Monday 1 January 2018

PERTH DAY 4 : Corica & Fremantle

Hari ke 4 perjalanan kami, 5 Disember 2017 (Rabu)

Hari ni plan nak ke Fremantle dan jalan-jalan sekitar Perth sahaja.

Disebabkan Corica Pastry dah buka pagi-pagi lagi, 8.00 pagi dah buka, kami menuju ke situ dahulu. Katanya Apple Strudelnya sedap...

Try beli 1 dulu. Dalam kereta lagi tak sabar nak rasa..., wowww memang sedapppp... memang kena makan terus lepas beli sebab kalo tunggu lama, nanti pastry nya dah tak rangup lagi. Sedapnya, terasa rasa lagi kesedapannya. Harganya pun sedap, AUD 24 satu... jangan covert to RM..., nanti tak tertelan. Besarnya macam roti john yang saiz panjang tu..., nangis sambil kunyah... ;)



 Beratur Apple Strudel Corica kat dalam peti ais belakang tu. Kami ingat kat display depan tu tempat letak apple strudel, rupanya di peti ais belakang. Dan kebanyakan yang datang semua borong Apple Strudel, lebih daripada sekotak. Bukan orang Malaysia sahaja, bangsa lain pun nampak gigih membeli...



Lepas tu, kami bergerak ke Fremantle... Fremantle ni ke arah selatan dan menghala ke tepi lautan India....

Mencari parking agak leceh kawasan ni... kami tak berani nak parking sesuka hati..., nanti kena saman..., naya je... Kawasan Fish N Chip ni memang penuh dengan pelancong. Orang Malaysia pun ramai di sini untuk makan di Kailis dan Cicerello...

Kami makan di Kailis... Bukan lah favorite pun fish n chip ni, sebab aku tak makan ikan... saje je le sama-sama nak try tempat yang malaysian selalu pergi... Kami ada bawak sos cili seebenarnya tapi dah kena curi... terpaksa cari sos cili di perth..., tak ada yang kena citarasa dan susah nak jumpa sos cili.... Jadilah, daripada tak ada langsung... kalau kena dengan cili sos kita, memang sedap la makan...


Nanti dah siap, buzzer tu akan berbunyi...



 Cili sos yang tak sedap... masammmm dan masinn... 

 Chip nya besar2 dan berlambak...









Sekitar bandar Fremantle... Kami tak singgah sangat pun..., tengok tak ade yang menarik sangat...








Petang, kami jalan-jalan di sekitar Apartment dan lepak di tepi sungai Swan...

 Taman di hadapan Apartment kami... Langley Park...

Orang sini sangat teruja dengan cuaca di musim panas... lagi akan duduk atau baring tempat panas... kami mencari tempat redup untuk bersantai...

Walaupun panas, tapi anginnya sejuk dan nyaman..., so tak terasa keperitan panas apabila bersantai di luar...

 Apartment 3 tingkat sebelah Pan Pasific Hotel tu lah apartment yang kami sewa...



Sambil jalan-jalan di sekitar kawasan, terjumpa pulak pejabat Konsulat Malaysia...


Petang dan malam di Perth, seakan mati. Kebanyakan dan hampir semua kedai akan tutup pukul 5 petang. Termasuklah pasaraya Coles dan Woolworth yang agak besar juga. Factory Outletnya pun sama. So kita kena rancang masa supaya shopping sebelum pukul 5. Untuk Coles dan mart Express yang di Stesen Minyak, yg ni buka macam 7-11 kot... tak tahu la kalo malam sangat pun masih buka...

So, berakhir lah hari ke 4 kami... esok kami akan ke Melbourne. Penerbangan kami pada waktu malam... so ada 1 hari lagi untuk jalan-jalan di Perth. Di manakah destinasi kami esok...?

No comments:

Post a Comment