Monday 11 June 2012

Cuti-cuti Bangkok - Siam Paragon & MBK

Cuti pertengahan tahun baru ni kami ke Bangkok. Lama dah beli tiket ni sejak tahun lepas lagi, sebab dapat murah, utk 3 org tak sampai RM 800 pun pergi balik.

Matawang Thailand - Baht. Masa tukar sebelum pergi, 1000 Baht = RM 10.40



Kami dapat tempat duduk depan sekali, 'hot seat', tapi free je, sebab beberapa minggu sebelum pergi AA kanselkan penerbangan yg sepatutnya kami naik dan minta kami pilih penerbangan yg lain. Ok jugak sebab dapat pilih penerbangan yg awal sikit. Kalau tidak, kami terbang pukul 2.40 ptg, so lepas aku call AA, mereka suruh pilih waktu lain, aku pilih pukul 11.30 pg, dan tempat duduk yg diberi adalah hot seat, mungkin sebab tempat duduk lain dah penuh....

Kalau tak dapat free, jgn haraplah kami nak pi beli. Buang duit je... So, masa kat balai berlepas pun, kami dapat beratur belah kiri, dan dapat naik kapalterbang dulu drp org lain.... hehehe jakun sungguh, sebab kalau tak, tak kuasa kami gigih nak beratur awal2. Selalunya, dah habis semua org jalan, baru kami bangun dan pergi, malas nak rebut2....

Gambar seat pun nak ambik...

 Semakin menghampiri bandaraya Bangkok...., drp jauh nampak mcm kubah masjid berwarna kuning...


 Highway di Bangkok...





 Suvarnabhumi Airport Bangkok...


Kami berlepas pukul 11.30 pagi dan sampai Bangkok pukul 12.30 waktu sana. Kalau kat Malaysia, waktunya ialah 1.30 ptg. 

Urusan Imigresen berjalan lancar. Ramai la sungguh pelancong yg nak masuk ke Thailand ni. Kat airportnya, sesak dgn manusia, baik masa kami sampai, mahupun masa kami nak balik. Nasib baik kaunternya ada banyak, so masa menunggu tidaklah terlalu lama. Lepas selesai urusan imigresen, kami ambil bag dan lalu di hadapan kastam. Tak kena tahan, dan terus sahaja jalan.




Kami naik Airport Raillink je ke hotel....


Untuk ke airport raillink ni, kita gunakan escalator atau lif dan pergi ke tingkat paling bawah, iaitu level B1. signboard seperti di atas pun banyak. Perkhidmatan rail ini murah saje, drp airport ke stesen Phaya Thai (stesen terakhir dan berdekatan dgn hotel kami ), hanya 45 baht je sorang (RM 4.50) sehala. Murahkan..., kalau ERL kita, tak dapat harga mcm tu. Perjalanan adalah 30 minit dgn melalui 6 stesen kalau tak silap. Kekerapannya ialah 15 minit. Yg ekspress pun ada. tapi harga mahal sikit, harga tak ingat berapa. Yg ni, direct train drp Makkasan atau Phaya Thai terus ke Airport.

Kami sampai ke hotel pun dah pukul 2 lebih. Keluar drp stesen Phaya Thai, tercangak2 jugak mencari hotel Florida, rupanya2 tak sampai 100 meter je ke kanan drp stesen.

Gambar hotel lupa nak ambil, mungkin sebab tak begitu gembira dok sini. Hotel ni sgtlah tak bestnya, harap dekat je dgn Airport Raillink dan BTS je...., faktor2 lain sgtlah hampas... Yg tak sukanya, hotel ni sgtlah berkiranya. Paksa kami ambil extra bed dan tambah duit. Ok la, tak pe la tu. Pastu, pagi2 hari kedua siap dah ambik balik katil tu, padahal belum pun sampai masa lagi. Wifi pun kedekut, kena bayar. Kot la laju, lembab kemain, itu pun nak suruh org bayar. 50 baht sejam. Hotel buruk, suasana pun suram je.... Staf pun mcm bagus je, muka eksyen semacam.... Harga bilik pun dah jadi mahal, totalnya RM 150 semalam dah campur extra bed. Hotel lain pun banyak boleh dapat dgn harga mcm tu....Kalau lah ( ishhh tak mo dah dtg Bangkok lagi....) ter datang ke Bangkok lagi, tak mahu lah duduk sini lagi....

Lepas dah sembahyang zohor dan asar, kami bergerak keluar. Try naik BTS. Stesen BTS Phaya Thai bersambung dgn Airport Raillink. Tangga ke BTS, pun hanya depan hotel je. Masalah utama naik BTS ni, ialah kena mendaki tangga yg boleh tahan tingginya. Lif mcm tak semua stesen ada. So, kalau org OKU mungkin agak sukar menggunakan perkhidmatan ini.

 Kami turun di stesen Siam. Tambang ialah 20 baht.

Drp stesen Siam ni, ada sky bridge utk org jalan kaki yg menghubungkan stesen Siam, Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center, Siam Square, MBK dan BTS National Stadium. Tapi jalan tu kena masuk melalui bangunan Siam Paragon. Pusing2 jugak mencari jalan keluar drp bangunan ke bangunan lain.


Gambar drp sky bridge...





Di Siam Paragon masa tu ada pameran Orkid..., cantik2...

Sebelah Siam Paragon, ialah Siam Center, sebelah nya pulak ialah Siam Discovery. Kat sini ada Madame Tussauds. Tapi kami tak masuk pun, sebab masa kat HK dah pernah masuk. Tak ada yg menarik sgt pun bergambar dgn patung2, bayaran pun mahal.....


 Ni patung promosi kat luar..., ramai yg dok ambik gambar, kami pun tumpang sekaki gak...

Lepas drp Siam Discovery, kita akan jumpa MBK dan stesen BTS National Stadium. Ok gak jalan guna sky bridge ni, sebab ianya luas....

Kami masuk MBK, tapi tak beli apa2 pun. Baju2nya pun tak sesuai utk wanita muslimah. Harga pun agak mahal, nasib baik kami tak beli apa kat sini, kalau nak banding dgn harga kat Platinum...

Sampai MBK memang tujuan mencari Restoran Yana. Kami jumpa di level 5, International Food, lot kedainya berhadapan je dgn medan selera.




Sampai Thailand, kalau tak cuba Tom Yam rugilah... Gambar bawah ni ialah TomYam Seafood di Restoran Yana... Keseluruhannya, makan kat sini, boleh lah tahan, sedap juga. Harga lagi sedap... Kami makan Tomyam, Ayam masak Cashew Nut, Somtam, air 3 dan pencuci mulut (nama tak ingat dah...), nasi putih 3, kami kena RM 77.70. Detail harga seperti berikut, Tom Yam RM 29.90, Stir Fried Chicken RM 14.90, SomTam RM 9.90, pencuci mulut RM 6.00 semangkuk kecil, air coffe atau tea RM 5 segelas, nasi putih RM 2 sepinggan. Harga2nya boleh tahan mahal kalau banding dgn sini. Tom Yam je la yg lain sikit drp biasa kita jumpa di Malaysia. Tom Yam kat Yana ni, macam byk santan sikit....

 Tom Yam...
SomTam

Pencuci Mulut...





2 comments:

  1. salam... nak ty hotel yg tak best tu apa nama nyer? sbb kami pon nak g bangkok tak lama lg.. so kalau boleh, naak avoid la hotel2 yg org kata tak best ni... tkasih yer

    ReplyDelete
  2. Saya duduk di Hotel Florida...

    ReplyDelete