Tuesday 25 December 2018

TOKYO-SAPPORO- Day 4 - Sapporo & Otaru


Pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30 kami dah turun ke lobby hotel untuk check out dan tunggu bas ke airport narita. Jadual bas sangat menepati masa... ada setiap 30 minit... Senang juga duduk di hotel ini, harga pun dalam RM 300 lebih je semalam.

Kami naik Jetstar daripada Terminal 3 Narita ke New Chitose airport Hokkaido. Harga tiket dalam RM 650 seorang return.


 Ini terminal 3, kelihatan lebih simple dan menempatkan kebanyakan low cost carrier. Ada banyak penerbangan yang kita tidak pernah dengar, macam Vanilla air, Peach air, dll...


Naik Jetstar ni dah mcm rasa naik AA.., apa yang kita nak, semua kena bayar... Tetapi yang tiba2 pelik yang kami tak perasan ialah kami diberi voucher 500 yen setiap orang. Heran gak, sebab masa booking macam tak ada pun dinyatakan apa-apa pasal 500 yen tu. Orang lain tak ada pun mcm kami. Yang aku perasan ada satu keluarga lagi tu, mungkin drp Malaysia, mereka pun dapat voucher mcm kami dapat. So, kami dan keluarga mereka sahaja yang dapat makanan free dalam flight. Penumpang lain kalau nak makan, nampak kena keluarkan duit dan beli...



 Ini sahaja lah makanan yang rasa boleh makan...
Masa penerbangan balik pun kami dapat voucher lagi.... Mungkin penghargaan daripada Jetstar Japan untuk booking yang drp Malaysia ? Hihihi memandai je... ntah le...


Ketibaan kami di bumi Sapporo di hidang dengan permukaan bumi yang memutih... Salji di mana-mana....

Hari yang kami sampai, cuaca agak cerah dengan adanya matahari bersinar..., menjelang tenghari, cuaca mula mendung dan salji turun... Boleh dikatakan hari-hari di Sapporo, akan ada salji yg turun. Sama ada malam, petang dan kadang-kadang pagi lagi dah turun dengan lebat...

Tuan rumah homestay ni baik..., kami sampai awal, dalam pukul 11 pagi lagi... tapi dia dah benarkan kami check-in. Dah sampai rumah, masak nasi dan lauk simple2...., sembahyang siap2 dan makan sebelum kami keluar untuk ke Otaru.

Perjalanan ke Otaru dengan JR train dalam 30 minit juga baru sampai drp Sapporo.



Terusan Otaru yang popular...



 kami ambil Canal Cruise..., tapi mcm x best sgt pun..., esp dah malam x bayk benda yang nampak..










Jakun tengok salji yang bersih, halus dan ringan je... Masa nak keluar tengahari tadi, salji dah mula turun. Masa kami sampai, cuaca agak panas dan terang...


Untuk jalan-jalan di Sapporo, aku tak lah bercadang untuk melawat di luar Sapporo...., cukup sekadar menikmati musim sejuk dan salji yang halus sahaja, sebenarnya. Lagi pun kami tak menyewa kenderaan.




Snow yang turun depan rumah....


No comments:

Post a Comment