Tuesday 24 January 2012

Berkereta ke Singapore

Cuti CNY 2012 ni, tak tahu nak ke mana..., nak dok rumah je, mcm bosan plak...

Dgn tak plan apa2, main terjah je...

DAY 1

Pagi ahad 22 Jan 2012, tiba2 buat keputusan nak ke JB dan masuk Singapore dgn kereta. Punya lah bagus, apa2 perancangan pun tak ada, lagi pulak nak berkereta ke sana. Jalan pun tak tahu kat Singapore...

Masa aku kecik2 dulu, kami tinggal kat JB, masa tu memang selalu lah keluar masuk Singapore dgn kereta. Ayah pun kerja kat Woodland, so memang teror la jalan2 kat sana. Selepas zaman tu berlalu, tak pernah lagi kami ke Singapore dgn kereta, pernah pergi dgn bas dan kapal terbang je....

So, cekalkan hati, redah je lah....

Pagi tu, baru nak tengok booking.com, nak cari hotel nak tidur malam kang. Dengan kesuntukan masa, akhirnya kami ingat nak tido kat Kulai City Inn, Kulaijaya. Sebab, pertama murah, hotel baru, dekat dgn lebuhraya link kedua, dan dekat dgn Johor Premium Outlet. So, memang bagus la cadangan tu, memang selesa sgt hotel ni, biliknya besar, sewa baru RM 83 all in utk twin room, tapi tak de breakfast.



Bilik hotel di Kulai City Inn
Lepas Aman balik drp kelas Tae Kwon Do, kami pun bertolak ke Selatan. Dah dekat pukul 12 tengahari pun..., cabaran juga, maklumlah mengantuk bawa kereta tengahari2 ni. Singgah makan kat BBST, makan nasi campur je. Sambung perjalanan semula dah dekat 12.30. Sampai Kulaijaya pukul 3.30 ptg. Kami keluar ke PLUS guna exit Nilai dan masuk ke exit Kulaijaya. Selepas exit, jauh juga jalan ke hadapan lagi sebelum jumpa hotel ni di tgh2 bandar Kulai.

Selepas check-in, berehat sekejap, pukul 5 keluar semula utk melihat Johor Premuim Outlet. Susah gak nak cari mulanya, sebab drp bandar Kulai mahupun dekat2 dgn Skudai dan Senai, tak nampak pun mana2 sign board ttg Johor Premium Outlet ni. Tengok kat Google map, nampak mcm dekat saje dgn Kulaijaya. Kami menyusur dah sampai ke Tampoi tapi tak jumpa apa-apa petunjuk, pastu pusing balik dan cari semula ke arah Kulaijaya. Selepas simpang ke airport Senai, ke arah Kulaijaya, sebelah kiri, kami try masuk ke arah Bandar Indahpura, jauh ke dalam, baru lah terjumpa JPO ni.







Kalau guna lebuhraya PLUS KL ke JB, mungkin tak begitu susah sebab ada sign board dan boleh nampak JPO drp lebuhraya. Tapi sebab kami drp bandar Kulai, tu yg jadi pening sebab tak de petunjuk langsung ttg JPO ni.

Satu yg buat kami terpegun sebab...., JPO ni sebijik mcm Gotemba Premium Outlet...., maklumlah, baru sebulan lepas kami ke Gotemba Outlet ni kat Jepun... Sama drp segi design kedainya dan butik2 yg ada, termasuk harganya yg sesuai utk dilihat tapi tak begitu mampu utk dibeli oleh kami lah hehehe...




Org memang ramai kat sini. tapi aku tengok org dtg mcm nak bersiar2 je, tak ramai pun yg bershopping.

Selepas pukul 7 lebih, kami pun beredar....

