Monday 11 June 2012

Cuti-cuti Bangkok - Damnoen Saduak dan Grand Palace

Hari kedua di Bangkok....

Damnoen Saduak - Floating Market

Hari ni kami plan utk ke Floating market Damnoen Saduak. Lokasinya 100 km drp Bangkok dan ke arah Barat daya. Perjalanannya mengambil masa 1 jam 30 minit berkereta dgn jalan highway yang bertol. Perjalanan ke sana lancar sahaja. Kereta drp arah bertentangan iaitu yg nak ke Bangkok ada byk yg tersangkut dgn jem.


Bussiness card Samat...

Kami ambil pemandu dan kereta ( kalau kat Indon, mereka panggil supir...). Namanya Samart, org Thai, agama Buddha tapi agak fasih berbahasa melayu. Senang sikit nak berurusan dan senang bercerita dgn dia ttg Bangkok. Bayaran utk perkhidmatan Samart ialah 1500 Baht @ RM 150 sehari termasuk utk ke Damnoen Saduak. Kalau nak ke tempat2 lain atau kalau nak jalan2 di Bangkok sahaja mungkin lain harganya, itu kena bincang dgn dia sendiri. Ramai org Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia..., yg ambil dgn dia. Dia tunjukkan bussiness card customer2 yg pernah ambil dia. Wah bukan calang2 pelanggan dia...


Kami bertolak pukul 7 pagi. Keluar je drp hotel, terus Samart menyapa kami.

Sebelum pukul 9, kami dah sampai ke Floating Market. Kat sini, ada byk jeti atau tempat utk naik sampan. Kami ikut je pilihan Samart. Samart berhenti di Shang Boat Pier.





Di Shang Boat Pier....


Kami antara yang terawal sampai. Lepas kami balik, tempat parking di situ penuh dgn bas2 pelancong dan teksi2.










Kelihatan van2 pelancong yang masuk utk membawa pelancong ke Floating market.

Kat sini juga disediakan toilet secara percuma sebelum kita mulakan pengembaraan ke Floating Market....

Gambar di bawah ialah tempat penjualan tiket utk naik sampan dan dihujungnya ialah sungai yg seperti terusan di mana kita akan menyusur dgn sampan utk ke floating market ke arah kanan nanti....


Sampai di sini, kita akan dihampiri penjual tiket utk membeli pakej yang mcmmana utk tour kita di floating market. Kami ambil tour 1 jam = 500 baht. Kalau 1 jam 30 min = 750 baht. Samart tolong kami belikan tiket.


Gambar banyak tak jadi masa kat floating market ..., sayang sungguh.... Gambar ni pun nampak gelap je....



Selepas kita naik sampan, kita akan lalu sungai yg mcm terusan. Di tepi sungai tu, ada mcm titian utk pengguna jalan kaki. Di sepanjang sungai tu byk rumah2 atau kampung dan juga pier utk naik sampan ke floating market. Kalau tak ada sampan lain, driver sampan kami bawak punyalah laju sampai merecik2 air sungai.... Kalau ada sampan lain, kenalah slow sebab kang berlaga pulak.... Tangan pun tak boleh letak kat tepi sampan, sebab bila berselisih dgn sampan lain, nanti tersepit plak jari....




Kami semakin menghampiri ke Floating market...

Kedai-kedainya ada ditebing sungai, dan ada yg jual dalam sampan....

Pemandu sampan ni akan berhenti di kedai2 atau penjual2 ni akan tarik sampan kita mendekati kedai mereka. Mereka tarik dgn batang besi yg hujungnya melengkung dan sangkut kat tepi sampan..... Tapi kalau kita kata tak nak, mereka tak pujuk2 sangat, mereka tolak sikit sampan kita ke luar supaya senang pemandu nak teruskan perjalanan...

Penjual tu tengah mengait sampan kami dgn guna kayu yg bercangkuk dihujungnya supaya sampan kami dekat dgn sampan dia.....


 Pier yang lain....

 Penjual dalam sampan, siap masak atas sampan..., kuih mcm kuih bakar je...


Pelbagai jenis topi....





Kami tersangkut gak membeli kat sini..., beli topi je, sorang satu, 3 topi 300 baht..., tak tahu lah harga biasanya berapa, saje buat buah tangan dah sampai ke Damnoen Saduak.....



Kat mana-mana kat Bangkok atau Damnoen Saduak ni, ramai sungguh penjual air kelapa muda. Kat dalam sampan pun ada yg jual. Kami beli bila dah sampai semula ke jeti. Harganya berbeza2, ada yg 20 B, 25 B..., 30 B pun ada.... Rasa airnya manis...., pokok kelapa byk dekat kawasan ni....


Grand Palace

Lebih kurang pukul 10 lebih kami bertolak balik ke Bangkok dan sampai ke Grand Palace dalam pukul 12 tgh. 














Popular sungguh askar yg jaga Grand Palace ni..., beratur org nak ambik gambar dgn dia....., termasuk kami la.....hehehe


Bayaran masuk ke Grand Palace ialah 400 baht seorang. Punyalah ramai umat kat sini. Cuaca pun panas....
Kami pun cepat2 je klik2 gambar. Dalam kawasan istana ni pun banyak tokong2 Budha, so kita pun tak rasa best sgt nak merayau2 kat dalam tu...., just sebab dah sampai Thailand kalau tak pergi sini mcm tak sah pulak....

Selepas dah round2 dan sebelum pintu utk exit, ada pulak muzium yang mempamerkan pakaian Ratu Sirikit iaitu Permaisuri Thailand. Muzium ni beraircond, so kami pun masuk la...., sedap nyaman sikit...., tapi tak boleh ambil gambar barang2 yang dipamerkan. Sebab kami dah beli tiket tadi, maka tak perlu bayar lagi, tunjuk tiket sahaja.






No comments:

Post a Comment