Tuesday 4 December 2012

Kansai Day - 5

CUTI-CUTI JEPUN - UNIVERSAL STUDIO JAPAN - DAY 5

Hari yg ditunggu-tunggu oleh anak aku. Tiket tak beli lagi. Kalau guna kupon Osaka Unlimited Pass dapat diskaun 200 yen. Kupon yg diskaun, boleh digunakan bila2, tak semestinya dalam dua hari. Hari ni, kami dah tak boleh guna Osaka Unlimited Pass utk naik subway. So tiket train kena beli di mesin atau boleh guna kad ICOCA.

Perjalanan drp hotel ialah dgn mengambil subway Tanimachi line ke stesen Tennoji. Keluar drp stesen Tennoji dan masuk ke bangunan sebelahnya utk ke stesen JR. Kami gunakan kad ICOCA sebab masa nak beli tiket kat mesin tak begitu faham. Bila dah masuk stesen JR, ikut dan tunggu di terminal yg betul, antaranya terminal utk airport, Wakayama, Nara, USJ dan sebagainya. Kena baca betul2 signboard utk terminal supaya tak salah tunggu. Lepas tu, turun tangga dan tunggu keretapi sampai.

Di stesen Nisikujo

Kali ni, kami naik Osaka Loop Line utk ke stesen Nishikujo. Sampai di sini, kena tukar train JR utk ke Universal City. Kami belum beli tiket USJ lagi. Semalam kami try nak beli kat Lawson, tapi drp pertanyaan kepada staf Lawson, mcm tak berapa tahu pasal T & C tiket. Nasib tak beli kat situ. Bila tanya pasal diskaun bila guna Osaka Pass pun dia tahu boleh ke tidak.



Sampai je, beli tiket. Tak lama sgt beratur, dan kaunternya pun ada byk. Kami pergi hari biasa, tapi masa tu penuh dah org menunggu di entrance utk masuk pada pukul 10 pagi. Ingatkan mesti sesak dan lama baru dapat giliran naik ride, tapi rupa-rupanya masih ok. Yg ramai2 pun ialah parents yg bawa anak kecil, so mereka ramai memenuhi Universal Wonderland yg untuk anak2 kecil.



Roller Coaster Hollywood Dream




Ride pertama yg Aman naik ialah Roller Coaster, Hollywood Dream. Mula-mula en hubby pun nak naik sama. Aku memang drp awal tak minat nak naik. Sambil aku duduk menunggu, suami pun dtg duduk sama, tak jadi nak naik rupanya. So, Aman sorang je naik. Sekejap je dah dapat giliran. Rasanya tak sampai 15 minit pun menunggu.



Jaws




Lepas tu, kami bergerak ke kawasan Jaws dan naik ride seperti boat yang menyusur sungai dgn sorang Pencerita. Seperti biasa la, di Jepun ni, bukannya ada alih bahasa atau session BI. So, apa yg dibebelkan sepanjang kami berboat menyusur sungai, idaklah difahami. Yg pastinya, tgh2 bersampan, tiba2 keluarlah Jaws drp air.... Lepas habis satu pusingan pusing tasik/ sungai, habislah cerita. Keseluruhan perjalanan bersampan sekejap sahaja dlm tak sampai 10 minit. Masa nak naik pun tak beratur pajg, sampai2 je terus dapat naik boat.



Jurassic Park




Lepas tu, kami bergerak ke kawasan Jurassic Park. Ride kali ni pernah ditunjukkan semasa Zizan ke Jepun. Aman beria memujuk aku suruh naik sama. Dia kata tak ada yg ganas2, relax je sambil tengok Dinasour..., yo yo je anak aku tu, mcm la dia pernah naik. Nak naik ride ni, kena beli baju hujan. Ada mesin yg jualnya. Kopak duit aku tak pasal2, 1 baju harga 400 yen..., tak memasal sungguh kena beli, utk 3 org kena RM 50....

Gambar yg diambil masa kami sedang naik ride..., dipaparkan utk jualan, tapi kami tak beli, curi tangkap je....


So, atas pujukan Aman, aku pun naik sama. Mula2 tu ok je la..., dah last2 ada juga adegan nak kasi terkejut2 dan turun dgn laju. Macam tu la yg aku tak suka...... Satu lagi, tak lah basah sgt naik ride ni. Ada je ramai org naik tak payah pakai baju hujan...., buat rugi je beli...


Back to the Future




Ride kali ni aku tak naik. Hubby je naik dgn Aman....

Amazing Spiderman

Lepas tu, beralih ke Spiderman.



Makan dan Solat

Masa tu waktu pun dah pukul 2..., kami sembahyang di kawasan yg agak tersorok sikit dan makan makanan bekal yg kami bawa. Tidak susah membawa makanan masuk. Tak seperti kalau kita ke Disneyland, beg kita kan diperiksa sehabis2nya. Siap seluk2 lagi beg nak lihat sama ada kita ada bawa. Utk Universal studio, langsung tak check beg. Scan tiket dan masuk je.

