Sunday 2 December 2012

Kansai - Day 3

CUTI-CUTI JEPUN - OSAKA - TEMPOZAN- DAY 3

Plan asal, ingatkan nak round2 Kyoto lagi pagi hari ke-3. Tapi en hubby mcm malas nak pi melawat temple2. Kedai2 pun tak ada yg bukak pagi2, so, kami decide utk bergerak pagi2 lagi ke Osaka.

Lepas dah siap makan pagi, dalam pukul 8 kami dah check-out drp hotel dan ambil bas ke Kyoto Station, Kali ni, kami byr cash, tak ambil 1 day pass. Byrnnya flat rate ialah 220 yen seorg. Sediakan duit secukupnya dan masuk ke dlm machine di sebelah driver. Kalau duit terlebih, tidak akan dikembalikan. Satu lagi yg aku perasan, ada satu lagi machine utk tukar duit kecil. 

Sampai stesen Kyoto, beli tiket ke Osaka di machine. Harga ialah 540 Yen sehala/sorang. Stesen ni, signboard byk tak diupdate walaupun dah ada perubahan. Kami ikut signboard utk ke Osaka, tunggu di terminal 5. Bila sampai di terminal 5, signboard elektronik mcm tak ada pun Osaka. Kena tanya plak dgn staff yg ada kat situ. Dah la mereka susah nak cakap. Kami pun jadi sangsi betul ke dia faham soalan kita dan betul ke kita faham apa yg dia maksudkan. So, kami diberitahu utk gi terminal 7 plak. Kat situ, baru ada signboard elektronik yg tulis ke Osaka. Masa train sampai, dekat label destinasi tak tulis Osaka tapi nama bandar lain (dah tak ingat nama bandar tu...) Kena tanya lagi dgn sorang perempuan sambil tunjukkan tiket. Dia kata betul utk ke Osaka. Kami pun naik.... Dalam 30 minit je dah sampai. Dlm train pun ada pengumuman dlm BI. Perempuan tu pun siap ingatkan kami, train dah sampai ke Osaka. Baik dia....

Sampai stesen Osaka, kami ambil ke arah North wing. Sebenarnya, kami mencari Umeda Station. Ingatkan jauh antara Umeda dan Osaka Station. Rupanya satu bangunan je. Tak paham sungguh.....

Kami ke tingkat 1F dan turun drp escalator kita boleh nampak Tourist Information Counter. Tujuan ke sini ialah utk membeli Osaka Unlimited Pass utk 2 hari, berharga 2700 Yen seorg. Kelebihan pass ni, kita boleh naik unlimited time utk subway dan bas, serta tiket percuma utk byk tempat menarik di Osaka. Ni linknya : http://www.osaka-info.jp/osp/en/ Agak berbaloi juga la, tapi kalau sempat ke semua tempat yg dioffer tu.... Untuk beli pass ni, kita perlu tunjukkan passport, sebab pass ni ditawarkan utk tourist shj.

Drp Umeda, aku bercdg utk hantar beg2 semua ke hotel penginapan dulu. Kami naik subway dan turun di stesen Tanimachi-4chome. Kali ni kami duduk di Weekly Apartment at Otemae. Kami ambil 2 bedrooms apartment utk 3 - 4 org. Selesa ya amat disini, dgn dapur memasak, luas.... Utk 3 malam, harganya ialah 33957 yen = RM 1300. Tapi drp stesen Tanimachi 4-chome, agak jauh kena berjalan. Dekat 400 m juga.

Lepas dah check-in, letak beg, (tak boleh masuk bilik lagi, ikut peraturannya lepas pukul 4 ptg...), kami meneruskan  perjalanan utk ke kawasan Tempozan. Naik subway Chuo line ke stesen Osakako. Tercari-cari juga di manakah Tempozan Ferris wheel. Ikut sahaja org2 lain, jalan kaki straight je ke depan lepas turun drp tangga station. Lepas sahaja habis deretan kedai, kita akan nampak di belah kanannya.


Tempozan Ferris Wheel










Kami terus naik ke tingkat atas utk naik Ferris wheel ni. Hulurkan kupon dan mereka akan keratkan kupon yg mana satu, dan ditukarkan dgn tiket ferris wheel. Tak ramai pun org nak naik. Terus je dapat naik dan tak perlu berkongsi dgn org lain. Utk satu pusingan, ia memakan masa selama 15 minit. Pergerakkannya amat perlahan, so tak terasa sgt gayatnya. Drp atas ferris kita akan nampak pemandangan di sekitar Osaka Bay seperti Pelabuhan Osaka dan Universal Studio Japan. Ok la, kalau tak naik rugi plak.... Untuk kupon tu, kita layak mendapat satu pusingan sahaja, kalau mahu lebih sila bayar lain....

