Thursday 29 November 2012

Kansai - Day 1

CUTI-CUTI JEPUN - KYOTO - DAY 1

Sebenarnya cuti Jepun kali ni tak begitu teruja dan rasanya kurang seronok berbanding masa kami ke Tokyo sahaja tahun lepas. Banyak misi yang tidak tercapai. Dan satu lagi faktor cuaca, suhu sejuk, sama mcm masa kami ke Tokyo dulu dan seperti biasa la, aku akan jadi demam.....

Penerbangan kali ni ialah pada 23 November 2012 (Jumaat) masa 0100..., walaupun aku cikgu Matematik, kadang2 tersilap gak. Pada mulanya, aku dah siap cakap kat hubby, tak payah cuti minggu tersebut sebab kita akan bertolak malam hari Jumaat. Memang dah set dlm kepala, yg kami akan bertolak hari Jumaat dan malamnya lepas hubby balik kerja, kami akan bersiap2 ke LCCT.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku, dan tiba2 terdetik bahawa sebenarnya kami kena pergi hari Khamis lagi.... So, lepas hubby balik kerja hari Khamis, dalam pukul 9 lebih kami bergerak ke ERL Salak Tinggi untuk letak kereta. Naik bas ke LCCT dan sampai dalam pukul 10 lebih. Urusan bag drop dan immigresen berjalan lancar. Dalam pukul 11.30, semua penumpang dah disuruh masuk balai berlepas. Dalam pukul 12.15 semua diminta masuk ke kapal. Masa ni, mata pun dah tak tertahan. Terus je kami lena......


Sampai Kansai dalam pukul 8 pagi waktu Jepun. (Pukul 7 waktu Malaysia...) Urusan Imigresen berjalan lancar, Q pun tak panjang, mungkin yg ada tu pun penumpang drp AAX juga. Lepas tu, urusan Kastam. Kat sini ada sikit masalah. Beg kami diminta untuk diperiksa secara teliti. Segala barang2 perlu dikeluarkan. Beria-ia mereka mengetuk bhgn dalam beg kami tu, sebab katanya mcm ada something je kat situ. Yg peliknya, beg yg lagi satu (beg troli yg kanvas dan beg sandang lain) tak minat la plak mereka nak periksa. Beg yg mereka sgt minat tu ialah beg troli yg keras. Beg tu pun bukan yg original pun, kami beli masa kat Bangkok je. Siap tak puas hati lagi dan panggil kawan dia sorang lagi dan check. Pastu minta kebenaran utk pergi scan. Haiyooo..., mcm penjenayah bawak dadah plak rasanya. Tapi kami relax je, sebab kita tak buat salah, mungkin sebab beg tu beg tak original, ia mcm ada rasa kosong dan lembut dekat bhgn dlmnya. Tak tahulah beg yg original mcmmana rupanya.... Lepas dah scan, seperti yg dijangkakan, tiada apa2 yg dijumpai, so, beria-ia lah mereka minta maaf dan ucap terima kasih dan siap tolong masukkan brg semua dalam beg dan siap angkatkan beg letak atas troli balik. Fuhhh lega...



Dah settle semua, kami buat urusan ke tandas dan makan...., kena isi perut dulu, sebab perjalanan kami masih panjang. Aku jangkakan, kami dibenarkan masuk ke hotel pun paling awal selepas pukul 2. So, makanan telah siap2 dipack drp rumah. Aku bawak nasi dan lauk2 kering dan dipack sekali. Lepas dah kenyang, baru lah meninjau-ninjau arah utk ambil train ke Kyoto.

Agak keliru masa nak cari stesen train. Rupa-rupanya kita kena naik tingkat satu. Kalau drp bawah tu, tak ada jalan utk ke bangunan terminal yg sebelahnya. Kalau nak naik bas limo, kat situ lah tempatnya. Kami masuk balik bangunan terminal dan naik ke tingkat satu dan seberang ke bangunan terminal sebelahnya. Kat situ barulah ada station utk Nankai dan JR.

Pokok sekitar Kansai yg dah tukar warna daunnya.......


Drp sini lagi, aku memang plan nak guna pass ICOCA and HARUKA, so kenalah beli dulu pass ni sebelum naik train. Nak beli plak kena beli kat kaunter sahaja, tak boleh beli kat machine. Sebab pass jenis ni khas utk pelancong sahaja dan masa beli kena tunjukkan passport dan tiket balik (tapi mereka tak tengok pun tiket balik).  Aku ambik yg roung trip, so bayarannya ialah 4000 Yen. Yg spesial pass ni, ialah kita dapat tiket Haruka (keretapi utk ke Kyoto, Haruka ni antara keretapi express ke Kyoto dan agak laju), pergi balik utk ke Kansai Airport (2 keping tiket) dan diberi e-money bernilai 2000Yen dalam kad ICOCA. Kad ICOCA ni mcm kad Touch N Go. Boleh pakai utk kemana-mana, utk naik subway, bas dan JR. So, tiket airport transfer hanya 2000yen shj. Rasanya, tak ada yg termurah drp itu esp kalau kita naik Haruka.

