Saturday 16 February 2013

Luahan Rasa ....Renew Passport....



Pagi tadi, sebenarnya dah kali kedua kami ke Pejabat Imigresen untuk buat gantian passport yang dah habis tempoh. Kali pertama, masa cuti Hari Wilayah dan kami pergi hari Ahad. Masa tu kami ke pejabat Imigresen cawangan Kajang. Sesampai je sebelum pukul 8, lihat org beratur yg tak nampak di manakah ekor barisannya. Melihat je keadaan macam tu, kami pun pusing dan balik rumah.




Kali kedua kami pergi hari ni. Ingatkan tak ada lah ramai lagi mcm dulu sebab cuti panjang dah habis, dan org yang nak gi bercuti sempena CNY mungkin dah siap passportnya sebelum cuti panjang CNY. Rupa-rupanya jangkaan kami meleset semata-mata. Dgn semangatnya kami keluar rumah dan sampai di Imigresen Putrajaya Presint 15 selepas 7.30 dan lihat keadaan yg sama seperti sebelum ni. Tapi kali ni kami gigih jugak beratur.

 Dah separuh perjalanan beratur baru teringat nak ambil gambar...



Lepas pukul 8, barisan pun mula bergerak tetapi sgtlah perlahan. Kami mula beratur hampir dgn kawasan foyer yg ada kaunter tempat pengawal keselamatan duduk dan sampai di depan pintu pejabat Imigresen mengambil masa dekat 45 minit. Sampai je pintu, org yg beratur di depan kami, semua pusing balik dan kata "NOMBOR HABIS"...., fuhhh, drp start beratur pukul 7.40 dgn harapan menggunung tinggi, kami terpaksa melangkah pulang pada pukul 8.45 pagi. Sia-sia je 1 jam beratur.

Kenapalah sistemnya menyusahkan org ramai. Sepatutnya drp awal lagi mereka dah berbuat sesuatu seperti kira dulu org yg dah beratur panjang dan bila bilangan dah terlalu lebih, mereka nasihatkan org yg beratur tersebut utk pulang dan dtg lain kali, drp membiarkan org beratur sahaja 1 jam dan pulang dgn tangan kosong. Sedangkan mereka telah tetapkan bilangan passport yg dilayan hanya 150 shj utk kaunter hujung minggu, menurut staff yg bagi nombor itu la. Kalau hari biasa, mereka akan layan sehingga 400 nombor. Yg geramnya, masa kat kaunter baru nak bg tau, kenapa tak ada sorang staff nya yg dtg memberitahu drp awal ????





Satu lagi info dalam laman webnya ada yg berbeza. Ni link Imigresen- Passport Antarabangsa... Malam tadi gigih aku download borang dan isi. Rupa-rupanya, dah tak perlu isi borang.

Satu lagi pasal salinan IC. Kalau kita baca kat web, tak dinyatakan kena ada salinan IC. Aku pun tak sediakan, tapi masa dok tengah beratur, ramai pulak yg aku lihat sibuk gi fotostat IC di kedai gambar depan sana. Risau gak, tapi kami tak buat jugak sebab ingat nak gi ambil nombor dulu. Dah terlanjur kami sampai ke kaunter nombor, baru lah nampak ada pernyataan yg diletak di kaunter nombor iaitu perlu ada salinan IC kalau kali pertama mohon (dlm web tak dinyatakan perlu sediakan), kalau kes renew tak perlu buat salinan IC dan kalau kes bawah 18 tahun, kena ada salinan IC. Mcmmana info ni boleh tak sama dgn info yg dipaparkan di laman web. Ini yg boleh menyusahkan org yg nak datang berurusan...


Nampaknya, kena plan hari yg lain la..., mungkin kena ambil cuti dan pergi hari weekdays Isnin - Jumaat.


Kesimpulannya antara perkara yang perlu dibawa utk renew passport ialah Passport lama, IC dan gambar 2 keping, serta duit bayarannya RM 100 atau RM 300.

Untuk Bawah 18 tahun : Passport lama, IC, Salinan IC, IC ibu/bapa beserta kehadirannya sekali, gambar dan duit.












4 comments:

  1. Salam Bonda, ramai betul org nak renew/buat pasport skrg ni ya... ? nampaknya dah ramai yg terbukak hati nak travel ke luar... tp yg x bestnya kena berator panjanglah pulak... nape x try online? scan gambar dan submit online. The next day boleh terus pick up passport...

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam...

    Dah try, saya punya ok boleh buat online..., yg anak punya tak boleh pulak..., kena gi pejabat jugak....,

    5 tahun lepas, masa buat passport tak de lah mcm ni..., ye lah agaknya, seperti tag line AA, NOW EVERYONE CAN FLY..., semua org nak gi jalan obersi hehehe....

    ReplyDelete
  3. Cuba lah lain kali ke pudu sentral yg mmg lengang atau ke wangsa maju nya imigresen...dua2 ni tersorok so mmg kurang org ramai..pudu sentral xsalah saya bukak sm pukul 10mlm

    ReplyDelete
  4. O ye ke Azura..., thanks..., boleh gak try ke pudu sentral plak...., kalau bukak sampai kul 10 mlm lagi cun....

    ReplyDelete