Thursday 6 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 3 - London - Stonehenge

Sambung perjalanan hari ke-3 daripada kapal Stenaline. Pagi tersebut kami bersiap tetapi tak berani nak masak-masak dalam kabin. Takut keluar pulak siren kebakaran. So, makanan hari tersebut ialah nasi impit yang telah direbus awal masa di Amsterdam.

Disebabkan ada masalah teknikal (tak pastilah apa masalah sebenarnya...), kami kena keluar drp kapal menggunkan shuttle bas yang dihantar drp kapal ke pintu imigresen di Port Harwich. Lepas tu, kami lalu imigresen dan alhamdulillah pegawai Imigresen perempuan tu sangat baik dan peramah, senyum sahaja melayan kami. Lepas dah cop masuk, kita keluar ke platform keretapi tapi tak boleh naik train (mungkin ada masalah dekat train...), kita dihantar dengan bas yang lain pula ke stesen keretapi Maningtree yang dioperasikan oleh syarikat yg sama yg sepatutnya beroperasi drp Port Harwich lagi iatu Sykt Greater Anglia.
Perjalanan dalam 30 minit juga menyampaikan ke Maningtree.







Sampai di stesen keretapi ini, kami naik train utk ke Stradford. Sampai di Stratford, baru ada perkhidmatan Tube ke London. Sepatutnya perkhidmatan tube kena naik hingga Stesen Liverpool Street, tapi di sebabkan alang-alang kami teruskan hingga stesen Victoria.

Sampai di Victoria, jenuh pulak kami nak kena explain kat petugas tube sebab kami tak boleh keluar drp stesen. Akhirnya, dia lepaskan juga...





Kami kena ke Victoria sebab kami ada ambil pakej untuk ke Stonehenge pada pukul 12.30 tgh tersebut. Kami ambil drp syarikat Evan Evans Tour dan dah di book drp Malaysia lagi. Bayarannya ialah GBP 24 untuk dewasa dan GBP 21.75 utk kanak-kanak 3 - 16 tahun. Pejabat nya ialah berdekatan dgn stesen Victoria.

Tempat penginapan kami di London ialah di Travelodge Bethnal Green, tapi seperti biasa lah, check-in hanya selepas pukul 3. Terpaksalah kami mengheret bag kesana sini. Nak simpan beg, mahal kemain, rela lah kami bersusah sikit. Bila dah start tour ke Stonehenge, beg boleh diletak dalam tempat bagasi di bas nanti.

Stonehenge



Perjalanan ke Stonehenge ni kira wajib la sebab first time sampai ke London, walaupun cuma nak tengok longgokan batu sahaja....




Perjalanan agak jauh, hampir 2 jam juga drp kota London. Tapi bas nya sangat selesa, tertidur2 juga sebab kepenatan. Pengunjung ke Stonehenge ni terlalulah ramai. Beratur bas2 pelancong termasuk kereta2 persendirian.







Sesampai di sana, pemandu bas akan belikan tiket dan kita dibekalkan alat dengar yang memberi info tentang sejarah Stonehenge. Alat tersebut boleh terdapat dalam pelbagai bahasa, seperti English, German, Sepanyol dll. Bahasa Melayu tak ada kot...

Aktiviti seterusnya ialah mengelilingi batu tersebut dan bergambar...,  Dalam setengah jam kami pun dah siap...




Terdapat juga kemudahan toilet dan kedai2 seperti kedai cenderamata dan cafe utk pengunjung.

Dalam pukul 3.45 ptg, kami semua bertolak pulang ke London dan dihantar hingga stesen Victoria.


Sepanjang di London, kami gunakan Oyster Card. Senang sgt ada kad ni dan dapat harga diskaun berbanding kalau beli tiket untuk single journey. Nak top up pun kat  mesin dan gunakan kad kredit aje.
Baki duit boleh dikembalikan termasuk deposit GBP 5.



Hotel Travelodge Bethnal Green



Ini hotel Bethnal Green. Saya booking awal, dapat murah sgt masa tu. Dapat GBP 97 untuk 3 malam. Harga bilik family dan bilik double adaah sama. Kami request bilik famili (boleh masuk hingga 4 org) ..., besar dan luas..., best sgt tapi tak ada free wifi. Memang di recommend sgt sesiapa yg nak duduk hotel ni. Hotel ni pun baru. Jarak ke Tube Bethnal Green pun dalam 200 meter je. Hotel ni juga menyediakan kemudahan cerek letrik dan plug seperti di Malaysia....







 Sampai hotel pun dah dekat 7 lebih dan malam tu kami tak kemana-mana...., penat sangat....

Aktiviti selanjutnya bersambung esok...

6 comments:

  1. Salam, puan, boleh x nak Tanya penginapan di Travelodge boleh muat 4 orang ke? Sebab untuk booking max 3 orang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya booking dulu, yg family room boleh masuk 4 org..., kat websitenya tulis 3 org je ke ?

      Delete
  2. Stonehenge tu boleh gi dekat ek?? time ni spring ek? cuaca bgus je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh gi dekat sampai boleh pegang batu..., lagi pun ada tali direntang mengelilingi batu tu..., tapi kira dekat la juga boleh menikmatinya...

      Time saya pergi dah nak masuk summer, tapi suhu masih sejuk walaupun matahari macam terik..., masih kena pakai baju berlapis dan berstokin juga kalau nak keluar hotel...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. puan beli tiket brp lame sebelum pergi ye? saya survey tiket untuk ke Stonehenge GBP44 for adult..dah naik harga ke ye?

    ReplyDelete