Saturday 22 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Mendaki ke The Peak dan Madamme Tussaud - Day 6

Hari terakhir di HK....

Seperti biasa, pagi-pagi lagi dah keluar drp hotel dan ambil MTR TST ke MTR Central yang lalu di bawah laut. Tp tak rasa mcm bawah laut pun...

Sampai MTR Central, naik lg Ding2 Tram mcm semalam dan mendaki jalan ke The Peak. Tak bukak lagi, masih awal, so lepak2 dulu sambil tunggu.



Landmark - utk ke The Peak.

Kami ambil pakej Combo 3 in 1 - tiket tram, Maddame Tussaud, dan Sky Terrace. Harganya HKD 200 dan HKD 100 utk kanak2. So, kami naik menggunakan tram pertama yang berlepas. Tram tu lebih kurang mcm tram di Bukit Bendera.




Dalam tram ke The Peak
















Sampai di atas, kami masuk ke Madamme Tussaud. Dekat 1 jam gak la mengambil gambar dengan selebriti dan org popular yg dimodelkan dgn guna lilin.

View drp atas memang cantik..., esp di aras sky terrace...








Tak boleh gak lama2 di atas, sebab kena cepat, hari ni kami akan balik ke Malaysia. Kami turun semula dalam pukul 11 lebih. Disebabkan teringat2 kek telur kukus dekat masjid Ammar, kami pergi semula dgn menaiki Ding2 tram. Sempat makan dumpling dan bungkus bawak balik utk di makan nanti.

Sampai hotel pun dah dekat pukul 1, so kami bersiap2 dan check-out hotel. Pada mulanya nak naik Mtr dan airport rail ke Airport, tapi sebab mengenangkan barang yg byk, kami pun ambil teksi dan terus ke airport. Tambang teksi ke airport ialah HKD 200.

Di HK International Airport


Maka Berakhirlah pengembaraan 6 hari 5 malam yang sangat best, letih dan sgt2 puas. Kalau ikutkan, rasa macam nak pergi lagi HK, tapi...., baik tengok negara lain pulak...kan..? Tapi yg pastinya, HK tak seperti yg aku gambarkan sebelum ni dan juga dalam cerita2 polis dan tembak-menembaknya.... Kat sini, aman je, bersih dan byk tempat yg menarik perhatian, sampaikan semua benda dan tempat hendak rasa. Kaki je rasa penat dan sakit. Pesanan juga utk kawan2 yg nak jalan mcm kami yg gunakan perkhidmatan awam, sila lah bawak Panadol utk sakit otot....




No comments:

Post a Comment