Sebenarnya, suasana pada hari itu sgt sejukkkkk. Rasanya tak ade bezanya mcm tahun lepas masa hujung disember kami ke Tokyo. Ada ketika bila angin bertiup, sejuknya sampai terketar2 dibuatnya.

Lepas sembahyang, kami meneruskan ke beberapa ride lagi.

Space Fantasy and Parade




Yg Space Fantasy, hanya Aman je naik sorang2. Suami aku pun malas nak naik. Agaknya dah tua2 ni malas nak terkejut2 sgt hehehe. Sambil2 menunggu Aman, ada pulak Parade kat depan Space Fantasy tu, tapi tak la meriah sgt mcm Parade kat DL.

Parade






Shrek 4-D

Lepas tu, kami masuk utk menonton Shrek-4D. Seperti biasa la, main agak2 je ceritanya, sebab bukannya faham bahasa Jepun. Untuk tayangan 4-D, kita akan merasa percikan2 air dan dgn kerusi pun akan bergerak2 sama. Ok la, enjoy jugak, walaupun tak faham....

Terminator




Ini pun mcm tayangan 3D dan digabungkan dgn aksi sebenar pelakon2. Intro utk Terminator ni punya lah panjang oleh sorang perempuan yg muncul sebelum tayangan. Punyalah pjg, org lain kena berdiri mendengar coloteh dia. Dah la sepatah habuk pun tak faham, penat kaki lagi berdiri. Rasanya 15 - 20 minit kot, baru lah masuk dan duduk. Persembahan ni, kira seronok juga sebab menggabungkan teknologi tinggi juga...

Backdraft

Persembahan ni mcm pertunjukkan kebakaran. Ada 3 pentas yg kita akan lawati. Pentas terakhir yg paling dahsyat di mana kebakaran besar2an berlaku dgn terbakar tong berisi minyak, runtuhnya palang2 bangunan dan tempat kita berdiri pun bergegar sama...., kelakar sungguh, terkejut semua org. Pastu siap bau minyak dan gas lagi, rasa mcm nak meletup je kawasan tu....

Lepas tu, kami ingat nak ke Waterworld, tapi ditutup pula utk hari tersebut. Kalau diikutkan itu sahaja ride dan pertunjukkan yg ada, kecuali di Wonderland yg sesuai utk kanak2. Antara ride di situ spt naik Snoopy (mcm naik jumbo...), naik cawan, buaian pusing...

Kami tak tahan kesejukan, beli coffee dan makan biskut menambah tenaga, sambil menunggu Aman pergi naik roller coaster utk kali kedua dan ketiga....

Dalam pukul 5 lebih, disebabkan dah tak ada lagi ride mahupun pertunjukkan yg boleh dilihat dan ditambah dgn suhu yg semakin sejukkkk, kami pun bergerak utk keluar drp USJ. Rasanya puas dah dan rasanya DL lagi menarik....

Lepas ni, kami ingat nak ke Yodobashi Umeda. Aman dah ketagih nakkan Gundam lagi. So, kali ni kami naik train JR Osaka Loop Line yg ke arah Station Osaka. Drp St Universal City, kita tukar train di St Nishikujo. Kami menantikan train Osaka Loop Line. Rasanya kami dah tunggu di terminal yg betul. Dan kalau ikut perkiraan, train yg akan dtg ialah Osaka Loop Line. Sambil2 tu yg dtg dihadapan kami ialah train ke USJ yg lain. Kami dok hairan la, mana train Osaka Loop Line ni, takkan tak betul seperti masa yg dipaparkan dan ikut terminal yg kami tunggu ni pun dah betul. Lepas tu, ada sorang pakcik ni, beria-ia tegur kami. Mula2 kami ingatkan dia nak apa. Lepas dia tengok kami tak faham, dia tunjukkan nama st Osaka kat map di situ. Saya pun angguk2 la yg kami memang nak ke St Osaka. Dia bawa kami suruh melintas dgn masuk ke train ke USJ dan seberang ke sebelah dan masuk ke train sebelahnya, iaitu Osaka Loop Line. Ohhhh patutlah, train tu tak sampai2 rupa-rupanya memang dah ada dan kita kena tunggu di sebelah sana dan cara nak melintasnya ialah dgn menyeberang ikut train yg ada....

Nasib baik pak cik tu prihatin, kalau tak berjanggut la kami tunggu.... Tak sempat nak say good bye, lepas kami melompat masuk train Osaka Loop Line, train pun bergerak. Terima kasih byk2 kat pakcik tu..., terharu sgt atas pertolongan dia....

Akhirnya, sampai lah kami ke St Osaka, dan ke Yodobashi Umeda lagi sekali. Dah siap membeli 2 set Gundam lagi, kami pun bergerak balik....

Berakhirlah hari ke-5 di Kansai....

Esok, hari terakhir kami di Kansai sebelum pulang ke tanah air tercinta....

No comments:

Post a Comment