Lepas ni, kami ke JB, mencari2 apa yg istimewa utk santapan malam. Kami round sekitar Teluk Danga, ada funfair, tapi tak berminat nak nyinggah pun, lg pun ramainya org... Dulu kawasan depan Hospital dipanggil pantai Lido. Byk org jual2 makanan kat situ. Dulu2, ayah suka bawa kami makan Yong Tau Fu kat sini. Yong Tau fu sini makan dgn sup. Satu lg tempat yg popular ialah sebelah Komplek Tun Abdul Razak, ada jual mee rebus Lan Janggut. Sedap... Wah..., teringatnya kat Arwah Ayah... :'(
Kalau dulu, time ayah kena duty sampai malam, ayah rajin singgah beli mee ni, bungkus bawak balik utk aku, akak dan mak...

Kami teruskan mencari, ke hadapan sedikit drp Hospital menghala ke bandar, di sebelah kiri ( tak tahu nama jalan apa...), ada deretan gerai drp lori je, menjual steamboat, tauhu bakar dan ada juga yg jual nasi2 goreng tapi tak ramai. Yg byknya penjual yg menjual steamboat. Memang ramai pengunjung dan juga penjual2, rasanya mcm lebih drp 20 lori yg ada. Meja pun penuh.

So, kami pun sama lah try makan steamboat atau kat Selangor ni, kita panggil Yong Tau Fu je, cuma kuah pencicahnya lain sikit, mcm kuah kacang, tapi sedap.... Harga dikira drp bilangan cucuk yg diambil. Antara bahan2 yg ada mcm, segala jenis ball, kangkung yg disimpul, brokoli, cendawan, mkn laut segar, sotong kering dan lain2. Semuanya diletak 3-4 biji dalam satu lidi. Harga satu lidi dalam RM 1 - 2 satu.

Lepas makan, kami nak cari money changer, tapi malangnya semua dah tutup, maklumlah dah pukul 10 lebih... terpaksalah tukar esoknya....


DAY 2

Hari kedua, pagi terus check-out, sarapan dekat kedai kat Kulai je. Meneruskan agenda pertama iaitu tukar duit. So, kena ke bandar JB jugak, sebab mcm tak berapa nak nampak dekat sekitar2 Kulai ni. Kami risau takut tak jumpa money changer sampai ke Tuas nanti. Terpaksa lah melencong sekejap ke JB. Patutnya, ptg semalam dah tukar, tak de lah buang masa dan minyak nak ke JB dulu.

Lepas tukar duit kat depan Iskandar sentral, kami menuju ke arah utara semula. OTW nampak signboard tulis Kota Iskandar, Gelang Patah dan Nusajaya, aku dok suggest kat en suami suh ikut jalan tu. Highway baru, memang tujuannya ke Gelang Patah, tapi tak siap lagi sampai hujung. Pastu kami ikut signboard tulis Bukit Indah, dah masuk dlm Taman tu, memang ada signboard ke Tuas, pastu bila dah follow, sampai dah ke dalam signboard pun dah tak de lagi, tercangak-cangak kami kat simpang 4, so kami redah saja ikut kata hati la pulak..., at last sampai ke Skudai... Buang masa sungguh, pusing sana-sini, rupanya kat Skudai je. Pastu, teruskanlah ke Lebuhraya Linkkedua ke Tuas.

Dalam perjalanan atas lebuhraya untuk ke Linkkedua... tujuan ke Tuas, Singapura.

Di pondok Immigresen Johor...

Selesai urusan immigresen, dan keluar drp Malaysia menuju Singapore...


CIQ Tuas drp jauh...

Wah..., dah selamat sampai ke Singapore..., tapi jalan tak mahir....

Dihujung lebuhraya ni, ada RnR Gelang Patah. Kat situ pun ada money changer. Fuhhh... penat je kami buang masa gi tukar duit kat JB. Kat sini pun ada, kalau tau tak payah lah susah2 tadi. Kami berhenti di sini sambil segar2 kan diri, buang2 apa yg patut, sebab toilet kat Singapore ni leceh sikit, payah nak cuci nanti hehehe...