Kapal Santa Maria




Lepas dah naik Ferris Wheel, kami ingat nak naik kapal Santa Maria. Menaiki kapal ini juga termasuk dlm pakej Osaka Unlimited Pass. So, tak perlu bayar lagi, just tunjukkan kupon sahaja. Kaunter nya di bangunan belakang drp  Akuarium Kaiyukan. Ketiga2 tarikan ini berada sebeleh menyebelah sahaja. Sebelah Bangunan Ferris Wheel ialah Akuarium Kaiyukan. Kekerapan kapal Santa Maria ni memulakan pelayaran adalah dalam masa sejam satu, iaitu bermula pukul 11, 12, 1, 2,....  Disebabkan baru tahu pasal info tersebut dan tak kena dgn masa yg ada, kami memutuskan utk naik kalau sempat. Sementara itu, kami ingat nak masuk ke Akuarium.

Kaiyukan Akuarium










Tertarik nak masuk disebabkan aksi Zizan masa ke sini. Bayaran masuk ialah 2000 Yen seorang (hampir RM 80). Kalau kanak2 (bawah 15 tahun) cuma 900 yen. Disebabkan kita ada Osaka Unlimited Pass, kita dapat diskaun 100 yen seorg utk dewasa, diskaun sahaja, kena bayar 1900 yen. Masa mula-mula masuk teruja juga. Bila dah lama2 boring juga sebab ikan yg sama sahaja dipertontonkan. Akuarium ni katanya tinggi 7 tingkat. Masa mula2 kita masuk, kita dibawa terus ke tingkat paling atas dan kita akan berjalan menurun sambil mengelilingi akuarium. So sepanjang kita turun, sebenarnya kita akan melihat ikan yg sama sebab tank ikan tersebut adalah dalam dan tinggi. So, bila ikan tu berenang ke atas, kita akan nampak dia. Bila kita dah ke bawah, ikan yg sama tu pun akan berenang ke bawah, so kita akan jumpa lagi.... Dalam 30 minit kami dah siap melawat..., hehehe, tak berbaloi dgn bayaran masuk.

Bila kami keluar, dah pukul 2 lebih, kapal Santa Maria pun dah berlepas pula. Nak tunggu pukul 3 mcm tak berbaloi je. 

Osaka Maritime Museum



Terowong bawah laut menuju ke dome






So, kami decide utk ke Maritime Museum. Balik ke stesen Osakako dan teruskan menaiki tren utk ke Stesen Cosmosquare, 1 stesen ke depan sahaja. Perjalanan ke Museum ni drp stesen sgt la jauh, 700 m sehala. Dah la badan letih, kena jalan jauh plak lagi. Sepanjang perjalanan tak ramai pun org yg akan ke situ. Hanya kami je yg berjalan menuju Museum tersebut. Ikutkan seronok juga berjalan2 di situ, sebab kita berjalan di tepi laut menghala Osaka Bay. Ramai kaki pancing yg memancing di situ. Tetapi di sebabkan kaki kami dah penat, terasa sungguh menyesal dtg ke situ. Sampai di Museum, suasananya muram sahaja. Persekitarannya langsung tidak menarik. Dah penat2 jalan, kena lah masuk juga. Tunjukkan kupon dan diberi token utk di masukkan dlm machine masa nak masuk ke museum nanti. 

Kita akan dibawa ke bawah dgn lif dan akan lalu semacam terowong bawah air utk sampai ke museum yg berbentuk Dome. 


Gambar drp Wikipedia...

Entrance utk beli tiket ialah di laluan dibhgn berumput. Dan Museumnya ialah di dlam bangunan berbentuk Dome.

Bahan-bahan pameran ialah tentang pelayaran dan kapal2. Tapi aku tak membaca sgt pun, letih la dan agak kurang berminat.... Sekejap sgt pun kami kat sini. Jalan kaki drp stesen lagi lama tadi. Lepas tu, berjalan kaki semula balik ke Station. 

Disebabkan dah pukul 3 lebih, kami pun decide utk balik hotel kerana tak sembahyang zohor dan asar lagi. Dalam pukul 4.45 dah nak masuk waktu Maghrib. 

