Sunday 25 March 2012

Cuti-cuti India - Hari Ke-4 - Gulmarg

Bangun pagi, konon2nya bersemangat lah, sebabnya anak aku pun dah berangan2 nak ke Gulmarg utk berski.... Dah terbayang lah keindahan nya dan keseronokan berski yg mungkin lagi hebat drp Gala Yuzawa, Jepun masa kami pergi Dec 2011 baru ni. Plak tu, katanya sewa peralatan pun murah di sini.

Kami breakfast roti bakar, butter dan omelette. Sedap gak, laju je kami makan, walaupun roti kat sini, jauh sedapnya Gardenia di Malaysia. Roti kat sini keras sikit dan kering.

Lepas makan, bersiap2 nak naik shikara utk ke jeti. Sampai di jeti, katanya driver dah ada, rupa2nya hampeh, kena pulak tunggu lebih setengah jam baru sampai. Sambil menunggu ramai lah berkerumun kat kami suh beli brg2 yg mereka jual...., mcm2 ada, jaket kulit, glove, pashmina, buku2, permainan tah apa2..., malas betul nak layan. Kami kata tak nak pun bukannya tau bahasa. Sibuk paksa2 suh beli. Sepanjang kita naik shikara pun, ramai penjual dlm sampan yg mari dekat dgn shikara kita dan sibuk menjual. Kita tak nak pun dipaksa2.... Stail kat sini berniaga, agresif, suka paksa2 kita. Kalau kita betul2 nak beli, baru kita lihat dan belek. Kalau tak, mereka akan kejar kita paksa suruh beli.

Dekat pukul 10.30 pg baru pakcik driver tu dtg. Rupanya driver yg sama juga. Ingatkan semalam dah tak jumpa ngan dia, kami dah berilah tips utk dia.

Perjalanan ke Gulmarg, tidak begitu lancar. Sampai dekat suatu tempat (tak pasti apa nama jalan, tp masih lagi di bandar Srinagar...), jalan jem teruk. Dekat situ sahaja dah 1 jam dgn perjalanan tak sampai 1 km yg bergerak. Dekat India ni, satu yg kami dok peratikan, pantang jem sikit, driver pun matikan enjin. Bila kereta depan dah gerak sikit, baru dia start enjin dan bergerak. Kalau jem lagi, matikan enjin lagi. Air cond, rasanya tak ada kereta yg gunakan, walaupun ada AC. Tapi dekat Kashmir tak pe lah, kalau tak pakai pun, sebab suhu masih sejuk....


Winter coat utk disewa - tp buruk dan mcm tak basuh je....


Kasut yg disewa pun kasut Phua Chu Kang atau kasut gi kebun.....

Kelihatan baju bergantung mcm dlm stor je, pilih nak yg mana....

Lepas dah clear, kereta berjalan lancar. Tak nampak pun apa2 yg menyebabkan jem tadi, cthnya kot lah ada accident ke, tp tak ada apa pun.... Kami sampai ke pekan Gulmarg dah dekat pukul 1 tgh. Selepas pekan, kita ada lebih kurang 13 km utk mendaki kawasan bukit dan gunung dgn kereta dan jalan yg sempit. Sebelum naik tu, driver tu berhenti di tempat sewa baju dan kasut. Dtglah owner kedai tu, bg tau kami, kawasan tu sejuk benor lah, dan kasut kami tu tak sesuai, nanti basah. So maknanya, nak suruh org sewa baju dan kasut lah di situ. Sewa baju + kasut ialah 150 rp sorang.

Lepas dah sewa, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit yg berliku2 dan sempit, serta di kelilingi salji di kiri dan kanan....










Kami bercadang utk naik gondola. Bila sampai di atas, nampak ada banyak bangunan, hotel pun ada. Kawasan di situ ramai dgn org2 Kashmir. Nak kenal mereka ni senang je, sebab mereka pakai winter coat yg mcm jubah besar.... Pakcik driver ni, tak tahu nak halakan kami ke mana. Dah la jalan kat situ mcm jem tak bergerak2 dan org 2 kashmir ni penuh lah kat situ. Kami turun je drp van, sibuk mereka suruh kami naik pengangkutan yg dipanggil sledge.


