Friday 30 November 2012

Kansai- Day 2

CUTI-CUTI JEPUN - KYOTO - ARASIYAMA - DAY 2

Hari kedua di Kyoto...

Perkara pertama yg perlu dibuat ialah memasak nasi. Oh ye, kami memasak dan menggunakan peralatan di GuestHouse dan menyamak dgn menggunakan sabun Taharah yg dibawa drp Malaysia.

Pukul 8 pagi kami dah bersiap-siap kemas brg2, check-out drp Bola-bola tapi masih simpan bag disitu sementara kami ke Arasiyama.

BAMBOO GROOVES

Kali ni utk ke Arasiyama, kami naik JR di stesen JR Uzumasa. Drp Bola-bola dekat 500 meter jugak berjalan ke JR dan kali ni kami gunakan kad ICOCA utk tambang keretapi. Stesen yg kami akan pergi ialah Saga Arasiyama, iaitu cuma satu stesen ke hadapan je drp Uzumasa.

OTW ke JR Uzumasa, pokok bonsai ditepi sebuah rumah...., cantikkk


Di JR Uzumasa menuju JR Saga Arashiyama...

 Sampai di JR Saga Arashiyama..., ikut signboard utk ke Sagano Scenic Train

Ambil North Gate utk ke Saga Torokko Station (Stesen utk Romantic train, hanya sebelah JR shj...)

Sampai di Stesen JR Saga, ramainya org...., kebanyakkan org2 Jepun sendiri. Masa nak beli tiket Romantic train, lagilah ramai beratur nak beli. Panjang sungguh barisan. Terpaksa tukar plan utk jalan kaki je mencari Bamboo Groove. Jauh jugak nak jalan dan kalau tak bernasib baik memang tak jumpa. Disebabkan hari tersebut ramai org Jepun sendiri yg dtg melancong, so sepanjang jalan utk ke Bamboo Grove dan Togetsukyo Bridge dipenuhi oleh pelancong.

Dalam perjalanan utk ke mencari Hutan Buluh, jalannya antara rumah2..., kalau tak bernasib baik, mahu sesat. Utk mudah ikut je org2 lain yg berjalan..., kebanyakkan pun mahu ke Hutan Buluh...

Dalam perjalanan...

Dgn berbekalkan map, kami ambil arah ke kanan drp stesen Saga dan menyusur jalan di tepi2 rumah org Jepun dan bila sampai dipersimpangan jalan, main ikut je arus org2 lain. Nasib baik betul, mereka pun nak ke Bamboo Grooves. Tak tahulah, hari Sabtu tu ada upacara apa yg istimewa utk mereka kerana terlalulah ramai yg mengunjungi kawasan tersebut.


Ramainya la org sampai nak ambil gambar pun susah...



Bila dah jumpa kawasan hutan buluh, dalam laluan tersebut lagi ramai org seperti kami yg berjalan masuk ke hutan buluh itu, sampai nak ambil gambar pun payah. Kawasan hutan buluh yg mula-mula kita masuk tak begitu cantik. Bila dah sampai ke satu persimpangan yg ada temple, dan kita ambil jalan ke kiri, baru lah hutan buluhnya kelihatan cantik menghijau.... Tapi gambar yg diambil tak secantik mata yg memandang, maklumlah org yg mengambil gambar pun bukan reti sgt pakai kamera.... Penat dan agak jauh juga berjalan kalau dikira drp stesen Saga tadi.


Dlm Romantic train...

Untuk ke stesen Arasiyama utk ambil Romantic Train, kita teruskan perjalanan hingga sampai T-junction dan ambil ke kanan..., melalui jalan menurun bukit utk ke stesen Arasiyama. Kami balik dgn Romantic train 600 yen seorg. Masa nak balik dah tak ramai org nak naik sgt. Perempuan jual tiket tu, mcm tak caya kami nak naik, siap ulang cakap beritahu harga tiket 600 yen, mcm kita tak ada duit plak nak bayar. Kami dah tahu dah dan memang dah plan nak naik drp stesen Saga lagi, cuma ramai sgt org kat situ. Sebenarnya, tak ada apa pun yg best nya naik train tu, kejap bebenor, 10 minit atau kurang je dah sampai balik ke stesen Saga.

Sampai balik ke stesen Saga, tengok org beratur masih pjg lagi...., rajin sungguh la diaorg beratur pjg2 dan lama. Baik gi jalan kaki dulu, balik baru naik....

