Monday, 24 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 8 - Lauterbrunnen- Jungfraujoch - Geneva - Paris


Lama tak berupdate kisah di Eropah..., kalau dah tak ada mood, memang malas rasa nak start menulis...

Hari ke-8 dah kami di Europe, minggu lepas hari Sabtu mcm ni, kami baru je landing di Amsterdam. Hari ni dah genap seminggu kami berkelana di bumi Eropah. Kaki pun dah sakit2, maklumlah aktiviti agak lasak dan padat, tak macam di Malaysia, kemana mana je mesti naik kereta. Sampai sini, pancit....

Hari ni, rancangannye nak ke Jungfrau Top of Europe. Sebelum saya tau pasal apa-apa pasal Swiss, tempat ni lah yg pertama sekali yg saya dengar dan teringin sangat nak pergi... Tapi hari ni jugak kami kena keluar drp hostel dan kami pun tak boleh lambat sebab paling lewat kami kena naik train drp Interlaken OST ke Geneva dalam pukul 1 tengahari. Kalau lewat drp itu, alamatnya tak sempat sampai Geneva pukul 4 petang. Train drp Geneva ke Paris dah beli dan bergerak pukul 4.20 ptg...

Perjalanan drp Lauterbrunnen ke Jungfrau juga makan masa 2 jam... Pikir punya pikir dan bila dah pertimbangkan masalah beg yg perlu disimpan sebab dah kena check-out drp hotel..., maka saya dan en suami tak pergi ke Jungfrau, hanya Aman dan adik sahaja yang pergi. So, mereka kena bertolak sebelum pukul 7 lagi, dan keretapi drp Lauterbrunnen bergerak pukul 7.07 pagi dan sampai ke Kleine Scheidegg pukul 7.50 pg. Tukar keretapi untuk ke Jungfraujoch, dan bertolak pukul 8 dan sampai di Jungfarujoch 8.52 pagi.... Keseluruhan perjalanan sehala memakan masa 2 jam.

Kalau kami pergi semua, kami kena bertolak balik daripada Jungfrau pukul 9.30 pagi dan akan sampai ke Lauterbrunnen pukul 11.21 pagi. Pastu kena berlari2 ke hostel untuk ambil beg2 dan naik keretapi ke Interlaken pula... Macam tak sesuai sahaja, dan masa yg ada di Jungfrau pun hanya 30 minit. Tidak berbaloi langsung sedangkan kita perlu membayar CHF 197.60 = RM 632.32 seorang dan diskaun yg diberi kalau ada Swiss pass hanya 25% bukannya 50% macam naik ke Mount Titlis. Dan nasib baik untuk Aman dapat free. Itulah antara sebab utama kami tak pergi...., kalau dapat duduk lama kat atas, baloi juga pergi....

Nampak gayanya..., ada alasan kuat nak kena datang lagi ke Swiss...., JUNGFRAU TOP OF EUROPE tak sampai lagi....

Aman dan adik sahaja yang pergi dan inilah hasilnya gambar sepanjang di Jungfraujoch.... Nak cerita lebih, aku tak pergi...


 Passport yang mengesahkan Aman dah sampai ke Jungfraujoch...


 keretapi drp Lauterbrunnen ke Kleine Scheidegg...




























Daripada review Aman, katanya, tak menarik..., best lagi Mount Titlis. Mungkin sebab hari tu hujan dan salji agak lebat, tambah dgn angin memang sejuk dan suasana pun putih sahaja. Banyak aktiviti tak boleh dijalankan... Ice Flyer pun ada tapi sebab cuaca tak mengizinkan maka aktiviti tersebut ditutup.

Tak pe lah..., ada rezeki kita pergi lagi..., In sha allah...


Jalan-jalan di Lauterbrunnen

Sementara mereka ke Jungfrau, kami bersiap2 beg, cas kamera dan laptop dan pack makanan sebelum check-out pukul 10 nanti. Dalam pukul 8 lebih, aku ajak en Suami meronda2 sekitar Lauterbrunnen.

Awesome pemandangan di sekitar Lauterbrunnen ni....

Kalau kita jalan kaki ke bhgn atas drp stesen Lauterbrunnen dan hotel Valley, akan ada lagi banyak hotel2... 




 Ni yg paling awesome..., berkabus halus je, kat Malaysia ni, merasa jerebu je...