Kami tak mahu naik sebab nak ingat nak jalan kaki sahaja. Tapi yg peliknya, kawasan parking kereta dengan gondola tu, teramatlah jauhnya, terutama kalau nak berjalan dlm kawasan salji yg licin. Kami takut kena tipu, so kalau boleh tak mahu berurusan dgn mereka yg berkerumun ni. Bila pakcik driver tu, tanya mana arah ke gondola, mereka tak mahu bg tahu. Driver tu terpaksa telefon ke tour agent kami dan dia bg tau aku utk mencari bangunan berbumbung hijau dan ikut laluan tersebut.

Kami meneruskan jalan kaki. Ramai juga yg jalan kaki mcm kami. Jauh rupanya kami kena jalan. Dekat 1 km ada rasanya. Bosan sungguh dgn cara dekat Gulmarg ni. Tak paham sungguh kenapa kenderaan tidak dibenarkan masuk sehingga dekat dgn gondola, ttp ada pulak beberapa kenderaan yg masuk dan ambil penumpang. Ini mesti kes bayar.

Lepas dah penat berjalan dan sambil2 tu bertanya dgn pelancong sama ada arah yg kami ambil tu betul atau tidak, akhirnya kami sampai juga ke tempat gondola. Tercangak2 kami mencari tempat nak beli tiket dan tempat penyewaan peralatan. Yg nampaknya, tempat membeli tiket. Dah la tempatnya mcm atas bukit plak sikit. Dgn keadaan licin salji, kena la plak memanjat utk naik beli tiket. Beratur sikit lah punya lama. Mcm tak bergerak2 je barisan. Rasanya dekat 30 minit atau lebih gak lah kami beratur.

Info ttg tempat tu, langsung tak nampak. Tak mesra pelancong la kawasan ni. Sebenarnya, Gulmarg ni best juga kalau proper cara layanan dan perkhidmatan kepada pelancong. Ini tidak, byk sgt pihak yg mengambil kesempatan. Kawasan bersalji utk main ski sgt luas. Memang nampak lebih seronok tempat berski nya berbanding masa kami di Jepun dulu.

Lepas beli tiket, kami masuk ke bangunan utk naik gondola. Sebelum naik, kena periksa dulu beg. Masa kat sini, biskut kami kena pau...., asyik nak pau org je  org2 kat sini. Tu yg buat bosan nak dtg India ni.

Beratur nak naik gondola pun ambil masa. Gondolanya pun, kejap2 berhenti mcm tak ada elektrik. Lepas beberapa minit, jalan semula. Satu gondola boleh naik 6 org, 3 di depan, dan 3 org duduk menghadap belakang.

Perjalanan mengambil masa 10 - 15 minit rasanya. Sampai di stesen atas, kami keluar drp bangunan, dan...., salji turun lebat dan angin kuat. Tak nampak pun kat mana2 ada tulis tempat menyewa ski. Angin memang bertiup kuat, sampai kan kita rasa nak melayang pun ada. Tempat nak berteduh pun tak ada kat atas. Memang tak berapa proper la tempat kat Gulmarg. Kurang2 kena lah ada tempat berehat yg luas dan selesa sikit. Melihatkan gaya salji semakin lebat, ramai pelancong2 lain dan kami naik semula gondola untuk turun drp situ.

Angin kuat dan salji turun agak lebat....


Masa tu, perasaan dah rasa kecewa sgt sebab tak nampak impian dekat mana utk bermain ski.... Kali ni, utk ke tapak parking kereta, kami nak naik sledge je, sebab dah tak larat nak berjalan dalam keadaan salji yg licin dan memenatkan. Kami bertanyakan harga perkhidmatan yg ditawarkan oleh ramai pembawa2 sledge. Setelah tawar menawar dan setuju dgn harga kami pun duduk atas sledge tu dan ditarik oleh seseorg. 1 sledge, duduk utk seorg dan ditarik oleh seorg juga. Harga yg dipersetujui ialah 200 rp utk satu sledge.

Belakang tu, bangunan tempat beratur nak naik gondola.


Kira relax lah sikit, tapi kalau kat kawasan curam sgt, mereka suruh kita bangun dan jalan sendiri. Lepas dah ok, baru duduk semula. Kena hati-hati, sebab kemungkinan nak jatuh sgt besar. Tak lah cedera apa, cuma takut basah sebab ada lopak2 air kat atas jalan. Penarik sledge aku, ialah seorg tua, kesian tengok, susah payah mencari rezeki.

