Monday 1 January 2018

PERTH DAY 3 - Pinnacle & Lancelin Dunes

Hari ke dua - 4 Disember 2017

Mulakan hari kedua dengan senyuman dan bersemangat. Ujian yang dihadapi semalam dijadikan pengajaran.

Kami plan hari ni nak ke Pinnacle. Pagi-pagi lagi masak apa yang patut... menu yg biasa nasi goreng la... sebab mudah dan tak guna bahan banyak. Ikutkan nak masak macam-macam... siap bawak santan kotak dan serbuk kari drp malaysia lagi, kot nak masak kari dan masak lemak... tapi perancangan kita tak selalu betul...

Pagi ni cuaca mendung dan hujan sahaja sepanjang kami ke Pinnacle... Perjalanannya jauh, hampir 200km sehala mengambil masa 2 jam 30 minit. Perjalanan nya ke arah utara Australia menyusur Indian Ocean. Dalam perjalanan kita akan jumpa Lancelin. Tapi sebab hujan, kami terus ke pinnacle dengan harapan cuaca akan kembali cerah.

Dalam pukul 10 pagi, kami sampai ke Pinnacle..., bayaran untuk satu kereta ialah AUD 13. Rasanya macam naik lagi bayarannya..., sebelum ni baca di blog org lain, katanya dalam AUD 11 ke 12...

Tapi memang berbaloi ke sini..., sungguh unik keadaan muka bumi di gurun ni...

 Gigih berhenti di tepi jalan untuk posing..., sebab ada hanya di Australia :)












Memang unik kawasan ini yang dipenuhi batuan batu kapur yang mengalami hakisan oleh angin...

Kawasan ini pun dikatakan kawasan panas tarikan pencuri. Tetapi kita tak meninggalkan kereta jauh. Apabila kita masuk kawasan Pinnacle ini, laluan nya adalah sehala dan kita boleh berhenti untuk mengambil gambar, dan park kereta kita di tepi sahaja. Kita akan berada di sekitar kereta kita... untuk kawasan lain, kita akan bergerak dengan kereta menyusur kawasan lain pula. Agak selamat di sini dan pada ketika kami sampai, tak ramai pelancong lain yang ada... hanya kami dan beberpa kereta sahaja yang ada.

Kawasannya tak terlalu besar, kurang daripada sejam kita dah selesai melawat kawasan ini... Perjalanan nak menyampaikannya lagi lama...





Disepanjang perjalanan ke Pinnacle, kami menyusur tepi laut Indian Ocean. Tapi lautnya tak berapa nampak daripada jalanraya.

 Nambung National Park , Western Australia...

 Disepanjang jalan ada disediakan tempat untuk kita berhenti makan dan rehat..., ini salah satunya..., dan boleh melihat lautan India... Pasirnya halus dan sejuk airnya. Agak trauma juga meninggalkan kereta selepas kejadian tersebut. So, kena bergilir dengan En Suami..., ada sorang yang akan tinggal berhampiran kereta.

 Satu lagi fenomena alam yang unik, iaitu Mobile Dune... kelihatan bukit pasir yang berwarna putih, agak tinggi juga yang dikatakan terjadi dengan bantuan aktiiviti angin yang bertiup di kawasan tersebut.



Satu lagi tarikan disini ialah melungsur pasir.

Sebelum sampai ke kawasan melunsur, di sekitar pelan Lancelin ini ada tempat menyewa Sand Board. Sewanya AUD 20 untuk 3 jam... Lama tuh..., sebab aktiviti ni memenatkan... bila dah luncur ka bawah, kena mendaki semula... tu yang buat penat... meluncurnya sekejap... mendakinya yang lama...

Kawasan ini memang kena hati-hati, terutama bagi orang yang belum check-in hotel dan barang-barang masih di dalam kereta. Untuk yang tak ada barang hanya ada makanan dan air, tidak menarik perhatian pencuri. Mereka berminat jika ada beg luggage atau beg komputer... Kawasan letak kereta jauh di bawah dan ada setengah orang parking kereta di kawasan tersembunyi.

 Contoh macam dalam gambar ini...., tempat parking kereta yang terdekat ialah yang ada 4 kereta putih di bawah..., dan ada orang park di kawasan yang jauh macam MotorHome di belakang tu dan ade yang dibelakang sana lagi pun ada yang parking. So nasihat saya, parking di kawasan hadapan betul-betul dengan tempat kita main Sand Boarding ini....

Tapi kalau kereta kita tak ada barang berharga, tak perlu risau..., kalau mereka pecahkan juga, kita boleh tuntut ganti dengan Syarikat kereta kalau ambil Top Cover Insurans.




 Kita diberi macam lilin bagi meliicinkan Tapak Board, jika tak lancar meluncur.

 Best sejuk nyaman je dok santai di sini walaupun matahari terik... Tapi tak sedar sun burn :)

Pagi tadi hujan, so pasir agak lembab... menyebabkan luncuran tak begitu lancar. Kalau cuaca panas, mesti banyak pasir halus berterbangan. Baik juga hujan pagi tadi...., tapi Aman kata tak best sebab tak boleh meluncur, asyik tersekat-sekat....






No comments:

Post a Comment