Saturday 13 December 2014

Kia Ora NZ - Dunedin

Day 7 - 3 Disember 2014

Jarak perjalanan Invercargill - Dunedin = 215 km dan mengambil 2 jam 45 minit untuk sampai dan akan melalui Gore, Balclutha, dan Milton.


Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Dunedin daripada Invercargill. Sepanjang perjalanan masih lagi dihidangkan dengan pemandangan padang rumput yang luas terbentang. Banyak sungguh biri-biri dan lembu yang diternak di NZ ni.









Satu lagi benda yang sgt menarik perhatian ialah kat NZ ni, kenderaan beratnya selalu berangkai mcm lori kat bawah ni.




Bawak laju2 plak tu...


 Mula-mula sampai Dunedin, kami ke Cadbury World. Ingat nak ikut tour, pastu bila baca peraturan tak boleh bawak camera dan smartphone. Maknanya tak nak pengunjung ambil gambar. Tak best la pulak. Dah la bayaran masuknya boleh tahan juga. So, kami decide untuk beli coklat sahaja.... Harga coklat di situ ada yang murah, ada yang sama je dengan harga di pasaraya.




 Lepas shopping coklat di Cadbury. Shoping2 di NZ ni tak mcm di Australia..., coklat je la yang diborong... Madu Manuka pun kami beli, tapi harga sama je mcm kat sini..., dlm NZD 22 ke atas...


 Pencil Case untuk Eki...

Malam ni kami tido di Leigh Valley Holiday Park, di hujung bandar Dunedin je.


 Ini bangunan serbagunanya...

 mesin basuh dan dryer..., tak perlu bawa baju banyak2..., buat berat je..., sekali basuh selalunya NZ 2, untuk keringkan ikut masa, NZ 2 untuk 15 minit. 


 Kitchennya bersih dan lengkap dengan segala peralatan.

Tempat refill gas memasak. Sebelum kita pulangkan balik motorhome, kita kena pastikan semua air kotor telah di kosongkan, air bersih telah direfill, minyak diisi penuh dan gas memasak diisi penuh. Kami isi di Dunedin, isi di stesen minyak. Tak sampai sekilo pun penggunaan gas memasak sepanjang kami bermotorhome. Kami dikenakan NZ 3 untuk gas tersebut.


Selain melawat Kilang Cadbury, aktiviti lain hanya round bandar Dunedin yang tak berapa besar sgt ni... 

 Melawat bakal Universiti Aman.... ;) Insha allah...
  

Pastu gi mencari Baldwin Street...









 Esok, sebelum bergerak ke Airport, berhenti kejap depan Railway Stationnya...
 Depan Railway Station Dunedin




Tak banyak aktiviti dan perkara menarik di sini...., kami hanya santai-santai. 
Lepas tu proses kemas mengemas barang2, sebab esok pagi kami akan serah kembali Motorhome kpd wakil Sykt Wendekreisen di Airport Dunedin...

Pengembaraan kami di Pulau Selatan berakhir di Dunedin, esok penerbangan kami ke Auckland dalam pukul 11.15. Pukul 9 pagi kami bertolak ke Airport. Airportnya ke arah jalan Invercargill semalam. 30 minit juga drp bandar Dunedin.

Kia Ora Auckland....

3 comments:

  1. Salam ...Nice blog....Gas memasak tu pakai tak sampai sekilo....biasanya kalau 7 hari guna cukup ya ...perlu refill masa pulang saja kot....?

    ReplyDelete