Masa nak turun bukit...., laju meluncur




Pada mulanya, memang aku jatuh kesian kat pak cik tu, memang niat awal nak bg lebih drp apa yg kami setujui tadi. Tapi,.... yg menyampahnya, kami dihantar sekerat jalan je. Jauh lagi nak ke parking kereta, mereka kata perkhidmatan dah tamat. Ok lah lagi, so kami pun bangun dan bayar, sebab rasanya boleh lah nak jalan sikit lagi. Yg menyebabkan kami rasa cukup meluat, mereka minta duit lagi, pada hal kami dah bayar 700 rp, lebih drp apa yg dijanjikan. Kami cepat2 jalan utk sampai ke kereta. Kami buat2 tak dengar bila mereka ikut dan mintak duit. Dah agak lama lepas tu, ingat mereka dah tak follow kami lagi, rupa2nya bila sampai kereta, mereka dtg lagi mintak duit.... Bosan betullah dgn perangai mereka ni. Yg dtg mintak duit tu bukan pakcik tu, tp budak muda yg menarik anak dan suami. Gaya mereka pun dah start mcm nak agresif, dah start nak tinggi2 kan suara. Kami buat pekak dan pakcik driver cepat2 beredar drp situ.

Perjalanan ke Gulmarg menjadi sgt mengecewakan. Kami berlalu turun dan sebelum sampai ke pekan Gulmarg, kami hantar semula baju dan kasut yg disewa tadi. Kami minta pakcik driver cari restoran dan kami makan di pekan Gulmarg. Apa lg, makan nasi biryani lagi.... Kali ni, tersalah order sebab kami terorder 3 pinggan nasi biryani. Portion nya besar, so, 2 pinggan saja habis utk kami bertiga. Satu lagi kami mintak dia bungkus utk bawa balik, tp masih tak makan2 jugak, sebab kat HB pun ada disediakan dinner, so, nasi tu akhirnya dibuang..., rugi je beli.... Harga makanan boleh tahan mahal, nasi biryani 180 rp sepinggan dan air kopi, 20 rp secawan, total harga mknnn ialah 600 rp = RM 38.


Nasi biryani di pekan Gulmarg...., nasi di Pahalgam, Kashmir dan Gulmarg lebih kurang sama je rupa dan rasanya, warna nasinya, punyalah kuat oren, lauk ada dekat dlm nasi, kuah2 lain tak ada...


Waktu ketika itu ialah pukul 5.15 ptg. Disebabkan kami belum sembahyang lagi, kami mintak driver cari masjid utk sembahyang. Byk juga masjid di sepanjang perjalanan. Ada yg kena jalan ke dalam sikit, ada yg tak ada tempat berwuduk walaupun suraunya nampak bersih dan teratur, dan akhirnya kami berhenti di masjid yg kira ok dan bersih keadaannya. Tempat wuduk pun ada. Alhamdulilah, dapat juga kami menjalankan tanggungjawab...., sembahyang jamak zohor dan asar....

Perjalanan ke Srinagar disambung semula, dan perjalanan balik tiada halangan seperti jem mcm masa pergi tadi. Kami sampai ke HB pun hari dah gelap.

Makan malam ni, aku request utk makan paratha atau bread sebab rasa kenyang sgt baru makan nasi ptg tadi kat Gulmarg. En suami kata biarlah dia nak masak apa2 pun, maksudnya, aku jgn cerewet2. Tapi bila aku baca pengalaman kawan2 kat HB, mereka selalu ditanya menu pilihan yg hendak dimakan. So, aku rasa jeles la pulak, nak la jugak mengada-ngada sikit. Tapi betul lah, kita dah bayar, so kena lah demand sikit2.

Makanan dah dihidang dan mereka ajak kami makan. Wahhh, mereka beri roti capati...., makan dgn kuah kari kambing.... Sedap capatinya, lembut je. Memang tak rugilah aku request...., disebabkan en suami beria2 menghalang aku mengada2 mintak tadi, so dia dgn rasa malu2 utk mknn capati tu.... hahaha, kan dah rugi..., dia pura2 lah suka mkn nasi putih basmathi dgn kari kambing tu. Aku dan anak makan capati. Yg paling byk makan capati, anak aku lah, sampai licin capati yg dihidangkan. Tukang masak offer nak tambah lagi, aku kata dah lah, dah byk kami makan..., malu plak rasa..., berkeping2 dah makan.... Nasi yg mereka hidang tak habis byk, sebab en suami je yg makan....

Lepas makan, berehat sekejap di ruang tamu. Tapi seperti semalam, tak lalu nak duduk lama kat situ, sebab sejukkk, heater drp pembakaran kayu dlm tong tak beri rasa hangat yg menyuluruh. So, heater dlm bilik jugak yg aman je rasa.....

No comments:

Post a Comment