Romantic train drp luar...

Lepas dah sampai ke stesen Saga, kami putuskan utk mencari Togeksukyo Bridge. Jalan kaki lagi. Kali ni drp stesen Saga. ambil jalan terus ke depan beberapa blok, dan baru ke kanan dan ke kiri..., ikut flow manusia yg lain juga...., jauh juga berjalan..., sampai jumpa deretan kedai2 kecik yg menjual byk makanan2. Teruskan lagi jalan dan akan jumpa jambatan tersebut. Tak pastilah apa yg menariknya jambatan tu, yg menarik perhatian kami ialah kawasan hutan di seberang sungai yg kelihatan daunnya bermcm2 warna, hijau, oren, merah, dan kuning.... Tapi dalam gambar tak nampak pun secantik mata memandang.

Lihat lah org2 yg sama2 berjalan kaki bersama kami utk ke Togetsukyo Bridge..., berdedai-dedai berjalan..., kami follow je mereka ni...

Lihatlah betapa ramainya manusia di kawasan Arashiyama dan kawasan2 lain juga adalah seperti ni..., tak tahu lah mereka ada menyambut hari apa hari itu, sebab ramai org Jepun dtg mengunjungi Temple...


OTW ke Jambatan tadi, kami jumpa stesen Keifuku train berhampiran dgn pasar/kedai2 tadi. Train ni lalu kat depan hotel Bola-bola. Aku suggest utk naik je train ni, so tak payah berjalan jauh utk balik ke Stesen Saga. Keretapi ni mcm keretapi elektrik dan laluannya ada yg atas jalan raya. Kalau ke Uzumasa mesti nampak keretapi ni masa kita naik bas.

Gambar drp web 

Sampai stesen Katabiranotsuji, kami berhenti di sini. Bayarannya tak berapa ingat sebab kami guna kad ICOCA. Hotel kami hanya berhadapan shj dgn stesen. Sgt dekat. Sampai bilik, get ready utk check-out. Ambil beg dan kami ke Kyoto semula dgn bas no 11. 

CHECK-IN DI RIVERSIDE TAKASE

Kali ni, kami dah terrer sikit naik bas. Melangkah je masuk bas, aku cabut 3 slip kat machine masa nak naik. Kami berhenti di Stesen Nishioji Shijo dan hulurkan slip tersebut dan minta 1 day pass. Seperti semalam juga, kena cari bus stop yg betul utk bas no 205 yg ke arah Kyoto Station. Agak pening juga la utk org yg tak biasa dgn area situ. Dlm map bas pun tak ada beritahu di mana dan berapa bus stop yg ada. So kita kena siasat sendiri dgn mencari bus stop yg ada berhampiran situ dan melihat no bas yg lalu dibus stop tersebut. Setelah berada di bus stop yg betul, kami pun tunggu bas 205 dan naik dgn selamat. 

Di Takase Riverside...

Kami nak ke hotel ke dua kami iatu Riverside Takase, terletak di stop ke-3 utk laluan bas 205 drp Kyoto St. Tak susah, tapi kali ni, bas tersebut kurang bercakap (hehehe..., tak ada alihbahasa ke BI) dan tidak berhenti di setiap bus stop. Nasib baik kami tak terlepas bas stop ke-3, iaitu Kwaramachi Shomen. Itu pun masa melewati bas stop tu, aku ternampak nama bus stop dan cepat2 cakap dgn driver nak berhenti situ. Hotel ni pun dekat juga drp bus stop tadi, jalan dlm 200m dah sampai.

Hotel ni pun ala bilik jepun. Tidur dgn Tatami dan Futon. Bilik ni jauh luasnya drp Bola-bola. Ada juga kemudahan dapur dan washing machine serta dryer. Bilik pun cuma ada 5 buah shj. Sesama dgn kami tu pun rasanya mcm tak semua bilik ada penyewa. So, buat mcm rumah sendiri je la. Toilet dan bilik air berada di luar bilik. Harga bilik utk 3 persons ialah 7500 Yen = RM 290. Yg tak bestnya, bilik2nya semua di tingkat satu. Jenuh nak bawa beg mendaki tangga.