Nak beli pass tu, punyalah jenuh beratur. Prosesnya sgtlah slow. Dekat sejam kami beratur baru dapat giliran kami.... Dah dapat tiket, kita masuk ikut laluan JR, dan ikut signboard dan tunggu di terminal. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit shj ke Kyoto dan hanya berhenti di stesen Tennoji (Osaka Selatan) dan Shin-Osaka (Osaka utara) sebelum ke Kyoto. Train kat jepun ni banyak yg jenis ada reserved seat atau non-reserved seat. Kalau kita nak yg reserved seat, kita kena bayar tambahan. Tapi, naik yg non-reserved seat pun dah ok sebab seat insyaallah ada dan banyak yg kosong lagi.


Sepanjang perjalanan dgn Haruka ke Kyoto..., kebun sayur yg kemas dan teratur....



Sampai Kyoto station, agak blurr utk ambil kiri atau kanan....., signboard kurang jelas..., rupanya salah ambil      arah, sepatutnya ke kanan dan sampai ke pintu besar Kyoto Station. Station ni besar dan manusia pun terlalu ramai sampaikan kita pun hilang arah. So, kena bertenang dan perhatikan signboard utk ambil arah yg betul. Kat Kyoto ni tak semua signboardnya ada BI, ada yg semua dlm bahasa Jepun. Ternganga jugak dibuatnya.


Selepas keluar drp station kita akan nampak Kyoto Tower. Plannya nak ambil bas sebab mode of transport kat Kyoto ni byk dilalui oleh bas. Kalau subway, jaringannya tidak begitu byk. Nak ambil bas pun sgt memeningkan masa mula2..., pengalaman sungguh....

Cuaca mendung dgn hujan rintik-rintik masa kami sampai ke Kyoto....


Utk hari pertama, aku ambil Guest House Bola-bola, terletak di Katabiranotsuji, Uzumasa. Agak jauh juga..., tapi kawasan ni berdekatan dgn Arasiyama dan kami suka disini sebab kawasan ni kelihatan tenang je...., mcm dok kat kg sendiri je.... Utk ke sini, drp Stesen Kyoto, kena ambil bas no 205 dan buat pertukaran bas di Shijo Kawaramachi. Bila bas berhenti di perhentian tersebut, kami pun turun. Kami nantikan bas no 11 pulak. Dah agak lama, tak gak muncul2 bas no 11. Masa tu dah rasa lain mcm je. Pas tu, tengok kebanyakan org Jepun pun akan tertengok2 dan baca info di tepi bus stop tu. Kami pun try baca tapi tak berapa nak faham sebab bahasa Jepun. Kami tanya dgn sorang pakcik, dia kata bas no 11 tak lalu situ. yg lalu ialah bas yg ada nombor kat bus stop tu je, iaitu bas no 4 dan 205 shj. Dia suruh kami jalan ke depan lagi ke bus stop yg lain utk cari bas no 11, dia pun tak pasti bas stop yg mana. 

Fuhhhh..., ni yg buat letih sgt...., dgn mengusung beg yg berat, kami berjalan ke depan lagi mencari bus stop. Bila dah jauh jalan dan jumpa bus stop yg lain tengok tak de jugak bas no 11 yg lalu. Kami tanya sekali lagi kat sorang pekerja perempuan 7E. Baik sungguh dia, siap dia cabut lagi info ttg bas yg tertampal dekat dinding utk kami paham. Rupa-rupanya, dalam peta ttg bas yg kami ada tu, kita kena faham bahawa bus stop yg bus tersebut akan berhenti adalah berbeza. Bus stop Shijo Kawaramachi ada banyak stop iaitu start dgn A hingga H. Kita kena rujuk utk bas yg kita akan naik berhenti di stop yg mana dan kena perhatikan map pulak, kat mana stop tersebut terletak. Bukan dekat2 sgt pun.... Bus Stop yg patut kami tunggu ialah D (dlm peta yg dibekalkan pun lain maklumat yg diberi...). Kena lintas jalan dan berjalan lagi mencari bus stop...
Bus stop di Kyoto..., bas yg bernombor seperti yg tertulis sahaja yg akan lalu..., bahasanya yg digunakan ialah bahasa Jepun...


