Tuesday 5 March 2013

Akhirnya..., setelah 3 kali...



Ye ye je tajuk..., heheh..., akhirnya setelah 3 kali mengunjungi Pejabat Imigresen, siap jua passport kami. Kali ketiga ni, kami try pergi ke UTC Pudu Sentral. Kalau siapa yang tak tahu di mana UTC Pudu Sentral, ianya terletak di Puduraya.

Lama gak tak ke sana. Zaman sekolah2 dulu, rajin gak turun dan ambik bas drp Puduraya utk ke Teluk Intan. Kalau siapa yg dah lama tak ke sini, memang terkejut besar melihat perubahan di Puduraya ni. Nama pun dah tukar jadi Pudu Sentral.

Kami ke sini setelah dicadangkan oleh seorg blogger iaitu Azura Azizi. Terima kasih.... Kalau lihat di laman web Imigresen, maklumat ttg pejabat di UTC tidak dipaparkan. Mula2 risau gak, penat2 gi karang tak ada plak atau tak bukak. Rupa2nya, pejabat Imigresen di UTC ni memang buka lebih lama drp pejabat Imigresen di Kajang dan Putrajaya.

Kalau hari biasa, pejabat di UTC buka sampai pukul 10 malam dan kalau weekend buka sampai pukul 6 petang. Mula operasi pada pukul 8.30 pagi. Pejabat Imigresen di Tingkat 2.

Semangat kami pergi, sebelum pukul 8 lagi dah gigih sampai dan beratur. Takut tak dapat nombor, macam kat Putrajaya hari tu. Tapi buat penat je beratur dan dtg awal2. Kalau dtg lewat pukul 9- 10 pagi ke atas pun ok. Tak payah beratur, terus ambil nombor je. Pastu agak2 nombor lambat lagi, pergi tingkat 4, naik lif ke sebelah kiri, dan samapai level medan selera, boleh makan2 dulu. Buat penat je kami beratur, dekat sejam gak.

Bila dah 8.30, start no diberi, barisan pun bergerak, tak sampai 15 minit, dah tak ada barisan org beratur lagi. Siapa yg sampai lepas tu, terus ke kaunter ambil nombor. Susah2 je beratur beria-ia, baik dtg pukul 9.

Selain drp Imigresen, ada beberapa lagi pejabat kerajaan yg beroperasi di UTC dan buka pada hujung minggu. Antaranya, JPJ, Hasil, Pendaftaran Negara, dan lain2... Kedai gambar dan fotostat pun ada, selang beberapa lot shj drp imigresen.

Memang mudah, dan kalau bosan menunggu, boleh jalan2 di Pudu Sentral. Ada kedai kain 1 Malaysia, kedai runcit 1 Malaysia, surau yg besar dan selesa di level 2, tempat membeli tiket bas dan menunggu yg selesa yg mcm ala-ala airport. Sungguh berbeza dgn Puduraya yg dahulu. Tangga utk ke bawah bg menaiki bas juga tertutup, jadi tiada lagi bau asap seperti dulu2.


7 comments:

  1. info yang menarik, nanti nak renew boleh la datang sini :)

    ReplyDelete
  2. Yeahhh berjays jugak kan...:) lagi satu mini utc baru bukak kat bdr baru sentul dkt je dgn jln pahang tu...imigresen terbaru gak...bukak hari2 sampai kul 10mlm kecuali jumaat tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak atas info yang diberi..., memang selesa dan insyaallah tak mengecewakan, tapi sayang info tersebut tak disebarkan dalam web Imigresen...

      Delete
    2. Tu la sy pun hairan nape xcukuo info dlm website jabatan imigresen...agaknya lum update lagi kut website tu...xpelah janji dh berjaya renew kannn huhu...btw sy suka baca blog anda...lebey2 lg ke macau n hk tu coz saya akan ke sana bulan june ni...thx utk info tu gak..:))

      Delete
  3. Dah lama bukak nie cuma kurang publisiti meluas sgt. Take time kot

    ReplyDelete
  4. terima kasih yer atas info...

    sy nak ke UTC pudu sentral malam ni...serabut btl nak renew passport kt putrajaya ni..

    terima kasih byk2..

    jemput singgah blog sy..

    ReplyDelete
  5. salam,trjumpa blog ni time gugel2 pasal kt mana nk buat passport..xpyh seksa mnunggu dan ambik no :P maklumla..sy nk tgh 3bln peknen..kang takut trkulai layu menunggu pulak :( trima kasih ats info ni..akan trus menuju ke UTC Pudu esok :) inshaaAllah..jmput follow kmbali ye :)

    ReplyDelete