Yg aku perasan kat Osaka ni, laluan subwaynya byk exit dan jauhnya nak menyampaikan pintu keluar bg sesuatu exit tersebut. Lepas keluar drp exit Subway, kena jalan kaki lagi ke Hotel Sampai hotel dah dekat pukul 4, dan brg2 kami pun dah dihantar oleh org Hotel ke bilik. 

Hotel Weekly Apartment at Otemae

Masuk2 bilik je,...wahhhh, bestnya, siap ada 2 bedrooms, dapur, 2 tv, bilik air dan toilet. Semua peralatan memasak lengkap, seperti dapur memasak guna gas, rice cooker, termopot, pinggan mangkuk, cawan, gelas, periuk dan pan. Elok sgt la sebab mknn yg kami bawa pun dah semakin kehabisan. Kalau pergi jalan2 mcm ni, semuanya akan kelaparan. Lauk yg sama dan kering2 pun sedap bebenor, sampai kena bersekat2 supaya cukup sampai hari terakhir di sini. Tugas pertama selepas tu ialah menyamak dapur dan peralatan supaya senang nak masak karang.


 Bedroom 1..., 2 single beds

 Bedroom 2 with one single bed and sofa bed...


Dapur dan meja makan...

Masak lauk telur, nasi dan air.....


Yodobashi Umeda

Tak lama lepas tu, suasana pun dah gelap, mcm dah malam sgt, padahal baru pukul 5 lebih. Malam tu, kami plan nak ke Yodobashi Umeda. Kali ni, kami naik subway Tanimachi Line dan tukar di stesen T27, Tennoji. Pastu ambil Midosuji Line pula ke stesen M 16 Umeda. Baca sikit di stesen tersebut, exit yg mana perlu kita ambil. Sebelah shj bangunan Yodobashi ni dgn stesen dan bersambung dibhgn bawahnya. Mencari jam utk anak bujang sebagai hadiah sebab dapat 5A dalam UPSR baru2 ni. Sebelum ni, bila aku kata hadiah nya ialah bawak jalan ke Osaka, dia tak rasa pun sbg hadiah. Ini lah padah kalau dah selalu benar berjalan, dah tak reti hargai susah payah kita mengumpul duit utk bawa dia berjalan..... Hai anak2 zaman sekarang, kita dah tua2 ni baru merasa berjalan ke oversea, masa kecik2 dulu, setakat balik kg je lah, maksud jalan2 yg kita tahu...


Hadiah sempena UPSR...., suruh pilih yg gantung2 tak nak, yg dalam kaca gak yg dia nak..., tak tahulah berbaloi tak beli kat Jepun, entah2 kat Malaysia lagi murah...


yg sempat disiapkan masa kat sana lagi, harga kat Yodobashi 1270 Yen...



Section yang menjual GUNDAM...

Lama juga kami di situ, sambil perkenalkan GUNDAM kepada anak ku, supaya tak asyik sgt nak main game komputer. Mula2 dia eksyen, mcm tak minat je. Bila dah try pasang satu Gundam, terus jadi minat plak. Hai jenuh la plak nak beli lagi....

Hard Rock Cafe Osaka

OTW balik dgn Midosuji Line, kami berhenti stesen Hommachi. Ambil exit no 9. Suasana sekitar exit 9 masa tu sunyi sepi je. Kedai2 sekitar exit tu pun dah tutup, jauh juga kena berjalan baru jumpa tangga utk ke atas. Keluar je ke muka bumi, kita ke kiri dan akan jumpa HRC. Kecik je HRC shopnya. Rasanya besar lagi HRC kat Ueno, Tokyo. Pergi ke sini sebab adik aku kirim t-shirt. Aku tak minat sgt pun mengumpul brgn HRC. Balik ikut laluan yg sama dan ambil tren seperti dtg tadi.





Sampai hotel dah pukul 10 lebih..., LETIHHHH.... End of 3rd day at Kansai....








2 comments:

  1. Salam B_M,
    Seronok baca pengalaman awak ke Kyoto nih, tapi menjadikan saya pulak berdebar2 for my trip to Tokyo nanti. Risau pulak pikirkan train ride/transfer dan mencari tempat yg nak dituju.
    Berapa harga tiket AA yg awak dpt nih & satu lagi hotel book pakai Agoda ker ?

    ReplyDelete
  2. Tkasih sudi baca....

    Kalau tokyo masa saya gi dulu, rasanya lebih ok, cuma kat kyoto kena byk turun naik bas...

    Tiket aa dapat 1600 utk 3 org pergi balik.

    Hotel ada yg pakai hostelworld dan booking.com. Agoda, sy tak berapa sgt sbb kena byr on the spot.

    ReplyDelete