Tuesday 4 December 2012

Kansai - Day 4

CUTI-CUTI JEPUN - SHINSAIBASHI SUJI - DAY 4

Hari ke-4, di Kansai. Hari kedua utk kami gunakan Osaka Unlimited Pass. Oh Ye, kebetulan hari semalam (Ahad 25 Nov) telah diadakan Osaka Marathon, dan sehubungan drp acara tersebut byk tempat2 yg disenaraikan dlm tempat2 free utk digunakan dalam pass tersebut telah ditutup utk hari Ahad dan Isnin. Masa beli pass tu, cust service tu dah ingatkan kami agar fikir sama ada berbaloi utk beli atau tidak. Rasa2nya masih berbaloi sebab boleh naik unlimited utk subway, kalau tak sekali naik je pun dah 210 - 230 yen.

Hari ni, ingat nak gi melawat Osaka Castle. Cara nak pergi ialah dgn berjalan kaki. Castle ni ada byk entrance, tapi sempena Osaka Marathon, beberapa exitnya dituutp, menurut kata Cust Servise semalam la. Yg bukaknya yg paling jauh sekali kalau kami berjalan drp hotel. Drp dalam map, aku ingat nak naik subway sampai stesen Osaka Bussiness Park (OBP), dan jalan kaki, sebab nampak mcm lebih dekat.

Keluar je drp hotel, rupa-rupanya hujan turun agak lebat. Drp dlm bilik tak dengar pulak bunyi hujan. Tak boleh jadi ni, sebab kalau redah juga, mau lencun kami nanti. So, terpaksa lah masuk bilik semula. Pukul 10.30 baru hujan reda. Kami memulakan semula perjalanan ke stesen subway utk ke OBP. Hujan dah berhenti.

Sampai je ke OBP, bila keluar je drp stesen, tengok2 hujan lebat semula. Cancel perjalanan utk ke Castle. Tukar plan utk ke Shinsaibashi Suji, dgn harapan ada terjumpa kedai jual brg cenderemata. Kami masuk balik stesen OBP dan naik tren ke stesen Shinbashi. Jauh juga berjalan ikut laluan bawah tanah, dan sepanjang laluan tersebut ada kedai2 dan juga exit utk ke atas. Kami rujuk kpd peta di situ utk ambil exit yg betul utk ke Shinsaibashi Suji. Bila dah sampai ke Shinsaibashi Suji, confuse sekejap utk ambil laluan yang mana satu. Akhirnya, kami ikut laluan yg ada Uniqlo iaitu drp Utara menghala ke Selatan. Sepanjang jalan terdapat deretan kedai kiri dan kanan. Tapi semuanya tak sesuai utk kami, sebab kami bukan nak bershopping, kami cuma nak cari cenderamata.


Deretan kedai2....

Jauh juga berjalan, hingga sampai ke Dotonbori River. Kat sini la tempat yg popular sebab ada gambar Orang Glico. Aku pun tak faham apa yg famous sgt pasal gambar tu, tapi ramai sungguh org2 sana ambil gambar berlatarkan gambar tersebut, so, aku pun tak terkecuali la jugak....


 Dotonbori River



Sampai ke hujung, misi mencari fridge magnet tak tercapai pun, yg dapat hanya sakit kaki sahaja. Muka anak dan suami pun nampak tak ceria. Akhirnya, kami melangkah pulang ke hotel dan berehat....



Malam pun malas nak gi mana2, sebab byk tempat ditutup utk dilawati dan kalau ada yg buka pun tidak begitu menarik sgt. Petang nak ke Castle pun jadi malas sebab bila kami lihat semula kat google map, perjalanan sebenar drp hotel ialah 1.3 km sehala....



No comments:

Post a Comment