 Sempat juga mengepos poskad kat diri sendiri dgn Wawa...., pejabat pos ada berhadapan dengan Stesen keretapi Lauterbrunnen. Poskad tu sampai lepas seminggu kami balik Malaysia...



Kami juga ke Coop. Kat Swiss ni rangkaian COOP adalah sangat meluas. Di mana2 aje mesti ada Coop. Coop ni mcm kedai runcit atau pasaraya yang menjual brg dapur dan keperluan harian. Ada yang besar dan ada yang kecil shj. Kat Lauterbrunnen ni kecik aje Coopnya. Saya suka beli roti kat sini, rangup diluar dan lembut di bhgn dalam rotinya..., sedappp...

Drp Google...


Sempat juga  membeli jam di depan Valley Hostel.., berbaloi ke beli jam di sini..., Berbaloi juga yang penting sebagai kenangan di Swiss. Sampai Malaysia gigih ke Alamanda untuk banding dgn Swatch sini, lebih murah di Swiss...

Dalam pukul 10.10 pgi, kami balik ke hotel untuk ambil beg. Sampai je hotel tengok bilik dah terbuka. Rupa-rupanya mereka dah start kemas bilik, walaupun baru 10.10 pagi. Siap pesan lagi kat kami yg check-out time dah sampai. Ishhh ni yang tak berapa suka, tak boleh tolak ansur dari segi tu. At least bagi lah masa sikit atau sampai kami sendiri yg check-out, ni tak, nasib baik tak ada barang yg hilang sebab laptop dan camera elok je terletak utk dicas...

Kat hotel ni ada bilik utk luggage. Kami simpan dulu beg2 kat luggage room, dan sambung lagi meronda2 di Lauterbrunnen. Dalam pukul 11.15, baru kami ambil beg ke stesen Lauterbrunnen. Kami berdua la yg kena angkat 4 beg, so kami kena buat 2 trip. Trip yg kedua, en suami yg kena ambil di hotel dan aku tunggu beg di stesen. Dalam 11.50 Aman dan adik sampai drp Jungfraujoch. Tak lama lepas tu, keretapi ke Interlaken pun sampai dan kami pun bertolak ke Interlaken...

Selamat tinggal Lauterbrunnen, rasanya tempat yang paling best yang kami pernah pergi. Teringin sangat nak datang lagi ke sini....

Kami sampai di Interlaken OST dalam 12.25 tgh. Disebabkan ada masa lagi, kami ke Coop Interlaken untuk menghabiskan syiling dan membeli roti lagi. Sodap...

Tepat pukul 1, keretapi bergerak meninggalkan Interlaken dan menuju ke Bern. Sampai di Bern, kami tukar train ke Geneva. Kami sampai di Geneva pukul 3.45 ptg...

Geneva

Di Geneva, bahasa yang digunakan ialah bahasa Perancis. Kalau di Zurich dan Lucerne kita biasa nampak perkataan Ausgang = EXIT. Tapi kalau di Geneva dan France, jadi SORTIE. Perkataan tu je lah yang kami faham sebab kat mana2 stesen mesti jumpa dan cari perkataan tu untuk keluar drp stesen...

 Di Metro Geneva, kami usha bandar Geneva drp sini sahaja sebab masa dah suntuk, takut terlepas train ke Paris..., nangis nanti kena beli tiket baru, dah la tiket yg saya dapat tu murah....




 Ada signboard untuk ke Paris di Metro Geneva...

Kami naik train TGV ke Paris. Rupa-rupanya kena lalu imigresen, tapi nasib baik tak perlu berhenti dan cop passport, sebab kami cuma ada kurang 10 minit je lagi sebelum keretapi bergerak. Fuhh selamat naik..



Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih ke Paris....

Sampai Paris dah pukul 7.40 ptg... Kami sampai di stesen Gare de Lyon. Kami ambil teksi sahaja utk ke hotel dan caj yg dikenakan ialah Euro 18. Caj bukak pintu ialah Euro 3 dan penumpang ke-4 dikenakan tambahan Euro 3 dan setiap satu bag dikenakan Euro 1. Dekat aje sebenarnya stesen Lyon dgn hotel kami, tapi dah dicampur dgn caj2 yg lain jadilah 18....

Tentang Apartment di Paris, kita sambung next entry la..., dah panjang sgt pulak entry ni....


No comments:

Post a Comment