Friday 12 December 2014

Kia Ora NZ - Milford Sound & Invercargill

Day 6 - 2 Disember 2014 (Selasa)





Plan utama hari ni nak ke Milford Sound. Lepas dah habis aktiviti ber cruise, kami akan terus ke Invercargill.

(A) Te Anau - (B) Milford Sound = 119 km, dekat 2 jam perjalanan

(B) Milford Sound - (A) Te Anau - (C) Invercargill - 276 km, dekat 4 jam perjalanan.

Jumlah jarak perjalanan hampir 400 km.


Untuk ke Milford Sound, tiket cruise, aku tak beli lagi, sebab tengok harga kat Jucy sama sahaja walaupun dah dekat dengan tarikh, dan nak tunggu yang promosi kononnya, tapi sampai ke sudah tak ada pun harga diskaun yang aku jumpa.

Risau juga takut dah penat2 sampai pukul 9, tiket utk cruise pukul 9 dah habis, maka aku pun beli sahaja di Pejabat Holiday Park Te Anau. Harga yang diberi pun sama sahaja dengan harga yang Jucy tawarkan.

Dekat pejabat mana2 Holiday Park, kita boleh membeli pakej atau aktiviti yang ada disekitar kawasan tersebut. Mereka pun macam travel agent.

Sebelum pukul 7 lagi kami dah start bergerak untuk ke Milford Sound. Sebenarnya kalau bertolak lagi awal, lagi bagus sebab perjalanannya agak mencabar. Kami sampai pun cukup2 masa sahaja. Tercungap2 nak berjalan lepas tu nak menyampaikan ke jeti. Dalam 6.30 paling lewat patut dah bertolak drp Te Anau.

Sepanjang perjalanan ke MF, kita akan lalui kawasan hutan yang terpencil macam tak ada berpenghuni. Kedai dan stesen minyak memang tak ada. So siapkan awal2 minyak, isi penuh2 di Te Anau.


Bila hampir di penghujung perjalanan kita seolah macam mendaki bukit. Kadang2 jalannya tiba2 jadi selorong. Memang agak scary juga. Kena berhati-hati lebih sedikit.


 Lepas tu kita akan melalui terowong, Homer Tunnel yang katanya berjarak 1.2 km. Ada traffic light di pintu masuknya. Terowong tu pun hanya selorong sahaja. So bila lampu hijau sahaja kita akan masuk, kalau tak bertembung pulak dengan kereta drp depan.






Keluar drp tunnel lagi menakutkan..., curam dan selekohnya sungguh tajam. Dah la bawak motorhome, sampai aku pun rasa nak brek sekali... Bila kita pandang ke atas, mak oiiii tingginya bukit yang kita turun..., bila dah sampai bawah, terfikir plak camna nak balik nanti...

Kami sampai dekat betul2 pukul 9. Tolonglah jangan sampai macam kami ni. Datanglah awal lagi. Sebab tempat parking kereta dan motorhome dengan jeti, adalah jauh. Dekat 10 minit berjalan laju sambil gabra...

Dah la kita baru sampai, tak perasan mana jeti. Kami pergi ke bangunan depan parking, ingatkan situ tempat nak ambik tiket, rupanya bukan. Lagi bertambah buang masa. Katanya ke arah depan lagi, jalan kat tepi kawasan berair tu... Ramai juga yang macam kami tercangak2 tak tahu nak menghala mana, sebab jeti tu tak begitu jelas kalau drp tempat parking, dilindungi oleh pokok2.

Adoiii berlari lah yang lain2..., kami pun follow sama..., termengah2 kejor. Nasib baik sempat, itu pun suami dah berlari dulu untuk tukarkan baucer kpd tiket. Tak lama lepas sampai, kami semua dibenarkan naik ke feri. Memang feri ikut masa betul2. Moral of the story, bertolak awal lagi..., kalau dah terlepas, menangis tak berlagu terpaksa dok melangut membuang masa.


Ini laluan untuk ke jeti...

Bangunan pintu masuk ke jeti, tempat jual dan ambik tiket...

Kalau datang dengan bas pelancong, bas boleh parking di depan bangunan jeti ni. Tak perlu jalan jauh2.





Ini lah tiket / boarding pass nya...




 Dalam bangunan jetinya...




di tepi jeti...




Sambil kita naik ke feri, pihak Jucy akan kutip balik pass tadi. Kita boleh lah mencari tempat yang selesa utk menikmati view Milford Sound. Pergi dek paling atas.












Sejuk jugak bila pagi2 dan ditiup angin. Sambil-sambil menikmati view, kita boleh menikmati kopi / teh yang disediakan secara percuma.

Bila kenangkan susah payah nya nak datang ke Milford Sound ni, aku macam rasa tak lah berbaloi sangat. Untuk datang kali kedua, tidaklah. Cukuplah sekali...







Di sepanjang jalan ke MF ni ada banyak di sediakan tempat camping. Kami berhenti di salah satunya. Menikmati view sungai yang kehijauan dan sejukkkk airnya...







Bayar melalui tabung... ikut kejujuran..

Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Invercargill. Sebenarnya aku bagi pilihan kat en hubby, nak tido kat Gore atau Invercargill. Atau nak balik ke Queenstown semula. Untuk malam ni, aku tak book mana2 holiday park, sebab tak tahu nak pergi mana lagi yang menarik. Gore pun tak ada apa. Invercargill pun sama, cuma Invercargill di katakan antara bandar yang paling ke selatan di dunia, one of the southermost cities in the world.

So, en suami dan Aman pun vote for Invercargill. Bergeraklah kami ke sana dengan jarak perjalanan 276 km dan hampir 4 jam baru sampai.... Bosannya dok dalam kenderaan lama2.









 Kami pilih site yang sebelah sahaja dengan bangunan public area... senang nak gi toilet...

Bangunan kitchen, toilet dan laundry di Invercargill Top 10 Holiday Park

Bandar Invercargill ni macam bandar pelabuhan kot, banyak perusahaan yang melibatkan kenderaan. Kedai jual kereta dan jentera terlalu banyak di sini. Yang lain-lain, tak ada apa yang menarik sangat di sini.

Esok, kami akan bergerak ke Dunedin...

1 comment:

  1. Seronoknya...melihat keindahan alam ciptaan Allah. Yg bebenornya,,,saya jugek kompius mana satu arah yg nak dilipih..Te Anau -Invercargill atau patah balik ke Queenstown...masa singkat tp rasa mcm nak jejak semo tempat!

    ReplyDelete