Monday 24 December 2018

TOKYO-SAPPORO- Day 3 - Disneysea


 Hari ke-3, kami check-out daripada homestay pagi-pagi lagi dan menuju ke stesen Tokyo untuk menyimpan beg di loker sebelum bergerak ke Disneysea.




Di stesen Tokyo, ada banyak tempat yang menyediakan loker, tapi kebanyakan loker yang besar telah di sewa. Sewanya agak mahal..., yang besar sampai 600 ke 700 yen sebuah..., cukup isi sebuah beg yang berat 23 kg ..., so kami ambil 2 loker besar. Loker ke dua boleh isi beg saiz sederhana dan saiz cabin... Lepas dah bayar semua, akan dikeluarkan resit penyewaan. Resit itu, simpan elok2 sebab ada nombor kod untuk di key-in semasa ambil semula nanti.

Lepas dah settle simpan beg, kami bergerak ke Disneysea... rujuk lah kepada google map atau peta untuk pertukaran stesen dan line metro yang perlu diambil. Zaman internet sekarang dah agak mudah. Janji ada internet. Saya ambil roaming daripada DIGI, RM 8 sehari sahaja. Agak berbaloi...
































Kami tak book tiket pun lagi..., pagi sampai terus ke kaunter dan beli tiket... tak lama sangat pun beratur... harga Yen 7400 sorang.

Masa nak masuk, petugas memeriksa beg. Ada yang detail mengecheck beg, sampai kena keluarkan barang-barang dan seluk beg beria-ria... risau gak kami, sebab dalam beg kami ada 2 bekas nasi goreng dan roti telur...
Tapi alhamdulillah, bila sampai turn kami mereka tengok2 sahaja dan tidak seluk pun dalam beg... makanan tu kami balut dalam sejadah dan letak mufler di bahagian atas... 

Kami pergi hari weekday, tapi orang ramai juga dalam Disneysea tu. Untuk attraction yang best, waiting time agak lama sampai 70 - 90 minit. Jenuh nak tunggu Aman main. Keseluruhannya, Disneyland atau Universal Studio lagi menarik dengan attraction yang lebih seronok, kata Aman...

Semakin hari gelap, manusia di Disneysea macam lagi ramai. Kami bergerak keluar selepas hari sudah gelap juga...

Lepas selesai Disneysea, kami bergerak ke Stesen Tokyo, ambil semula beg dan mencari Bus Stop untuk ke Narita Airport.
Bus Stop nya berdekatan dengan hotel Shangrila Tokyo, keluar ke arah Yaesu Gate di stesen Tokyo. Rujuklah pada Google map untuk lagi mudah.

Kami naik bas ke Narita dengan tambang Yen 1000 seorang. Basnya selesa dan perjalanan mengambil masa dekat 1 jam kalau tidak jem. Bas berhenti di semua terminal..., 1, 2, dan 3. Kami berhenti di terminal 1 dan kemudian ke Bus Stop no 25 di bahagian Arrival untuk menunggu shuttle bus ke Hotel Narita Tobu.

Semua perjalanan sangat menepati masa. Mudah dan selesa... Malam tu, kami tidur di Hotel Narita Tobu. Esok kami akan fly ke Sapporo.

Shuttle bus airport ke hotel dan sebaliknya, adalah percuma yang disediakan oleh pihak hotel... 

No comments:

Post a Comment