Bila semua dah siap, kami pun teruskan perjalanan menyeberang ke Singapore. Mula2 bahagian Malaysia. So far so good. Tak ada apa, ok je. Sampai ke pondok immigresen, just hulur passport kita. Dia pun jenguk2 je drp pondok. Tak cop apa2 pun, just verify je... Next kastam Malaysia..., tak check apa pun, kereta pun tak berhenti, just angkat tangan je, hai-hai babai kat kitaorg je...

Lepas keluar drp bangunan CIQ Malaysia, kita akan menyeberang jambatan..., and Welcome To Singapore.... debaran semakin kencang..., tak tahu lah kenapa yg risau sgt, mungkin sebab ramai org kata mcm leceh je nak bawa masuk kereta ke Singapore ni. Mula2 ke pondok Immigresen Singapore. Kami tak isi kad putih lagi. Bila sampai, peg Immigresen S'pore bagi kami kad tu utk diisi, yg bestnya, isi kat dlm kereta je, tak perlu parking kereta kat tepi. Lama gak lah ambil masa nak isi 3 org punya kad. Kalau kat Woodland, sanggup ke mereka nak tunggu mcm tu ? Cermin kereta minta diturunkan. Kat CIQ Tuas ni, kereta tak banyak, malah satu2 je kereta yg ada. Sampai aku habis isi kad tu pun, masih tak de kereta yg Q kat belakang kereta kami.

Selesai Immigresen, sebab kami tak ada Autopass Card lagi, maka kami berhenti di tepi selepas immigresen tu, utk beli kad itu. Pejabat Autopass ni, sebelah shj dgn pondok immigresen tadi. Ingatkan nak kena bawa geran segala. Rupa2nya isi borang sahaja, pastu dia gi check no kereta kita, dia setkan autopass kita tu, kemudian dia bg sedikit briefing utk org yg first time mcm kami ni. Baik2 juga mereka ni, tak sombong dan layan kami dgn baik... terima kasih dan alhamdulillah.

Lepas tu, Kastam Singapore. Mereka tengok2 juga dan suruh buka dashboard, beg tangan, bonet kereta, beg pack..., tapi tak de apa masalah. Lepas tu, selesailah urusan di CIQ Singapore.

Teruskan perjalanan, selepas ni kita akan sampai ke kawasan Tuas. Disebabkan persediaan kurang rapi, maka kami ingat nak park kereta kat area Arab Street dan teruskan perjalanan dgn MRT. Utk ke Arab Street, perjalanan adalah lancar, ikut sahaja laluan highway tadi hingga sampai kawasan Rochor yg sedikit gabra. Aku sekadar print screen je drp google map laluan yg hendak kami lalui. Utk perjalanan pergi, alhamdulillah, sampai juga kami ke Arab Street. Pusing2 cari parking free, tapi semua dah penuh, so kami masuk ke parking berbayar di Landmark Hotel, dan bayarannya pun murah sahaja disebabkan public holiday, iaitu $ S 2.14 per entry. Kalau tak $ 1 utk first hour dan 1/2 hour berikutnya ialah $ 1.70 (kalau tak lupa lah...). So, moral of the story nya, kalau nak murah kita masuk Singapore pada cuti umum dan weekend je...

Tak ada plan nak ke mana pun kat Singapore ni, sebab tujuan utama nak try bawak kereta masuk je. So, drp tak apa2 nak beli sbg buah tangan, kami decide nak gi Mustaffa. Sebelum ke Mustaffa, kami makan dulu kat depan Masjid Sultan. Mula-mula ingat nak makan kat kedai Zam2,  tapi ramai lah orang.... Kami pun masuk ke Victory, naik tingkat atas, kosong...., 2 - 3 minit pas tu terus penuh.... Makan lah kami di situ, beriani ayam dan murtabak daging. Rasanya lg sedap banding dgn Zam2. Alhamdulillah....

