Monday 1 January 2018

PERTH DAY 5 - Fruits Picking, Kings Park & fly to Melbourne


Hari ke 5 di Perth... 6 Disember 2017

Pagi ni kami kena check -out dalam pukul 10 pagi. Flight kami malam nanti. Beg-beg semua kena bawa dalam kereta. Oh ye, kami kena beli beg luggage yang baru... beli 1 je dulu di Perth..., yang besar cukup untuk 25 kg. Bila ada beg dalam kereta, kena hati-hati sebab menjadi sasaran pencuri. 

Next destination kami pada pagi ini ialah memetik buah di ladang. Musim buah belum ada sangat pada waktu ini. Yang banyak ialah Citrus dan Grape. Kami ke Chittering Valley... kawasan ni banyak ladang anggur untuk buat wine.

Kami ke Ladang Golden Grove, di Chittering Valley, 60 km ke arah timur laut daripada Perth. 


Tak ada orang lain pun yang melawat..., kami sahaja pelancong yang datang. Mungkin kalau ikut tour, mereka tak sampai tempat2 macam ni...



 tempat mereka proses buah yang baru dipetik...

 Jem dan madu untuk dijual...




 Sampai sahaja, sibuk ownernya suruh kami makan dan rasa oren2 yang ada..., memang sedap dan manis2...

 Penerangan tentang memetik buah... 

Bayaran seorang ialah AUD10. Buah yang kita petik akan ditimbang dan dikira sekilo dengan harga beberapa AUD (saya dah lupa harganya) atau kalau nak tukar dengan barangan lain pun boleh, contoh nak beli jem atau jus...
 Buah yang kita petik, wajib kita ambil...









 tips buah oren yang elok, yg bahagian bawahnya terbuka atau ada lubang mcm tu...

 hasil yang kami petik... takut nak petik banyak sebab tak expert buah mana yang elok dan tak elok... kami nak ambil buah yang mereka dah petik..., yang tu confirm elok...



Jom le kita balik... x reti nak petik... takut dapat buah yang tak elok...



Sape yang nak berhijrah ke Perth, banyak property yang nak dijual..., ladang pun banyak yang diiklan tepi jalan. Kedai-kedai di Perth pun banyak yang kosong dan hendak di jual. Adakah ini petanda ekonomi bandar Perth tak begitu memberangsangkan hingga masalah jenayah menjadi tinggi....


 Macammana kalau pelancong baca peringatan seperti ini ? Memang rasa gerun kan...
Sign board macam ni memang banyak di Kings Park...

 Kami teruskan perjalanan daripada Ladang tadi ke Kings Park... sebenarnya tak ada hati nak merayau-rayau di Kings Park ni... sebab banyak kereta yang mencurigakan..., tambahan kami ada beg dan barang lain dalam kereta...

Kami berhenti makan dalam kereta je sambil memerhati sekeling. Seperti yang saya cerita sebelum ini, masa ni memang banyak kereta yang tunggu dan perhati je. Selalunya orang park kereta tak ada orang lagi dalam kereta kan... yang ini banyak kereta yang ada sorang lelaki tunggu standby je..., tak tau mereka nak buat apa dan nak pergi mana...

Lepas makan, kami round-round sahaja dalam Kings Park. Besar taman ini.... dan dihujung bersambung dengan University of Western Australia.

Ikutkan kawasan ni macam selamat je... ramai orang-orang sini yang jogging sorang2 dan di tempat sunyi. Sebab tu saya rasa, penjenayah tu tak ganggu orang secara berhadapan... mereka melakukan kerja bila kita tinggalkan kereta sahaja...








Lepas tu, kami mencari Perth Mosque... pusing-pusing kawasannya berdekatan dengan Corica tu juga...




Lepas tu, beli Corica untuk orang di Malaysia... Tapi tak sesuai la kami beli..., sebab kami balik malaysia lambat lagi... lepas ni nak jalan-jalan di Melbourne pulak... Sampai Malaysia, ntah apa rupa Strudel tu....


Belakang Corica ialah Malaysia Hall Perth...

Awal lagi masa, kami buangkan masa di Hyde Park Perth... Ada jugak Hyde Park kat sini... Ingatkan kat London je ada...


 Nyaman je duduk di sini..., sejuk je anginnya sepoi-sepoi bahasa... kami seperti biasa lah, lepak di tempat redup... orang sini lepak di tengah panas... lagi ada cahaya matahari, lagi mereka baring-baring di situ...

Dalam pukul 4, kami beredar ke Bayswater untuk pulangkan kereta dan dihantar ke airport. Sebelum hantar kereta, kena penuhkan tangki minyak dulu... Urusan penghantaran pun mudah sebab kami ambil top cover, so mereka tak check kereta sangat. 

Lepas tu, driver Sykt Bayswater hantar kami ke Airport... 

Disebabkan beg kami dah kena curi, dokumen tentang sewa kereta, flight dan hotel semua dah hilang. Nasib baik semua boleh di trace di Emel... so dengan booking number yang ada di emel, kami buat cetakan boarding pass melalui mesin di airport sahaja. Urusan tag bag dan drop bag pun kita kena buat sendiri.

Lepas dah selesai urusan boarding pass, kami sambung lepak sebab flight kami pukul 10 malam nanti...


Ada kerusi malas..., ngantuk mata menunggu...


Makan malam kami ialah NOOODLES..., ada selepas kita masuk kawasan domestic boarding. Disebabkan terbang domestik sahaja, so kawalan nya tak ketat dan kira lalu sahaja. 

Kami akan terbang selama 3 - 4 jam ke Melbourne. Masa di Melbourne ialah 3 jam ke depan, dan masa di Perth adalah sama dengan masa di Malaysia. 

Selamat Malam... jumpa di Melbourne...

No comments:

Post a Comment