Sampai bilik berehat sebentar melepeaskan lelah. Masa tu pun dah pukul 12 lebih juga. Tak boleh berehat lama2, sebab byk tempat kena pergi, esp sebelum hari gelap. Lepas dah makan nasi, kami segera bergerak utk ke Ginkakuji Temple. Kami ambil bas no 17 drp bus stop hotel terus ke Ginkakuji-michi. Drp bus stop Ginkakuji, kena jalan kaki lagi, jauh juga.... adoiiii letih sungguh la, ini yg jadi penat sgt. Dah la dalam bas tadi org ramai dan kena berdiri. Lama gak naik bas baru sampai. 

GINKAKUJI TEMPLE

Dalam bas tadi, kami disapa oleh perempuan melayu bertudung yg bermastautin (agaknya kot...) di sini sebab suaminya mcm Jepun mix mat saleh dan mereka berkomunikasi guna bahasa Jepun. Tak sempat bersembang pun, dia cuma beri salam. Terharu jumpa sesama muslim di negara org.

Sepanjang perjalanan ke Ginkakuji, byk deretan kedai yg menjual brg2 cenderamata dan makanan. Kami tak beli apa pun, ingatkan nak beli masa kat Shinkyogoku. Jalan ke temple tu kena mendaki sikit. Dah sampai di entrance, kena beratur pjg la plak. Org pun punya lah ramai nak masuk. Ada bayaran iaitu 500 yen sorang. Tapi disebabkan suasana yg sesak, kami putuskan utk teruskan ke tempat lain. 

Kami ke Gion pulak. Naik bas no 100. Yg ni lah yg byk membuang masa dan tenaga. Perjalanan mengambil masa dekat sejam baru sampai dan kena berdiri. Jalan sgt jem dan bas merangkak nak menyampaikan ke Gion. Sampai ke Gion, sedikit pening sebab tak pasti kawasan mana. Tapi mujurlah dekat kawasan bus stop, ada banyak map, so rujuk map dan jalan ke arah ke kanan drp bus stop utk mencari Hanamikoji Street.

GEISHA DI HANAMIKOJI STREET, GION




 Gambar drp belakang je..., masa berdepan, tergamam terlupa nak ambik gambar...



Suasana kedai di Hanamikoji, Gion. Dah malam, gambar pun tak jelas...

Akhirnya, sampai juga ke jalan tersebut, tapi malangnya hari dah semakin gelap. Gambar kedai2 yg berbentuk tradisional Jepun pun tak dapat ditangkap dgn baik. Tapi yg bestnya, kami berpeluang terserempak dgn Geisha. Rasanya, bukan kami shj yg menunggu kehadiran Geisha ni, org2 Jepun sendiri sgt teruja masa Geisha melintas. Semua org memandang sambil berhenti. Yg kelakarnya, en suami pun sampai tergamam tak terklik kamera. Akhirnya, dapat lah gambar belakang badan Geisha. Teksi pun memang tunggu betul2 dihadapan kedai. Bila teksi sampai, terus je Geisha2 ni masuk dgn cepat. Semasa teksi bergerak ke hadapan, ramai org ambil gambar mereka drp luar teksi.... So, misi melihat Geisha sudah tercapai....

SHINKYOGOKU 
Kami meneruskan langkah ke Shinkyogoku. Drp Gion tadi, kami ambil bas. Banyak bas yg boleh pergi. Hanya 1 atau 2 stesen ke depan shj. Satu lagi landmark nak cari kawasan ni ialah kawasan ni berdepan dgn Takasyimaya Dept, di jalan Shijo-Dori. Memang byk kedai macam arked Mara, tapi utk pelancong, bukannya kami dtg nak bershopping sakan. Kami cuma minat nak cari brg2 cendera mata spt Fridge magnet, T-shirt Kyoto, Keychain..., tapi tak berapa banyak la plak. Jumpa satu kedai, brg2 cenderamata tak byk pilihan, kurang berminat sgt, ingatkan nak cari kedai lain, tapi tak jumpa pulak. Buat letih je berjalan, akhirnya kami pun bergerak mencari bas utk balik ke hotel. Disepanjang2 kami berjalan hari ni, semua tempat sesak dgn manusia. Masa nak balik ni pun, punya lah panjang barisan org yg nak naik bas. Kami ambil mana2 bas menghala ke Kyoto St. 

Letih sungguh, sebab byk terbuang masa menunggu bas, berdiri dlm bas, berjalan jauh2 mencari kedai..., akhirnya tak tercapai misi membeli.... Berakhirlah hari kedua di Kyoto. Satu temple pun kami tak jengah betul2...


No comments:

Post a Comment