So, drp situ, kami ambil teksi je. Tambang teksi dlm $ 5.18, sebab kami tak de duit kecik, pakcik tu kata halal lah $5 je...
Ramainya org kat Mustaffa Center ni..., pening kepala..., kami masuk pun hanya beli coklat je... Pastu, masa nak balik, susahnya nak dapat teksi, so kami naik MRT. Rugi naik MRT, sebab perjalanan lagi lama, kena jalan jauh dan tambang cuma kurang 30 sen je utk kami bertiga. Exit stesen MRT dekat je dgn Mustaffa, tapi jauh gak berjalan dekat subway nak menyampaikan ke tren. Beli tiket kat mesin. Naik MRT dan tukat di stesen Outram, pastu ambil MRT ke stesen Bugis. Lepas keluar drp stesen jalan lagi dan sampai ke hotel Landmark utk ambil kereta.
Sepanjang di Singapore ni, kita akan lalu jalan yg kenakan tol, tapi kita tak perasan pun. Kata pekerja di Autopass tadi, sistem mereka akan rekodkan no plat kereta kita masa kita lalu tu dan akan direkod segalanya ke kad autopass kita. So masa nak keluar drp Singapore, pastikan kad Autopass kita ni ada amount yg mencukupi utk bayar tol, ERP...., kalau duit kita tak cukup, katanya kena denda $10, pastu kena bayar denda dan jumlah yg perlu dibayar dan baru boleh keluar... Nak top-up kad ni, kat 7E je, komisen 50 sen. So, sebelum balik, aku top-up dulu kad $9.50 + 0.50 komisen kat 7E. Ada 2 7E, satu depan hotel landmark, satu lg kat sebelah kedai zam2.







Lepas tu, kami cuba cari jalan pulang...., memang bercelaru sungguh, ikut naluri je, sebab memang tak reti...., dah pusing2 tu, baru nampak ada signboard Tuas...., ok..., betul lah tu... Sampai di CIQ Tuas, di immigresen, masa kita serah passport, ada satu mesin kat situ yg kita kena slot-in kad autopass. Lepas dah tolak kami ada baki dalam $ 2 lebih... Lepas tu masuk ke CIQ Malaysia pulak, serah passport dan lalu kastam. Tapi mereka tak minat pun nak nengok...., kalau beli corelle 3 - 4 kotak pun lepas agaknya....hehehe...

Akhirnya, kami sampai ke Bumi Tercinta, Malaysia....lega rasa... sebab masa kat sana takutttt sgt kalau ada buat salah, nanti kena saman..., jenuh nak bayar.... Masa tgh drive pun bawak slow je..., kereta2 lain pun mcm tu, mereka drive slow bawah 80 km/j je...

Tujuan kedua dtg ke JB ialah untuk mencari rempah soto dan rempah kari serbaguna. Sejak zaman Mak ada lagi, memang mak suka beli rempah soto kat Pasar Larkin. Kedai yg kami selalu pergi  yg no 3 drp tepi belah kanan, ownernya muka lawa2 mcm arab, tp dah berusia la penjual tu. Rempah dia sedap, yg serbaguna tu, kalau masak mee kari, memang sedap... Tapi malangnya, masa pg aku sampai, kedai tak bukak lagi. Masa balik drp Singapore, kedai dah tutup plak... Kena dtg lagi la tu....

Dalam pukul 6, kami bertolak ke Selangor semula. Berhenti makan sekejap kat RnR Ayer Keroh dan sampai di rumah pukul 10 malam.... Home Sweet Home...

3 comments:

  1. teringinnya nk ke spore... haih bilala berpeluangnya...

    ReplyDelete
  2. pergi lah..., seronok jugak..., kalau nak senang naik kereta sendiri, tak payah beratur lama kat CIQ woodlands...

    ReplyDelete
  3. menarik & thrilling... tq kerana kongsi pengalaman!

    ReplyDelete