Sunday 31 July 2016

NORWAY - Narvik and Oslo

Perjalanan diteruskan dengan keretapi Arctic Circle Train yang akan lalu Abisko dan terus ke Norway. Stesen terakhirnya ialah di Narvik.

 Ini di Kiruna, signboard untuk ke Abisko dengan jalan darat...

Gambar seterusnya ialah pemandangan salji yang semakin mencair di sepanjang perjalanan 3 jam ke Narvik... 





 Tasik yang masih membeku...



Disepanjang perjalanan, kelihatan rumah2 kediaman tetapi suasana sunyi sahaja. Rumah pun bertutup mcm tak ada orang. Orang yang berjalan pun nampak macam tak ada...

Keretapi melepasi sempadan Norway pun tak tahu di mana. Sbb tak perlu berhenti untuk cop passport atau apa pun...

 Hutan di sekitar Kiruna ke Narvik... pokoknya kecil2 je. Byk proses penerbangan hutan untuk dibuat kayu api kelihatan. 




Ini lah rupa Stesen keretapi Narvik. Sampai2, tengok tak ada orang pun... Betul2 mcm bangunan tak ada penghuni. Yang sama kami turun keretapi pun tak sampai dalam 10 orang.
Nak ambil teksi pun tak ada. Penjaga stesen pun tak nampak. Pelancong yang lain pun blur, tak tahu nak ke mana. So, kami pun bergerak ke jalan besar dan main agak2 sahaja mengikut peta dan ingatan yang aku study sebelum ni. Dan alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel...






Jalan-jalan di pekan Narvik...


 Bandar Narvik pun sunyi sepi mcm Kiruna. Tapi hotel, fuhhh mahal gila... hotel untuk semalam di Narvik, kami dapat dekat RM 800. Memang tak ada apa aktiviti yang ditawarkan pada musim panas, melainkan hiking... dan Aktiviti melihat Midnight Sun.

Last sebelum aku tidur pukul 11.30 mlm, matahari memang belum ada tanada untuk turun. Pukul 4 pagi bangun untuk subuh pun, matahari dah bersinar. So, susah nak tentukan waktu Subuh. Nasib baik belum bulan Ramadan lagi, kalau tak kami puasa dekat 24 jam...

Aktiviti di Narvik, tak ada apa. Just jalan-jalan sekitar pekannya yang suram sahaja. Cuaca pagi esoknya pun sangat sejuk, suhu 1 C di tambah dengan hujan dan berangin. Bertambah la sendunya Narvik di mata kami.

Tapi, ye lah... kalau tak sampai, mana nak tahu sendu atau tidak kan, kata suami ku... hihihi ayat penyedap rasa... So, nampak gaya kena mai lagi Narvik tapi musim sejuk pulak, untuk lihat Aurora...


 Airport Coach..., ambil di depan hotel Scandic Narvik..., depan sikit drp hotel kami tinggal iaitu Narvik Hotel. Tambang seorang sehala ialah RM 95. 

Airport untuk ke Oslo, ialah di Harstad. Ikutkan dekat je, tapi sebab kena pusing teluk berliku2, tak ada jambatan pintas, maka perjalanan ke airport ambil masa 2 jam lebih juga...


Kami hanya 1 malam di Narvik, dan esok malam terbang ke Oslo...

 Airport Harstad/Narvik

3 Penerbangan kali ini di Sweden dan Norway, semua aku ambil Norwegian, sebab harganya jauh murah banding dengan airlines yang lain. 
Proses untuk check in dan bag drop semua kena buat sendiri. Ini baru betul self check-in...

Print Boarding pass, print tag beg, letak tag, hantar ke kaunter, scan bar code bag, di kaunter semua kena buat sendiri, tak ada petugas pun... pandai2 la kita jadi petugas...





OSLO


Kami sampai Oslo, campur dengan flight delay bagai, sudahnya dekat tgh malam baru sampai hotel...

Pengangkutan utama di sekitar Oslo ialah Tram. Print la laluannya. Untuk tiket, kami beli 24 hours tiket dengan harga RM 46 seorang. Beli di 7 eleven atau Narvessen(24 hours mart mcm 7E) shj




 Stesen Tram..., no yang dibelakang tu ialah no tram yang akan lalu disini, dan juga masa utk next tram... Memang tepat...


Hotel kami ialah Anker Hotel..., depan sahaja dengan Tram Stop. Senang jugak duduk di sini. Harga 1 malam dalam RM 500 juga.

Tempat pertama yang kami pergi ialah ke Vigeland Park. Naik turun Tram je...

Ntah apa la konsep Taman ni... Semua patung tak de baju... Nak ambik gamba pun, kita malu sendiri...


Ramai pelancong..., kira tempat wajib kalo sampai ke Oslo...










 Gambo ni nak tunjukkan lif di hotel ni..., ada kelopak pintu...


Kami round kejap je tengok patung2 tu..., tak menarik perhatian sangat.

Yang menarik perhatian ialah taman di sekitar Vigeland tu..., Nyaman dan selesanya nak berbaring..., ramai warga Norway yang berriadah di taman2...

Cuaca nampak macam panas, tapi suhu nya menyamankan... sejuk sepoi2 bahasa...


 Sambil lepak kat bangku taman, ralit kami tengok orang main bola sepak pakai bola cam tu...
Asyik tergolek je jatuh..., nak bangun sikit punya siksa...

Kat Sweden dan Norway, rakyat mereka suka berjalan bawak anjing...

 Kat sebelah Vigeland Park, ada Vigeland Museum..., tapi kami tak masuk..


1 comment:

  1. Tak pernah lagi pergi negara yg jual ticket train kat 7E ;p Selalunya beli kat kaunter train tu sendiri

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete