Sunday 31 December 2017

PERTH - DAY 1 & 2 - Blue House Boat & Ujian ???

Setahun tak update rupanya blog ni...

Sepanjang 2017, last kami jalan-jalan oversea ialah Korea hujung 2016. Sayang juga kalau tak update kisah jalan-jalan di blog... Ok, kita cuba jadi lebih rajin... kurang-kurang boleh beri panduan kepada orang lain dan untuk diri sendiri mengenang kembali memori yang lepas....

Kami plan untuk melawat Australia, iaitu Perth dan Melbourne. Tiket penerbangan multicity AA, KUL-PERTH-MEL-KUL. Daripada Perth, kami naik Virgin Australia ke Melbourne.

2 Dis 2017 petang, kami bertolak ke KLIA2, gunakan ERL. Letak kereta di tempat letak kereta ERL Salak Tinggi. Caj dah naik sekarang, RM 5 sehari...




 Muka-muka ceria di KLIA 2... penerbangan kami pada 3 Dis, pukul 0005... kena hati-hati baca tarikh dan masa, boleh kena tinggal nanti...


Alhamdulillah, 5 jam safely landed di Perth International Airport. Imigresen tidak begitu lama, barang-barang makanan semua dicheck, tetapi semua lepas. Seperti biasalah, kami akan bawa barang-barang makanan untuk mudah, antaranya beras, ikan bilis, gula, garam, nescaffe, tuna dalam tin, rice cooker kecik...


 Perkara pertama yang dibuat selepas sampai ialah ke toilet bersihkan diri dan solat qada subuh, sebab tak sedar tengok2 dah cerah rupanya.. 

Prayer room ada disebelah kiri hujung selepas kita keluar daripada balai ketibaan... ada tempat ambil wudhuk sekali, tetapi suraunya campur lelaki dan perempuan. Alhamdulillah dah cukup bagus la ada surau...

Lepas tu, pi survey telco... ada 2 yang utama Optus dan Vodafone. Kedai pun sebelah-sebelah. Kami ambil Optus sebab tawarannya lagi murah. Untuk 1 line, 15 gb data dan unlimited call dalam Australia, ada tawaran AUD 20. So, kami ambil 2 line... senang nak contact kalau hilang ...;)

Data yang diberi memang banyak, aku siap upload gambar dan video pun macam tak gerak-gerak je data... kenapa kalo kat sini, data cepat je habis ??







 Sepanjang di Perth, kami sewa kereta menggunakan syarikat Bayswater. Syarikat ni tak ada pejabat di airport. Maklum le murah sket banding syarikat-syarikat lain yang ada di airport.

Pejabatnya buka pukul 8 pagi. Sebelum tu, tak payah la telepon, penat je dok call, tak angkat2 pun. Lepas pukul 8, baru mereka layan dan arrange untuk pick-up kami di airport ke pejabat mereka. Selesai urusan sewa kereta dah dekat pukul 9 pagi. Untuk 4 hari, sewa + insurans top cover + gps ialah AUD 242.



Kami sampai pagi Ahad la kiranya di Perth. Rupa-rupanya kedai banyak yang belum buka sehingga 11 pagi. Ingat nak beli bahan mentah untuk masak makanan nanti, tapi belum buka lagi... Apartmen yang kami sewa pun belum boleh check-in, so kami pun jalan-jalan menuju destinasi pertama iaitu Blue House Boat.





 Tengah Q..., depan kami ada 3 group lagi... yang depan sekali tuh, posing bersungguh2... buat derk je walaupun ramai yang menunggu untuk bergambar...





Nak try gak buat mcm org sebelum kami buat...  ;)

Disebalik keseronokan yang dirasai, ada kala kita diuji... hihihi macam ada drama plak...

Selepas sesi berposing2 ni, ada perkara yang berlaku..., sebelum ni semasa pembacaan tentang Perth, tak terbaca pulak pasal benda ni. Rupanya di bandar Perth, aktiviti ini sangat kerap berlaku dikalangan pelancong.

Untuk ke House Boat, kita agak sukar mencari tempat untuk parking kereta. Kami park our car, di kawasan Sailing Club dalam 500 m ke hadapan dan belah kiri daripada House Boat tu. Memang situ sahaja lah kawasan yang agak dekat dan ada parking space. Lepas park kereta, kita jalan menyusur Swan River ke arah House Boat. Masa tu, beg2 luggage kami memang penuh dalam kereta sebab kami belum check-in lagi.

Alkisahnya, memang kereta pelancong yang mempunyai barang menjadi sasaran perompak. Kereta kami dipecah dan semua beg kami di curi. Ikutkan berbaloi sangat ke dapat beg yang berisi baju dan makanan tu. Tak tau la kenapa terdesak sungguh rakyat di situ membuat pekerjaan ini. Adakah desakan ekonomi yang merundum ? 

Bila berlaku kes macaam ni, aku pun terus google untuk tindakan seterusnya. Daripada google, baru lah tahu kes tersebut sangat kerap berlaku di kawasan tourist spot macam House Boat, Kings Park, Lance Dunes, dll. So hati-hati ye untuk org yang bakal ke Perth. Kalau nak pergi mana2 dan dalam kereta ada barang, baik sorang tinggal dalam kereta. Nampak gayanya, mereka tak berani untuk curi kalau ada orang tunggu dalam kereta. 

Masa kami di Kings Park pada hari terakhir, kami perasan beberapa kereta dalam keadaan mencurigakan. Mereka lepak dalam kereta sambil mata melilau melihat ke arah kami. Mungkin menanti masa untuk kami meninggalkan kereta. Masa tu, kami datang untuk mencari tempat untuk makan... tapi makan dalam kereta sahaja. Beberapa buah kereta yang pelik (kenapa kami kata pelik kerana mereka ada satu atau dua orang lelaki dalam kereta dan melepak menunggu sesuatu sambil mata tertinjau-tinjau), park berhampiran kawasan kereta kami, sampaikan suami nak pergi toilet pun jadi tak berani. Bila lama tengok kami tak keluar2 daripada kereta, baru ada satu dua kereta yang beredar...., dan kemudian datang balik. Tak ke mencurigakan ?

Tapi saya rasa mereka aim kereta yang tiada orang sahaja. Bila kita jalan2 di bandar atau tempat2 shopping, Perth tak lah menakutkan macam negara lain yang terkenal dengan pick pocket dsbnya...

Selepas kereta kami kena pecah, kami call Crime Stoppers WA : 1800333000. Dalam 30 minit polis peronda datang dan menerima laporan. Mereka akan beri nombor laporan dan kita boleh check laporan rasmi yang dikeluarkan secara Online di web Police WA.


Memang tak sangka perkara ini akan berlaku di negara yang selama ini kami rasakan selamat.

Tapi apabila dugaan datang, kita perlu bertenang dan merangka langkah seterusnya. Setiap ujian yang berlaku boleh ditangani dengan baik jika kita bersabar dan tabah menghadapi. 

Lepas report police, kami memandu semula ke Syarikat Bayswater untuk membuat laporan dan tuntutan mendapatkan kereta yang lain.

Sampai di sana, pihak syarikat baru nak pesan kat kami yang masalah tersebut memang tersangat kerap berlaku hinggakan mereka ada menampal notis di luar pejabat mereka tentang perkara itu. Tapi kami tak perasan pun paparan notis itu. Sepatutnya mereka pesan lah kat kami masa nak serah kunci untuk baca notis tersebut. Polis yang membuat pemeriksaan tadi pun kata benda yang sama. Masalah yang selalu berlaku... tetapi kenapa masih berlaku ? langsung tak ada tindakan ke ? Pelik juga ...

Disebabkan kami beli top cover insurans, maka kami terus digantikan dengan kereta lain. Langsung tak ada soal jawab, terus sign untuk kereta baru. Proses yang mudah... 15 minit berikutnya, kami telah berkereta yang lain...

Langkah seterusnya ialah, mencari kedai untuk makan, mencari barang-barang untuk di masak dan serba sedikit baju sebab kami dah tinggal sehelai sepinggang pada hari pertama lagi... Pengalaman sungguh la.... 

Kami ke kawasan Dianella, untuk makan di Chicken Charcoal dan di situ juga ada Coles dan Reject Shop. Lepas membeli serba sedikit barang, kami bergegas ke Apartment untuk Check-in dan solat.






 Kami sewa melalui AirBnB, 4 hari 3 malam. RM890. So, agak berbaloi, lokasi pun senang dan selamat. Parking kereta di kawasan berpagar apartment. Apaprtment kami pun di ground floor sahaja.
Lokasi apartment Terrace Road berhadapan dengan Swan River....


Lepas solat dan rehat sekejap, kami keluar semula ke Watertown Outlet mencari pakaian lagi. Lupa nak ambil gambar Watertown Outlet... lebih kurang macam Mitsui Premium Outlet KLIA..., bangunan 2 tingkat yang tidak berapa luas... Hikmahnya, kami semua terpaksa membeli pakaian baru... :)



Ini menu makan malam kami..., nasi goreng home made...

Berakhhir lah kisah hari kedua perjalanan kami....


No comments:

Post a Comment