Sunday 31 July 2016

SWEDEN - Stockholm and Kiruna


 Malas sungguh sekarang nak menulis di blog... So, aku letak gambar je la dgn caption sikit2.

Perjalanan yang x sampai sebulan planning... Semua baru nak beli dan book. 
Akhirnya, selamat juga perjalanan kami 11 hari mengembara ke Bumi Sweden, Norway dan UK.

Perjalanan daripada KL, pada 31 Mei 2016. Mggu kedua, dah start Puasa. So, sempatlah kami berpuasa di bumi Eropah, dan merasai panjangnya berpuasa di musim panas hampir 19 jam...

Di KLIA, flight KLM, KL- AMS- Stockholm


 Sampai di Amsterdam, transit 50 minit..., terkejar-kejar...., kena lalu imigresen juga..... fuhhh seb baik sempat...

 Makanan untuk flight AMS ke stockholm. Mknn sebenarnya ialah chicken Sandwich... so, kami x ambil la. Yg bestnya, pramugari tu faham kot kenapa kami tak nak makan. Lepas tu, dia datang hantar kacang dan biskut... TQ...


 Arlanda Airport, Stockholm....


 Sampai di Stockholm airport..., sempoi je, x lalu imigresen. Tak ade org kesah pun passport... penat je prepare kot lalu imi...


 Airport coach - Arlanda ke Central. Bayar tiket kat driver je, tapi mesti guna CC..
Hotel kami di Gamla Stan.



Royal Palace Stockholm...







Stortoget...


Nobel Museum..


Askar Istana Berkawad... Asyik berkawad je keje nya...

Sekitar Gamla Stan. Bandarnya diliputi oleh jalan yang berbatu bata... Susah nak tarik beg...



Tulip di tengah bandar....



Kami tinggal di Old Town Lodge di Gamla Stan...
500 m juga daripada stesen T-bana Gamla Stan.

Ok juga tinggal di kawasan ni, sebab senang nak jalan-jalan. Tak ada apa yang menarik sangat di Stockholm. Jalan-jalan 1 hari pun dah cukup...

Bilik bertiga..., hotel di stockholm ni, mahal2 belaka. hotel macam ni pun RM 550 semalam. Bilik air diluar. Ada kitchen, so senang nak masak nasi. Cadar, sarung bantal dan tuala di caj berlainan (RM 30 seorang). So kalau x nak bayar, jangan guna dan letak di tepi....
Hotel ni bersih, keseluruhannya memuaskan.

Pintu masuk ke hotel dan pintu bilik semua guna password sahaja...


 Kami stay 1 malam sahaja..., esok pagi, kami dah check out untuk ke Kiruna, Sweden... Naik flight Norwegian Airlines... Bye bye Stockholm...


 Ambil Metro di Stesen T-Bana Gamla ke Central..



 Sampai Central, ambil airport Coach ke Arlanda Airport. Kami beli tiket return. Semalam driver tu baik hati, dia kata bg tau dia yang umur Aman 15 tahun..., padahalnya dah 16... so Aman tak payah bayar tambang... Tambang return RM 150 seorang.




Kedudukan Kiruna dan Narvik daripada Arctic Circle...


Dah sampai Kiruna..., sejam lebih je penerbangan...
Kiruna terletak di utara garisan Artik. Musim panas skrg, tapi cuaca nyaman sahaja... Best...

Airport yang sempoi je..., bangunan pun kecik sahaja...


 Pekan Kiruna... sepi je macam dilanggar Geroda...
Mungkin masa Winter, ramai pelancong yang nak tengok Aurora... Musim panas macam ni, tak ramai pelancong... tapi hotel mahal juga...

Daripada airport, ada airport coach ke Pekan Kiruna. Kita turun di stesen bas Kiruna. Daripada situ, ada shuttle bas ke stesen keretapi. Free sahaja. Tak jauh sangat daripada stesen bas, tapi penat gak kalau kena jalan sebab nak tarik beg...



 Kami ambik Artic Circle Train untuk ke Narvik, Norway...





 Stesen keretapi Kiruna... 


Ada kantin dalam keretapinya...

No comments:

Post a Comment