Sunday 14 December 2014

Kia Ora NZ - Auckland, Matamata, Rotorua, Wai O Tapu

Day 8 - 4 Disember 2014

Hari terakhir di Pulau Selatan.

Bangun pagi terus bersiap. Masak nasi dan lauk. Lepas makan, bungkus makanan untuk dimakan sepanjang hari ni. Lepas tu kemas dan lap dapur, peti ais dan susun semuanya seperti mana kami dapat motorhome hari tu.

Baju2 dan barang2 semua dah susun dalam bag. Lepas tu ayah bawa motorhome ke Dumping Site, utk kosongkan tangki semua dan isi air bersih. Nanti kami sampai di Dunedin Airport, wakil Wendekreisen akan terus ambil motorhome.

Lepas dah siap semua, kami bergerak mencari minyak. Penuhkan minyak pulak. Lepas tu baru ke airport. Dalam 9.30 pg, kami sampai ke Airport. Belum je sampai ke bangunan airport, dah ada orang lambai2. Adoiii tak sempat nak buat apa lagi. Terus serah kunci dan dia pun serah balik deposit.

Nak check-in, awal lagi. Duduk2 dulu, bila pukul 10 lebih baru kami check-in...






Selepas 1 jam 45 minit, lebih kurang pukul 1 tgh kami sampai ke Airport Auckland.

Langkah pertama ialah call Sykt Jucy. Di Airport Auckland pun ada perkhidmatan free phone 2 digit untuk call sykt rental atau tour. Nyatakan dengan jelas kita sampai di terminal mana. Mula-mula Jucy ingat kami sampai di Terminal Antarabangsa. Punyalah cari no pintu 11 di situ. Tak ada. Lepas telefon balik, dan nyatakan kami gunakan penerbangan domestik, baru lah betul. Tunggu di pintu no 3. Pihak Jucy menyediakan free transfer ke pejabatnya di sekitar situ juga, di Mengere.

Sampai di syktnya, urusan menyign kontrak dan dll. Lepas tu kereta diserahkan dan pengembaraan di Pulau Utara pun bermula.

Nissan Sunny...





Plan kami ialah ke Rotorua... kami ambil jalan melalui Matamata, sebab boleh singgah ke set Hobbiton....

Jarak perjalanan 230 km dengan masa dekat 3 jam..., jauh tu.....
Kalau sampai Matamata, 161 km, dan mengambil masa dekat 2 jam...

Di tengah perjalanan, kami singgah di kawasan RnR..., kat sini di namakan Service Centre. Ada disediakan toilet dan cafe serta kedai cenderamata.

Set Hobbiton ni berada di luar jalan utama. Kita kena masuk ke dalam beberapa km. Melalui ladang biri-biri disekitarnya...





Tempat beli tiket untuk Hobbiton Tour... sebelahnya ada kedai cenderamata ttg Hobbit..

Kami tak masuk pun. Sampai pun dah lewat petang. Ambil gambar di luar sahaja. Tak nampak pun setnya di mana, kena naik bas tu dan di bawa ke sana...

Jadilah ek..., aku pun bukannya tengok pun cerita Hobbit ni....

Lepas tu, kami teruskan perjalanan yang berbaki 90 km lagi ke Rotorua. 
Malam ni kami tidur di Rotorua Thermal Holiday Park. Kami ambil motel. Tempat ini di depan sikit drp pekan Rotorua, dan dalm perjalanan untuk ke Wai O Tapu.





 Ada kitchen..., boleh masak...


Ada 4 katil semuanya... antara yang termurah, dalam RM 150 masa tu. Tu yang booking cepat2. Ok lah untuk tidur satu atau dua malam... yang tak bestnye sebab bilik air kat public area. Payah nak gi toilet malam2...

Kami sampai pun dah hampir malam. So, berehat sahaja selepas itu.


Day 9 - 5 Disember 2014

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. Sebab kena check-out terus. Check-out time di semua tempat ialah pukul 10 pagi. So memang tak sempat nak ambil barang lepas drp Wai O Tapu nanti.

Dalam pukul 8 kami bergerak ke Wai O Tapu. Jaraknya 32 km dgn masa 30 minit. Elok sampai pada waktu pagi mcm tu. Waktu pembukaannya ialah 8.30 pg. Sebab pada pukul 10.15pg akan di adakan pertunjukkan Lady Knox Geyser. So, cun je timing..., sempatlah kita jalan dalam kawasan tu selama 1 jam 30 minit.

Sepanjang dalam kawasan tu, kita akan jalan jauh juga dengan turun naik tangga... penat jugak...




Ada 3 bahagian trek kat dalam tu..., yg warna merah, Oren dan kuning. Kami pergi ke semua tempat tu...., fuhhh penatttt sakit kaki... ikutlah nombor yang tertera dalam map...






