Akhirnya bas no 11 pun sampai. Disebabkan keletihan, nampak je tempat duduk kosong terus je meluru duduk. Dah lama duduk, baru perasan tempat tu utk org kurang upaya, org tua,..... Lepas tu, baru lah lega kerana telah berada di laluan yg betul, hanya memerhati drp satu stop ke satu stop..., dan akhirnya sampai ke stop Katabiranotsuji. Masa nak turun drp bas, baru bayar. Kat sini, naik bas ikut belakang dan keluar ikut depan. Kami minta 1 day pass yg bernilai 500 yen, unlimited ride utk satu hari. 

Turun drp bas, perhati sekeliling dan ikut map yg aku print drp rumah, sampai lah kami ke Bola-bola GuestHouse. Rumah ala-Jepun dgn tidur beralaskan tatami dan futon. Mcm rumah sendiri je, dapur sebelah bilik, ada ruang tamu, bilik air yg agak selesa, free wifi dan komputer dgn internet. Yg tak selesa cuma toiletnya tak ade air...., yg tu masih tak boleh terima....



Suasana hotel Bola-bola..., lantainya semua adalah kayu, walaupun bangunan sebenarnya diperbuat drp batu. Lantai kayunya tinggi lebih kurang1 kaki drp tanah.


Kami sampai hotel dah dekat pukul 3. Dgn keletihan malam tak berapa cukup tidur dan letih mengangkut bag lagi.... Sembahyang dan makan sedikit bekalan makan. Tapi tak boleh berehat lama2 sebab skrg musim winter, pukul 4.30 dah gelap... Gagahkan juga badan utk keluar semula. Plannya nak ke Gion, kot2 la terserempak dgn Geisha. Drp hotel Bola2 ke bus stop tak jauh, 100 meter je rasanya. Kami ambik bas no 11 utk ke Kyoto semula. Disebabkan bas no 11 utk bas luar kawasan, sepatutnya kami kena ambil satu resit dekat mesin tepi tangga masa nak naik bas, supaya pemandu tu tahu yg kita naik drp mana. Kami tak buat mcm tu, so masa nak turun, pemandu suruh kami bayar 220yen walaupun kami ada 1 day pass. Rugi....

Bila sampai di kawasan Gion, hari pun dah gelap. Hilang punca sekejap sebab org terlalulah ramai dah tak tahu arah mana yg patut kami ambil. Tiba-tiba kami disapa perempuan Jepun yg agak berusia dan cuba bercakap BI utk menolong menunjukkan arah Gion. Rasanya org2 Jepun ni baik2 cuma halangan komunikasi menyebabkan mereka susah nak menyapa tourist. Kehadiran kami di sana mestilah menarik perhatian org2 sekeliling, terutama bg saya seorg perempuan melayu yg bertudung...

Kami meneruskan langkah ke arah yg diberitahu oleh auntie tu tadi. Masa tu, aku dok bayangkan Gion tu ialah sebatang jalanraya, rupa2nya sebuah kawasan yg agak luas dan kawasan popular dgn Geisha ialah di Hanamikoji Street. Tapi disebabkan dah gelap, kami tak jumpa pun jalan tersebut dan memutuskan utk balik ke hotel semula. OTW balik ke bus stop, jumpa kedai 100 yen, kami beli beberapa brg yg rasa agak berbaloi dgn 100 yen. Seronok juga masuk ke kedai 100 yen ni. Setiap kali jumpa kedai mcm tu, kami mesti masuk. Kalau dah masuk, mestilah membeli... Kedai mcm tu je la yg mampu utk kami shopping sebagai buah tangan dan kenangan di Jepun walaupun kebanyakan brg2nya made in China....

4 comments:

  1. aduh..tragisnya..hari pertama mmg byk dugaannya..bila esoknya pasti agak terbiasa. Kalo dh biasa tido atas tilam tebal sure sakit badan tido atas comforter gitu jer kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cabaran sungguh rasanya..., keletihan mengangkut beg...., tido guna futon dan tatami tuh mcm kat sini tapi kita panggil toto , kalau tak biasa rasa mcm sakit pinggang...

      Delete
  2. nice entry..
    risau pulau saye nak naik bas kat Kyoto nanti..macam rumit je nak cari bas mane yang kite nak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena study guna google map lebih sikit .... kami x sangka keadaannya mcm tu.... ingatkan bila turun bas kita tunggu tempat yg sama utk next bas rupa2nya byk bus stop yg lain.... yg tu yg kami x expect dan x study sedetail itu....

      Delete