn pintu yg sentiasa ditutup, kami sentiasa kena pakai stokin dan winter jaket sebab sejukkk sgt. Nak duduk luar drp HB pun tak boleh lama2....
Yg kanan tu, penjaga HB kami. Dia cerita mereka tak dibayar gaji, hanya dapat drp tips yg org bagi... tak tahu lah nak percaya ke tidak...
Petang tu dlm pukul 4 lebih, kami pergi melihat-lihat bandar Srinagar. Pakcik driver tu bawa kami ke masjid Jamia di Srinagar. Masjid ni agak besar juga, tapi mcm tidak digunakan sgt. Kami tiba pada waktu Asar, ttp tidak ada sembahyang asar yg dijalankan, malah tak kelihatan pun manusia di dalamnya. Yg byk adalah burung merpati yg membuat sarang di situ. Di dlam masjid tu pun dipenuhi dgn tahi burung dan pemandangan tersebut sgt tidak menyenangkan.
Selepas tu, ke sebuah lg masjid. Tak tahu masjid apa, sebab pakcik driver ni bukannya reti ckp BI, ntah apa yg dicakapnya dlm bahasa Kahsmir, mana kami nak faham..., angguk2 sambil gelak je la...
Selepas tu dia bawa kami tempat shopping. Ada deretan kedai mcm bazar, tapi tak lah byk sgt kedai kain, ada 4-5 kedai je kot. Tapi tak de rasa nak beli pun. Lepas tu kat depan kedai tu ada taman, Mughal Garden. Asalnya, nak lawat esok. Dah terlanjur sampai, aku ajak masuk. Kena bayar 10 rp sorang. Bila masuk, tak ada apa yg menarik pun, maklumlah bunga2 belum masa nak berbunga, baru ditanam saje. Menurut katanya, bila musim bunga, cantik Kashmir ni dipenuhi oleh bunga2....
Lepas tu, pakcik tu, bawa kami ke kedai ala2 butik yg menjual karpet Kashmir dan kain saree. Masalahnya, harganya semuanya mahal2. Sebab beria2 tuan kedai tu melayan kami, aku beli jugaklah 2 pasang kain kat situ. Karpet tidak lah. Dah lah harganya sampai RM seribu lebih..., baiklah aku beli kat KL je, lg senang nak bawak. Lg pun tak minat sgt karpet2 ni...
Pakcik driver tu sibuk berhenti, dia kata picca 2x, mula2 tak paham, rupanya dia kata suruh ambik gambar kat sini..., tak de la lawa sgt tempat tu, tp dah dia beria berhenti, kami pun turun lah jugak ambik gambar...
Dah gelap juga lepas kami sampai ke tepi jeti Dal Lake. Utk balik ke HB, kami naik shikara. Bayaran utk naik shikara, semuanya dah termasuk dlm pakej HB, so kami naik sahaja.
Sampai di HB, penjaga HB ni sibuk bertanyakan masa utk kami nak makan malam. Kami setkan dlm pukul 8 mlm. Lepas dah bersiap2 dan sembahyang, kami keluar ke ruang makan. Penjaga HB tgh sibuk menyiapkan meja utk kami makan. Mereka tak masak kat situ. Dekat sebelah HB tu, mcm ada sedikit tanah dan ada rumah, kat situ lah mereka tidur dan masak, katanya.
Dinner kami malam tu ialah lauk ayam masak mcm goreng dgn bawang, warna kuning2...., pastu sayur kobis bunga goreng lembik dan ulam bawang dan tomato. Air putih dan nasi beras basmathi. Sedap jugalah kami makan pada malam tu.
Selesai makan, berehat di ruang tamu sebentar dalam kedinginan...., walaupun heater tong marak dgn api....
No comments:
Post a Comment