Selesai di Wai O Tapu.... skrg kita nak tengok Lady Knox Geyser. Pertunjukkan ini ada masa tertentu... sebab tu timing kena betul supaya tak perlu keluar masuk. Pertunjukkan Geyser tu bukan di tempat yang sama. Kita perlu berpatah balik jalan kita datang. Dalam 1 km kot..., dekat2 dengan Mud Pool. Masuk ke dalam dan ada kawasan kat dalam tu mereka buat show. Masa lalu dengan kereta mereka akan minta tiket tadi untuk benarkan kita park di kawasan Geyser tu...

Selepas keluar drp kawasan Wai O Tapu, sebelum melihat Geyser...., pekena Milk Shake Strawberry..., Aman ambik Mint..., wah sedapnya..., dengan kepenatan berjalan tadi..., rasa sungguh nikmatt...


Masa kami sampai, org lain pun dah memenuhi kawasan ni..., dapatlah tempat duduk hujung2..., ok la..., boleh nampak jugak...


 



















Lepas dah habis pertunjukkan, kami balik ke kereta. Ada yang baru sampai, mereka terus melihat Geyser dulu.., pastu baru melawat dlm Wai O Tapu... So, ikutlah masa bila kita sampai, dan kita adjust aktiviti kita.

Kami teruskan melihat Mud Pool..., di depan sikit sahaja lagi masa nak keluar drp kawasan Wai O Tapu...





Lumpur nya masih menggelegak...

Dalam pukul 11 pg juga, kami bergerak balik ke Rotorua..., menyambung aktiviti seterusnya. Sebenarnya, ada bbrp lagi aktiviti yang menarik di Rotorua, ttp dengan kesuntukan masa terpaksa memilih aktiviti yang digemari. Rugi rasanya kami hanya spend 2 hari di sini... tapi nak buat macammana, ingatkan tak best sangat Pulau Utara.... Ok kalau ada rezeki lain, boleh dtg NZ lagi...

Next aktiviti ialah bergondola dan luge lagiiiiii..... adoiiii payah bawak anak remaja ni..., sibuk nak naik luge lagi... Kali ni di Rotorua pulak, masih dengan syarikat yg sama Skyline... dan aktiviti nya ada tambahan 2 lagi berbanding Skyline Queenstown...



Ini lah tambahannya... Sky Swing


 Buai tu di tarik tinggi2 sampai kemuncak tiang, dilepaskan dan berayun... menjerit2lah mereka....









Aktiviti tambahan yang kedua - Zipline. Ni mcm buai tergantung dan kita menyusur ikut tali ke bawah...


Kena bawak sendiri besi penggantung tu..., yg Aman pikul kat bahu...

 Besi penggantung tu di gantung kat kabel..., utk jadi tempat gantung buai dan bergayut...

 Okay dah siap gantung dan bergayut..., sat lagi dia lepaskan..., menyusur ikut kabel sampai bawah. Nak naik guna Chair lift...



Lepas Zipline..., berluge... tunggulah untuk 3 kali round luge...



Selesai main..., dah puas hati..., dah penat mama tunggu..., akhirnya kami bergerak ke Auckland. Oh ye sebelum balik, cari makan dulu..., masa ni data yang aku beli 5gb tu dah habis..., adoiii payah sungguh..., En Waze dah tak boleh pakai. Kami nak cari Restoran Chimney, nak makan nasi biryani.
Gigih gi tanya dgn I site di situ..., penat kena jalan baru sampai... Sampai2 je katanya sebab dah pukul 3, mereka dah tutup. Pukul 5 baru buka... Tapi kalau nak take away boleh. So, aku order nasi biryani 3 dan mango lassi...

Tak lah sedap mana pun biryaninya..., stail nasi biryani masa kat Pahalgam dan Srinagar masa kami gi India dulu. Tak sedap sangat, mcm nasi goreng je... Kami makan dalam kereta je. Separuh je habisnya. Lepas tu, kami bertolak ke Auckland. Kali ni lalu Hamilton. Perjalanan yang jauh dan jenuh nak menyampaikannya.

Sepanjang perjalanan, kita kan tempuh jalan raya yang dua lorong dan motor way yang ada 4 lorong. Kalau semua motorway, kan lagi mudah. Cepat sikit sampai ke Auckland...

Disebabkan data internet dah habis..., mengagau juga kami mencari hotel yg dah di book. Clue yang kami ikut ialah tanda ke Airport. Bila dah sampai airport, kami redah je mencari hotel berhampiran dan alhamdulillah, tak sesat barat. Senang juga jumpanya.


Inilah hotel yang paling selesa sepanjang pengembaraan kami di NZ dan Aust... tapi sayangnya kami hanya semalam di sini...

Biliknya luas, siap ada kitchen, ruang tamu dan meja makan..






 Bilik ni utk 3 orang, 2 katil queen, 1 katil bujang

Kami sampai ke hotel dah agak lewat. Cukup2 nak sembahyang jamak zohor/asar shj. Itupun nasib baik skrg waktu summer, maghrib agak lewat, pukul 9 baru masuk.

Disebabkan esok nak balik pagi, kami hantar kereta di pejabat Jucy malam tu juga. Kami try nak jalan2 di bandar Auckland. Tapi di sebabkan gps tak ada, agak sukar hendak ke mana2, tambahan pulak waktu malam. Kami redah jugak sekejap tapi macam tak ada haluan sahaja, so berpatah balik dan mencari pejabat Jucy. Nasib baik Jucy ada bag map, so kami berpandukan map tu dan mencari airport sebagai tanda permulaan. Kami berjaya sampai ke pejabat Jucy dan kereta hanya diletak di depan pagar. Kawasan di situ sunyi sepi, tak macam kat Malaysia, setiap pejabat akan ada guard. Di kawasan ini, tiada langsung guard yang bertugas di pagar. Kunci kereta di minta untuk di masukkan ke dalam peti warna hitam yang ada lubang untuk masukkan kunci. Sebelum tu, kami call teksi dahulu, bila teksi dah sampai, baru kami masukkan kunci kereta dalam box hitam itu. Teksi pun sampai segera shj selepas di call dan memang dah biasa kot org panggil masa hantar kereta Jucy di luar waktu pejabat.

Untuk esok, kami dah janji utk dihantar secara percuma oleh pihak hotel dalam pukul 6 pagi. Flight kami ke Melbourne ialah pukul 8.30 pg. Dekat Auckland ni, kami jumpa ramai org yang berketurunan Maori. Pekerja hotel kami tinggal ni semua kaum tu. Mereka ni kurang peramah sikit. Serius shj.




Dlm AirNZ... fly to Melbourne. 4 jam penerbangan dan akhirnya kami sampai ke Melbourne pukul 10.30 pg waktu Melbourne...

11 comments:

  1. salam...

    best gak NZ ni kan.. mudah2an sampai gak ke sini nanti..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak. Nak tanya, akak ada buat comparison kalau naik caravan or sewa kereta mana yg lebih berbaloi? Kalau akak sewa kereta, berapa derang charge utk per day. Minyak dekat sana price dlm berapa etc. Anyway kak, boleh x nak email address akak😆 Boleh tanya2 nnt. My concern psl nk pegi ke North island. South island insyaallah planning dh settle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik kereta lagi murah, kalau ambil kereta yg kecik...

      Mcm di North, saya sewa kereta, purata sehari dlm RM150...
      Di South, guna motorhome, RM4860 utk 7 hari..., purata sehari dekat RM 700,

      Pilihan utk bermotorhome, sbb tak pernah cuba, so pejamkan mata dan bayar shj.... Tapi utk kali kedua dan seterusnya, saya rasa lebih selesa sewa kereta shj dan motel.
      Tapi yg mudahnya, nak masak, sebab kita boleh masak dlm motorhome, tak perlu samak setiap kali nak guna dapur di motel, melainkan kita bawa periuk kita sendiri...

      Minyak dalam NZ 1.50 per liter (motorhome kami guna diesel), kalau petrol lebih mahal, tak silap NZ 2 lebih...
      Total penggunaan minyak sepjg 10 hari = RM 750.
      Emel sy : blogresepibonda@gmail.com

      Delete
  3. Salam kenal..saya sekeluarga akan ke nz 21-28 nov south island..susahnya lahai nk decide..nk.motorhome or mpv..anak 4 org..mcm trigin motorhome..once in lifetime experience ..apa pandangan awak? kos minyak di nz rm750 je ek?
    Kami pon transit di melben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Sama lah dgn kami dulu, sgt teruja nak bermotorhome..., rasanya kena cuba juga sbb peluang mcm tu susah nak dapat kalau kita travel kat tempat lain... cuma kurang selesa esp kalau anak 4 orang + 2 parents = 6 org.....

      Saya cadangkan ambil motorhome bersama motel..., so malam boleh tido dan mandi di motel..., motorhome khas utk bergerak dan masak2...., cuma kos akan jadi berlipat ganda...

      Motorhome kami sewa tu guna diesel, so kos minyak murah sikit..... tapi tak gak murah, sbb purata satu hari pakai RM 75....

      Delete
    2. Tq kak..kami dh decide nk sewa kete jucy dan sewa motel jer...

      Delete
  4. salam perkenalan..terima kasih share pengalaman yang best2 ke semua destinasi percutian akak. sangat memberi inspirasi kepada saya sekeluarga. tapi kena tunggu anak kami berdua tu besar sikit baru best travel adventure mcmni kan..btw, kami start baca blog akak sejak nak ke HK 2011, banyak sgt tips, tima kasih yer..kalau sudi follow lah blog saya yang tak seberapa tu, terima kasih sekali lagi..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  5. Cikgu dah lama tak update entri baru. Hehe. Next destination ke mana cikgu? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaiti ke ni... ? Hamboiii nama.. belit lidah nak sebut...

      Ade jln2 cuti2 malaysia... tp cerita ulangan... cam kurang menarik... heheh...

      Next destination... insya allah Arab Saudi... ;)

      Delete